Wednesday, April 22, 2015

Jelajah Kasih bersama Kembara Zikra 2015

Assalammualaikum…

Pernah tak korang terfikir, setiap sen duit yang kita keluarkan untuk berzakat tu, kemanakah hala tujunya? Aku juga sering berfikir begitu.. Kadang-kadang kita hanya tahu bayar je sebab nak tunaikan syariat Allah kan.. iya la kan.. keluarkan zakat tu adalah salah satu rukun Islam.. ye tak.. ahaa.. betul ke Rukun Islam? Ke Rukun Iman? Hiihihhii.. Mari imbas kembali :

Rukun Iman
  1.  Percaya kepada Allah
  2. Percaya kepada Malaikat
  3.  Percaya kepada Kitab
  4. Percaya kepada Nabi dan Rasul
  5. Percaya kepada Hari Akhirat
  6. Percaya kepada Qada’ dan Qadar


Rukun Islam
  1. Mengucap dua kalimah syahadah
  2.  Menunaikan solat fardhu 5 waktu
  3. Berpuasa pada bulan Ramadhan
  4. Membayar zakat (Zakat fitrah, zakat harta)
  5. Mengerjakan Haji di Mekah bagi mereka yang mampu

So, kat mana zakat tu? Rukun Islam ke Rukun Iman? Hehehe.. Rukun Islam ye kawan-kawan.. so, kalau dah namanya umat Islam, maka wajiblah kita buat kan…  ^_^

Okey.. aku tak nak intro panjang lebar sangat sebab aku yakin, korang tau dan alert tentang kewajipan korang ni.. apa yang aku cuba nak sentuh kat sini tentang kemana agihan zakat tu disalurkan selepas kita semua ni membayar zakat ni pada pusat-pusat zakat yang ada ni..

Bangunan Lembaga Zakat Selangor


Alhamdulillah… aku telah diberi peluang oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk menyertai Program Zikra ‘Jelajah Kasih Bersama Asnaf’ 2015 bersama-sama rakan blogger lain di bawah naungan Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA).  Kami bertolak dengan kenderaan yang disediakan khas dan lokasi pertama kami adalah Kompleks Asrama Anak-anak Asnaf Baitul Hasanah, Kg Perepat, Klang. Perjalanan mengambil masa kira-kira 20 minit dengan bantuan dari abang-abang polis yang membantu dari segi kelancaran lalu lintas. Turut hadir bersama kami adalah rakan media lain bersama penyumbang-penyumbang zakat dan yang paling istimewa, Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Dato’ Setia Hj. Mohd Tamyes b. Abd Wahid turut bersama-sama kami dalam program jelajah ini. Betapa istimewanya program ni kan…

taklimat awal oleh LZS

antara itinerary aktiviti

Semasa berada di Kompleks Asrama Anak-anak Asnaf Baitul Hasanah ini, kami dibawa melawat melihat kemudahan-kemudahan yang ada di sini dan penerangan serba ringkas telah disampaikan oleh Timbalan Pengurus Besar Agihan Lembaga Zakat Selangor, Encik Abdul Basith Hamid. Memang lengkap, dari bilik tidur sampai la ke perpustakaan semuanya hasil dari sumbangan zakat yang dikeluarkan oleh kita semua. Asrama lelaki dan perempuan diasingkan, malah ruang belajar dan perpustakaan juga turut diasingkan dengan jagaan Warden mengikut jantina. Kompleks Asrama Anak-anak Asnaf Baitul Hasanah (Bait Al-Hasanah) bermaksud Rumah Yang Baik. Usaha mewujudkan Baitul Hasanah ini merupakan salah satu agenda LZS bagi membangunkan generasi kedua yang terdiri dari kalangan anak-anak asnaf fakir dan miskin di Selangor. Baitul Hasanah telah memulakan operasi pada tahun 2009 dan kini ia menempatkan seramai 168 orang pelajar dari umur 10 hingga 16 tahun.  Malah LZS juga dalam perancangan untuk membuka kompleks yang sama di Sepang, Banting dan Hulu Selangor.

Kompleks Asrama Anak-anak Asnaf Baitul Hasanah

Sesi penerangan ringkas oleh Encik Basith

Mufti Diraja Negeri Selangor di hadapan pentas serbaguna

lawatan ke Pusat Sumber

Pusat Sumber

Perpustakaan

Ruang membaca

kantin

bilik belajar pelajar lelaki

turut dilengkapi dengan kemudahan komputer

dan jadual penggunaan bilik komputer bagi setiap kelas

pelajar sedang khusyuk belajar

asrama lelaki

mesin basuh dan mesin pengering yang ditempatkan di asrama lelaki

bilik air

ruang perbincangan pelajar perempuan

ruang belajar pelajar perempuan

bersama pelajar perempuan di kompleks asrama

bilik pelajar perempuan

sesi Q&A bersama Encik Basith


Perjalanan kami diteruskan ke Sungai Udang, Klang bagi melawat kedai Puan Siti Salbiyah Eksan, seorang ibu tunggal yang mempunyai empat orang anak yang masih belajar. Beliau menjadi asnaf LZS sejak tahun 2010 dan beliaun kini menjalankan perusahaan kedai jahitan dengan bantuan modal perniagaan oleh LZS. Antara bantuan lain yang diterima oleh beliau termasuklah bantuan makanan dan kewangan bulanan, bantuan sewa rumah dan bantuan pendidikan untuk anak-anaknya. Aku cukup terharu dengan ketabahan Puan Siti Salbiyah dalam membesarkan empat orang anaknya dan yang pasti, sokongan padu daripada anak-anaknya juga telah membuatkan beliau menjadi insan yang lebih cekal dalam menempuhi dugaan. Alhamdulillah, LZS sangat prihatin dan bantuan modal perniagaan yang diberikan oleh LZS telah sedikit sebanyak membantu Puan Siti Salbiyah dalam menyara kehidupan diri dan anak-anaknya. Syukur..

