Assalammualaikum…
Tengah hari tadi aku dijemput untuk menghadiri Media Food
Review Ramadhan Buffet bagi mempromosikan Promosi Sinaran Ramadhan 2015 di
Grand BlueWave Hotel Shah Alam bersama dengan team Kelab Blogger Ben Ashaari
yang ohsem sangat… kami semua memang kaki makan.. hihii…
masterchef di Grand BlueWave Hotel Shah Alam
antara juadah yang disediakan
Dengan mengangkat konsep ‘Bazaar Ramadhan’, setiap gerai
yang dibuka akan mempunyai tema yang tersendiri dengan pilihan pelbagai jenis
juadah trandisional, antarabangsa, BBQ dan juadah gerai.
Terdapat 2 pakej yang ditawarkan oleh Grand BlueWave Hotel
Shah Alam dari RM58.00++* dan kedua-duanya mempunyai keunikannya yang
tersendiri.
Antara menu yang menjadi pilihan chef adalah Mee Udang Sado,
Kambing Golek, Ayam Golek Percik, Cendol, Air Kelapa Muda dan tidak dilupakan
terdapat lebih dari 250 jenis juadah yang akan dihidangkan sebagai menu berbuka
puasa nanti. Selain dari itu, juadah gerai yang paling TOP dan sering menjadi
pilihan pengunjung adalah Lemang Pulut Hitam, 8 jenis kerabu dan Ulam-ulaman.
Menu kampong yang memang tak lapuk dek zaman. Sedap pulak tu.. ^_^
kambing duduk
ayam baring
Tidak dilupakan, antara menu lain seperti Roti John,
pelbagai Dim Sum, Krim Karamel, Kek, Puding, Wajik, Coklat Fountain.. perghh..
terus lapar balik…
roti john
dessert
aneka dimsum
coklat fountain
cheesecake
Meh nak share chef’s signature dish yang mesti cuba… Steam
Fish, Daging Masak Hitam, Butter Prawn, Sotong Goreng Berempah, Pucuk Paku,
Nasi Tomato dan banyak lagi.. tak sanggup nak taip lagi sebab menaip menu-menu
makanan ni je dah membuatkan aku ngencess… bahahahah
ikan steam
seafood on ice
fresh prawn
Jangan risau, Dewan Gasing akan digunakan sebagai surau untuk
korang menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Terawih secara berjemaah.
serawa durian
sotong goreng berempah
red velvet
Promosi Sinar Ramadhan 2015 ini bermula dari 1 hingga 27
Ramadhan dimana terdapat 2 pakej seperti yang aku maklumkan tadi iaitu iaitu Pakej Barakah Al-Mubarak dan Pakej
Fitrah Al-Mubarak.
Kalau korang tempah untuk pakej Barakah Al-Mubarak untuk 1
hingga 10 Ramadhan, korang akan mendapat promosi RM90.00+ seorang (dewasa) dan
RM58.00+ seorang (warga emas & kanak-kanak). Kalau tak, harga asal dia
RM125.00+* seorang (dewasa) dan RM70.00+* (warga emas & kanak-kanak).
Manakala bagi pakej Fitrah Al-Mubarak akan bermula dari 11 –
27 Ramadhan bertempat di Aras 1, Grand BlueWave Hotel Shah Alam dengan harga
serendah RM90.00+* seorang (dewasa) dan RM58.00+* seorang (warga emas &
kanak-kanak).
promosi Sinaran Ramadhan 2015
geng makan KBBA
geng makan KBBA
Tunggu apa lagi.. tempahan boleh dibuat melalui :
Telefon : 03-5511 8811
Sales and Marketing Department Ext : 2801, 2804, 2806
Semua harga tertakluk kepada 6% GST
Maklumat Korporat
Grand BlueWave Hotel Shah Alam
Persiaran Perbandaran, Seksyen 14,
40000 Shah Alam
Tel : (603) 5511 8811
Fax : (603) 5511 8899
Emel : info@bluewaveshotels.com
Laman Web : www.bluewavehotels.com
Facebook : https://www.facebook.com/grandbluewave
till then, tatababai
What's New
No comments:
Post a Comment
Thanks for your support