Menu Santan dalam Penerbangan AirAsia !

Assalammualaikum..

AirAsia.. semakin hari semakin gah dalam dunia penerbangan samada di Malaysia mahupun di luar negara. Pengalaman aku bersama AirAsia bukan sekali.. tapi dah banyak kali.. syukur.. aku masih memilih AirAsia sebagai medium perjalanan aku samada dalam dan luar negara kerana harganya yang berbaloi, hospitalitynya yang memuaskan dan makanannya yang enak !




Bercerita tentang makanan... fuhh.. terus terbayang-bayang menu kegemaran aku setiap kali terbang dengan AirAsia.. memang tak lain tak bukan, Nasi Lemak Pak Nasser yang menjadi pilihan ! Bukan untuk aku saja tau.. untuk encik suami dan Iman juga.. kami semua memang hantu Nasi Lemak.. dan dengan adanya Nasi Lemak Pak Nasser tu.. memang terus hilang rindu nak makan makanan Malaysia. That's the power of Malaysian Food. ^__^


Baru-baru ni.. AirAsia dan AirAsia X telah melancarkan menu baru dalam pesawat yang diberi nama, 'Santan'. Konsep 'Santan' ini dipilih kerana kebanyakan menunya menggunakan bahan berasaskan santan dan memang tidak asing lagi la bagi komuniti ASEAN ni.. menu berasaskan santan ni memang sentiasa menjadi kegemaran.

duta Santan.. kihkihkih

Antara menu terbaru yang disediakan dalam penerbangan AirAsia (AK) adalah Nasi Dagang dengan Kari Ayam yang turut dihidangkan bersama Dodol. Feeling like home, right ! Selain itu, terdapat menu lain yang turut diperkenalkan iaitu Nasi kepal Ayam Teriyaki dan Sandwich Pizza Ayam Salai. Bagi yang ingin berjimat, boleh dapatkan Nasi Tomato dengan Ayam Percik, Balutan Satay Ayam dan Pasta Sayuran dengan Ayam Panggang dengan menempah lebih awal melalui menu pra tempah.






Bagi penerbangan AirAsia X (D7) pula, korang boleh dapatkan Kombo Nasi Dagang dan Kombo Mee Goreng Mamak yang datang sekali dengan air mineral sebanyak 350ml. Kedua-dua menu ini boleh didapati secara pra tempah dan juga menerusi pembelian terus didalam penerbangan. Tapi aku cadangkan bagi yang nak berjimat, buatlah pra tempah.. dan korang pasti tak menyesal.







Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tony Fernandes, 'Kami sentiasa melihat cara bagaimana kami dapat menambah baik pengalaman penerbangan bagi tetamu kami. Kami amat berbesar hati memperkenalkan Nasi Dagang sebagai menu pengelaman dan akan terus memperkenalkan hidangan lain dari pelbagai tempat lain di ASEAN dalam pusingan Menu Asean 'Santan' yang seterusnya.'



Tetamu juga boleh menambah pilihan pencuci mulut dengan pilihan 'Maximise Your Meal' yang mengandungi menu pencuci mulut yang manis seperti Biskut Karamel Masin dan Kit Kat dengan hanya RM7 sahaja. Dan aku sangat recommended menu ni sebab memang sangat sedap...

okey.. semua sedap tauuu

Tidak dilupakan untuk kanak-kanak.. bagi kedua-dua penerbangan AirAsia (AK) dan AirAsia X (D7), tetamu boleh membuat pra tempah bagi hidangan kanak-kanak yang terdiri dari dua burger ayam mini dan ribena. Ini memang kegemaran Iman.. kalau short distance.. memang inilah pilihan dia..

Trip aku dengan AirAsia tak berapa lama lagi.. dan haruslah.. bagi penerbangan long distance nanti.. aku dah tempah siap-siap menu untuk dinikmati sepanjang penerbangan nanti.. ^__^

pilih menu ye kak?

Bagi yang ragu-ragu tentang status halal menu-menu dalam penerbangan AirAsia dan AirAsia X ni.. tak perlu risau.. kerana kesemua menu yang dimasak dan dihidangkan dalam penerbangan ini adalah disahkan HALAL oleh JAKIM.

 
amik berkat dengan CEO AirAsia.. mana la tau bole jadi duta kecil.. ^__^


till then, tatababai

What's New

Post a Comment

5 Comments

  1. Salam singgah dr nieyl =)
    sedapnyer menu² baru diaaaaaa.......

    ReplyDelete
  2. terbaik la.
    ada gambo dgn tony.
    aida pun prefer naik airasia.
    sebab ada makan :)
    biasa nyer kursus la ha ha ha...
    and sedap!

    ReplyDelete
  3. Wow. Lepas ni nasi dagang is going around the world la. Hehehe

    ReplyDelete
  4. sedap laa dpt mkan nasi dagang dalam flight.. hehe

    ReplyDelete
  5. tony cam nak amik kak saya tgk

    ReplyDelete

Thanks for your support