Sunday, May 31, 2015

Ada orang offer aku buat PLASTIC SURGERY !

Assalammualaikum..

Ececece... tajuk tak boleh blah.. tapi ni betul tauuu ! Nanti aku cerita lebih lanjut..

Semalam aku berkesempatan untuk join Wondrous K-Beauty Showcase yang bertempat di Korea Plaza & Kinabalu Auditorium. Dapatlah jumpa kawan-kawan Kaki Korea yang tegar kat situ. Walaupun ada yang tak pernah jejak kaki ke Korea, tapi still.. semangat dorang untuk belajar dan cari ilmu tentang Korea.. memang aku respect ! Sampai aku pun walaupun dah tak jejak kaki ke Korea lagi ni.. still gila nak pegi juga seminar-seminar yang ada kat Korea Plaza ni.





Bercerita tentang kecantikan orang Korea yang flawless ni.. aku ada la juga tengok program TV Let Me In yang famous amos kat Korea tu.. tapi itu memang tak sesuai la untuk kita yang Muslim ni kan.. tapi generally, ada orang yang tak puas hati dengan penampilan diri sendiri.. sanggup bayar berapa saja harganya supaya cantik ! Memang tidak dinafikan.. tapi cantik tu kan subjektif.. aku rasa aku cantik je.. hihihi.. okey abaikan.. ^_^



Showcase ni bukan sahaja bercerita tentang itu je tau.. tapi tahu tak korang? Korea bukan sahaja tempat menarik untuk dilawati atau bukan saja tempat best untuk shopping, tapi korang boleh melawat Korea atas tiket 'Medical Tourism'. Aku pun baru tau sebenarnya, sebab biasanya yang kita dengar, pergi Korea sebab nak melancong, nak jalan-jalan kan.. tapi ini lain dari yang lain. Macam mana caranya? Mudah je..

1. Study tentang Korea's Medical Tourism ni. Ada banyak tau.. korang boleh cari kat Internet klinik-klinik yang menawarkan perkhidmatan ini. Ingat ! Pastikan korang survey betul-betul especially untuk yang Muslim la.. ada kawan aku buat penah buat 'Medical Tourism' ni tahun lepas, tapi dia cuma buat muka la.. muka dia penuh ngan pimples dan lubang-lubang bekas jerawat. So, dia pergi ke sana dan buat 1 x treatment kat sana. Accomodation semua TIPTOP ! Walaupun cuma sekejap je dia pergi dan hanya 1 x treatment sahaja.. pakai laser kalau tak salah.. tapi hasilnya.. sampai dia balik Malaysia.. muka dia masih lagi cantik.. dan yang penting.. tak cucuk botox atau pape yang cucuk-cucuk tu la. Kalau ikutkan, bidang perubatan kecantikan kat Korea memang TOP !




2. Okey dah study? Seterusnya buat apa pulak? Compare harga la pulak kan.. lepas dah dapatkan a few quotation and price dari medical clinic kat sana.. compare price.. tengok yang mana yang paling affordable. Pastikan juga treatment yang korang amik tu, termasuk dengan rawatan susulan tau.. ^_^

3. Seterusnya.. dah jumpa apa yang korang nak.. dapatkan pendapat dari orang ketiga.. contohnya kawan-kawan.. atau family.. dan tanya juga pada orang yang dah ada pengalaman dan yang dah pernah buat treatment tu.. ^_^


4. Kebiasannya, Medical Tourism ni akan ada aktiviti melancong juga tau.. so, make sure korang kekal cergas selepas treatment untuk buat aktiviti-aktiviti tersebut. Aler.. aktivitinya shopping dan sightseeing je pun... ^_^ 

Untuk maklumat lanjut, layari www.visitmedicalkorea.com

Nak share a few medical clinic yang turut ambil bahagian kat Korea Plaza semalam..

1. Medical Palace yang turut dikenali sebagai Korea Medical Clinic menawarkan pelbagai jenis rawatan seperti Oxygen Therapy, Acupunture, Cupping, Water Pressure Massage dan lain-lain lagi. Antara rawatan yang paling HOT adalah Enzyme Detoxification Spa Therapy. Tak nak try ke?


2. Kwangdong Hospital of Traditional Korean Medicine merupakan antara farmaseutikal yang terbesar di Korea. Rawatan yang ditawarkan tertakluk kepada individu itu sendiri. Contohnya kalau korang ada masalah acne.. masa nak buat treatment tu, cakap je buat rawatan utk acne.. so nanti dia akan buat rawatan yang sesuai dengan masalah korang tu, yang sesuai dengan kulit muka korang. Sebab bukan semua orang mempunyai struktur kulit yang sama kan..


3. 4Ever Network pula lebih spesifik kepada pembedahan kosmetik yang bukan sahaja menawarkan rawatan untuk wajah, tapi juga rambut dan badan. Pendek kata, dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Nak ubah penampilan agar lebih menyerlah? Inilah tempat dia..





4. OracleClinic ini merupakan salah sebuah klinik dermatologi yang menawarkan rawatan Dermatologi, Pembedahan Plastik, Obesiti dan rawatan rambut gugur. Yang ni pun lebih kurang macam yang No. 2 tu, sebab dia akan buat specific ikut masalah  yang ada pada tubuh kita.


5. Banobagi Plastic Surgery.. seperti namanya juga.. memang khas untuk plastic surgery.. kot nak tukar muka jadi Angelina Jolie ke, request saja kat sini.. hihihi


Pengalaman aku kat sini, macam biasa la.. aku di approach oleh beberapa orang staff dari klinik-klinik ni, tanya samada aku berminat tak nak buat plastic surgery ! Aku macam.. ekk.. aku ni huduh sangat ke? Hahaha.. terus aku cakap, "We're Muslim was not allowed to do that.. it's against our religion'.. pastu ada sorang tu tanya pulak.. berminat tak nak buang pigmentasi yang ada kat muka aku ni.. Kalau FREE aku nak la kot.. Hahahaha.. dia siap kata, 1 x treatment je.. pakai laser.. aish.. terus cuak.. tapi kalau korang ada baca kisah tentang tanda lahir aku sebelum ni.. memang cara dorang nak kurangkan pigmentasi tu pakai laser.. cumanya.. entah la.. mungkin aku dah biasa macam ni kot..

Ada banyak lagi program sempena Wondrous K-Beauty Showcase semalam.. antaranya Free Hanbok Trial.. eh.. jangan tak tau ye.. aku baru cakap ngan orang kuat kat Korea Plaza ni, dorang dah bawa baju-baju tambahan yang lebih cantik, lebih meriah, lebih comel.. Ouch.... tazzabar nak datang lagi dan cuba.. hihih.. Selain dari itu, ada Cooking Demo, Korean Make-Up Demo, K-Pop Show dan Panel Talk.





Best sangat.. Insya Allah.. lepas ni akan ada lagi.. korang datang la.. untuk maklumat lanjut, boleh layari : http://www.visitkorea.com.my/




till then, tatababai

What's New

3 comments:

  1. wow...tak pernah tahu ni haha

    ReplyDelete
  2. hahaha...Sally actually jarang g KTO...selalu g kalau ada kerja je..hihihi...

    alaaa...simpan duit buat g jalan-jalan la kak...lg best, repeat korea jom?

    ReplyDelete

Thanks for your support