Monday, July 6, 2015

5 Perkara WAJIB Ada Ketika Raya !

Assalammualaikum..

Sekejap je dah masuk bulan Julai kan.. rasa macam tak puas berpuasa.. setiap kali hari raya, pasti ada perkara yang WAJIB ada.. Kalau macam aku ni, kalau balik kampung.. mesti aku order macam-macam dari mak aku.. Hihih.. anak manja sangat !

Pada aku, semua tu sebagai pelengkap hari raya.. dan pasti hari raya akan lebih meriah jika adanya perkara-perkara ni..

1. Bunga api
Ini dah jadi kebiasaan.. kalau nak dekat-dekat raya.. dah dengar dum dam dum dam bunyi mercun kan.. tapi untuk aku, aku tak galakkan Iman main mercun.. tapi untuk kegembiraan anak-anak ni.. bagi la main bunga api... hehehe.. ni aku pun bole tumpang sekaki.. best apa main bunga api tu lebih-lebih lagi yang warna-warni tu.. auwww.. bestnya raya... ^_^


bunga api warna warni

tu dia.. orang sibuk kat dapur.. dia sibuk main bunga api

isk isk.. beratur bunga api dia..

aku yang tengok pun teruja

2. Pelita (malam tujuh likur)
Kalau kat rumah aku, setiap kali raya mesti ada menda ni.. mesti ayah aku la yang bersusah payah cari kayu nak pasang pelita. Kalau dulu masa kami adik beradik kecik-kecik, lepas berbuka je.. terus semua berebut nak pegi pasang pelita.. sanggup je tinggalkan makanan kat meja tu sebab nak pegi hidupkan pelita keliling rumah..  (sebenarnya malas nak kemas ngan basuh pinggan).. hehehe nostalgia sangat kan.. ^_^ tapi sekarang ni pakai pelita instant je.. senang.. siap ada tempat pacak lagi.. hihihi


3. Bara'an (kunjung-mengunjung di malam raya)
Aku jarang terlibat dengan menda ni.. tapi biasanya, mak aku la yang rajin sebab dia selalu jadi ketua Bara'an ni. Yang bestnya Bara'an ni.. sekumpulan orang akan datang dari rumah ke rumah keliling kampung.. dulu mana ada Whatsapp.. so, sape nak join.. maklumkan je pada ketua rombongan.. nanti dia akan bawa la rombongan ke rumah yang nak sertai Bara'an tu.. biasanya, Bara'an disertai dengan menu ringkas seperti bihun, air teh dan sedikit kuih muih. Aku? Duduk rumah.. pasang langsir, pasang kusyen, kemas rumah.. eh eh.. tu semua adik-adik aku buat.. aku jadi mandur je.. hahahha

bara'an di rumah

4. Duit raya
Ehem... ini bukan kanak-kanak je suka.. aku pun suka.. hahaha.. sebab suka jadi tukang kira duit raya anak-anak.. hikhik. dulu masa kecik-kecik.. sanggup je ronda kampung sebab nak kumpul duit raya.. dulu dapat 50 sen pun dah besar nilainya.. sanggup pegi berkali-kali kat rumah yang sama sebab nak collect duit raya.. hahahha.. #gigih even sampai sekarang pun, tradiri tu masih lagi ada.. cumanya, nilainya sahaja yang berbeza.. ^_^

tengok.. budak-budak yang eksaited.. mak budak sibuk melaram.. ^_^


5. Menu hari raya (lontong)
Ini menu kegemaran aku time raya.. kadang sanggup je cari daun pisang, layurkan kat tengah panas.. semata-mata nak masak lontong ni. Mau tidaknya, lontong ni kalau nak masak, untuk rebus lontongnya je dah setengah hari.. tu belum lagi masak lodeh ngan sambal. Pergh.. mau satu hari baru siap. Tapi kan, sekarang ni tak perlu risau sebab boleh masak lontong dengan lebih cepat tapi dengan rasa yang lebih asli. Macam mana?

#mameecheflontong keluaran Mamee Chef kan ada.. orang yang tak berapa pandai masak macam aku ni.. pejam mata pun boleh masak. Pes istimewa hasil olahan Chef Ismail ni mempunyai rasa yang hampir sama dengan lontong yang sebenar tau.. Selain tu, semua ingredients dia dah ada dalam satu pek tu. Dengan teknologi Mi Tarik yang pastinya.. rebus lama macam mana sekalipun, #mameecheflontong tu takkan kembang. Ada cili dan sayuran tau.. Senang pulak tu.. tak payah tunggu satu hari untuk makan lontong.. tak sampai 5 minit.. siap ! Boleh nikmati #mameecheflontong dengan rasa yang sangat enak. Kalau suka, boleh tambah sendiri perasa tambahan seperti tempe, udang, telur dan sebagainya. Nomnomnom.. sedapnya #mameecheflontong... dan yang bestnya, tak perlu tunggu setahun sekali nak makan #mameecheflontong ni.. kalau teringin, bila-bila masa je boleh makan.. itu uniknya #mameecheflontong ni. ^_^  Setiap kali makan, pasti teringat kenangan duduk tepi periuk rebus lontong. Bila air kurang, gigih amik satu baldi air nak tuang dalam periuk.. Hihihi..





Korang pula macam mana? Ada tak perkara yang korang wajib ada semasa hari raya? Setiap satunya pasti ada nostalgia dan kenangan kan.. jom share dengan aku.. ^_^

till then, tatababai

What's New

6 comments:

  1. + blk kg ,klu raya kat bandar je agak kurang best rasanya :)

    Jom Terjah: Bukti cukai GST menyusahkan rakyat berbanding SST

    ReplyDelete
  2. lagi satu yang perlu ada adalah balik kampung..tak lengkap raya kalau tak balik kampung.. =)

    ReplyDelete
  3. Hi, bw #mameecheflontong!
    Jemput singgah link http://satujanjikita.blogspot.com/2015/07/lontong-dan-raya.html

    ReplyDelete
  4. e'in plak paling tak sabar nak masukkan duit raya dlm sampul.. haha

    ReplyDelete
  5. kak anil pon panggil baraan jugak>? ingat kitorg kat johor je panggil baraan.. hahahaa

    ReplyDelete
  6. Betul tu. Semua ni tiap2 tahun benda wajib ada. Hehe

    ReplyDelete

Thanks for your support