Sekarang ni musim kan.. ramai kawan-kawan dok upload gambar durian.. aku ni memang hantu durian.. yummy... ritu tengok kat wall sape tah.. durian dia kemain menggiurkan.. terus ajak encik suami pegi cari durian 1 bakul.. hahahhaa... gigih sangat kan.. ^_^
Bagi kita penggemar durian ni.. memang la.. durian ni sangat sedap dan mengasyikkan.. lebih-lebih lagi kalau dibuat durian crepe, tempoyak, serawa.. perghhh.. kalau dapat makan begitu sahaja pun dah rasa macam nak terbang.. inikan pula yang dah diproses jadi makanan-makanan yang super sedap.. ^_^
Tapi kan.. ada tak kira fikir.. bagi orang yang tak boleh makan durian ni? Siapa penah tengok Masterchef aku lupa season berapa.. dan temanya durian.. aku dok terkekek-kekek gelak tengok Enot sampai nak termuntah sebab bau durian yang tengah dimasak tu blow up sampai memenuhi ruang studio Masterchef.. kikikiii..
Bila fikir balik.. tak patut pulak aku gelakkan Enot even itu cuma sekadar rancangan je kan.. tapi ye la.. kita bukan berada ditempat dia.. mesti ada sebab kenapa dia tak suka durian kan.. ^_^ so, cuba kita letakkan diri kita kat tempat dia.. apa kita rasa bila kawan-kawan kita suruh buat perkara yang kita tak suka?
Mesti la kita ada sikit rasa memberontak kan.. ^_^ so, dalam situasi ni.. kena la ada win-win situation.. jangan nak ikut sedap tekak sendiri je.. sampai kawan sendiri terabai.. macam aku.. aku suka durian gile-gile.. tapi ada kawan aku tak suka dan tak tahan bau durian.. so, aku tak la makan durian depan dia kan.. sama-sama jaga hati dan perasaan.. kita berkawan ni nak lama.. bukan kawan hari ni.. esok dah tak kawan..
Dan kalau fikir balik, mesti ada sebab kenapa durian tak dibenarkan dibawa ke pejabat kan... sebab baunya kuat dan sangat tajam.. duduk kat pejabat.. lagi la beraircond bagai.. hanya dengan sesudu tempoyak pun dah boleh membuatkan satu opis berbau.. inikan pula seulas durian.. so.. fikir-fikirkan lah.. ni pulak time-time raya ni.. ada pulak yang nak buat jamuan raya.. kalau boleh.. elakkan la menda-menda macam tu.. kalau nak buat jugak.. tak kisah.. tapi jangan hanya kerana durian.. hubungan kita dengan kawan-kawan retak.. ^_^
Aku? Weii.. aku ni hantu segala jenis durian.. bagi la aku durian kampung ke, musang king ke.. semuaaku sapu.. ahakssss...
till then, tatababai
What's New
Saya suka durian juga kak nyummmm
ReplyDeleteAkak suka durian.
ReplyDeleteAkak suka durian.
ReplyDeleteMasa anak dara dlu...ini lah ratu durian...
ReplyDeletetapi skrg nie nak abis kan 1 biji pun susah...
Tak ingat bila kali akhir SS makan durian.. Ha Ha Ha...
ReplyDeletesama la farah pun hantu durian..walaupun bau busuk tapi rasa sedap amat! =D
ReplyDeletefeveret 1 umah..sedap sgt ngadap time musim2 ni
ReplyDeleteSalam singgah. yum durian, tunggu musim dulu. nantikan huhu... studioous.blogspot.com
ReplyDelete