eh.. abam sado enterprem pulak

Butik D'Qaseh

Puan Salbiyah bersama anak perempuannya

antara hasil jahitan Puan Salbiyah

bersama Puan Salbiyah dan anak perempuannya

sumbangan dari LZS kepada Puan Salbiyah


Seterusnya, perjalanan kami diteruskan ke Kampung Delek, Klang bagi menyerahkan kunci rumah kepada penerima bantuan bina rumah oleh LZS kepada Encik Jali Kadio.  Beliau mula menerima bantuan dari LZS sejak tahun 2014 dan antara bantuan yang diterima termasuklah bantuan Hari Raya dan bantuan pembinaan rumah tiga bilik yang bernilai RM48,000 di atas tanah miliknya sendiri. Dan kos pembinaan rumah tersebut sebanyak RM48,000 itu adalah hasil dari sumbangan zakat yang korang bayar. Inilah antara saham-saham akhirat yang kita dapat perolehi. Syukur sangat bila tengok kemana perginya duit zakat yang kita dah bayar tu. Maknanya, tak sia-sia duit zakat tu. Ia diagihkan ke saluran yang betul dan yang penting, LZS telah menjaga amanah kita sebagai pembayar zakat agar pengagihan tersebut dapat dibuat secara adil dan saksama.

Penyerahan kunci rumah kepada Encik Jali Kadio disampaikan oleh Mufti Diraja Negeri Selangor iaitu Dato’ Setia Mohd Tamyes bin Abd Wahid disaksikan oleh wakil dari LZS dan rakan media yang lain. Keluarga Encik Jali Kadio turut menjemput kami ke majlis perkahwinan anak perempuannya yang akan diadakan buat kali pertama di rumah baharunya itu pada bulan hadapan. Alhamdulillah.. betapa bahagianya mereak dapat meraikan saat-saat bahagia anak mereka di rumah baharunya itu. Aku turut merasa tempias kegembiraan itu bila isteri Encik Jali berjumpa aku personally dan menjemput aku. Aku dapat bayangkan, betapa gembiranya mereka. Rasa nak sujud syukur pun ada.. Syabas LZS.. bukan sahaja membantu golongan asnaf ni.. malah turut memberikan mereka kegembiraan dan kebahagiaan.

sesi memperkenalkan Encik Jali

pemberian replika kunci rumah kepada Encik Jali oleh Mufti Diraja Negeri Selangor

sesi bergambar ahli keluarga Encik Jali bersama Mufti Diraja Negeri Selangor

inilah rumah yang dibina hasil sumbangan LZS

acara potong reben

bacaan doa selamat oleh Mufti Diraja Negeri Selangor

sukanya Encik Jali...

bersama isteri Encik Jali

upacara tanam pokok di hadapan rumah Encik Jali

kita minum dulu..


Hampir 30 minit kami singgah di rumah Encik Jali dan kemudian, kami di bawah ke destinasi seterusnya iaitu Jenjarom, Kuala Langat untuk menziarahi Encik Saharune Abdul Kadir, seorang yang suami dan ayah kepada lima orang anak. Beliau merupakan orang kelainan upaya (OKU) yang dilahirkan tanpa kaki kiri. Beliau mula menerima bantuan zakat pada tahun 2014 dan turut menerima bantuan modal perniagaan  bagi menjalankan perniagaan sate yang dinamakan Sate Rune untuk menampung kehidupan. Jangan tak tahu ye, dalam diam, perniagaan Sate Rune beliau ni telah membuka cawangan sate yang ke-2 tau..  betapa hebatnya beliau… Beliau cukup tabah malah bagi membantunya bergerak, beliau telah membuat kaki palsu dengan menggunakan pokok nangka. Nampak la Encik Saharune ni seorang yang kreatif kan.. pada masa yang sama, sangat sabar dan tabah dalam menempuh dugaan ni. Alhamdulillah.. beliau bertuah dikurniakan isteri yang penyayang dan anak-anak yang memahami, malah dalam perniagaan sate yang dijalankan oleh Encik Saharune ni, anak-anak beliau turut rajin membantu membakar sate dan menyediakan peralatan. Dalam sesi ziarah ini, LZS telah berbesar hati menyumbangkan kaki palsu yang di direka khas untuk Encik Saharune. Majlis penyerahan disempurnakan oleh Mufti Diraja Negeri Selangor dan disusuli dengan ucapan terima kasih oleh Encik Saharune. Memang agak sedih semasa sesi penyerahan tersebut dan jelas kelihatan airmata gembira Encik Saharune yang mengalir tanda terharu. Aku pun boleh pulak rasa sebak bila dengar ucapan dari Encik Saharune tu.. T_T Encik Saharune turut menjamu kami dengan beberapa cucuk Sate Rune yang jelas memang kena dengan selera aku. Manis dan yang penting, isinya padat. Rasa sekali, mesti nak lagi.. Kalau korang nak try Sate Rune ni, boleh la ke Pasar Malam area Jenjarom. ^_^ pasti tak menyesal… Antara lain bantuan zakat yang diterima oleh beliau adalah bantuan Hari Raya, bantuan sewa rumah dan bantuan pendidikan untuk anak-anak beliau. Beliau merupakan asnaf yang disasar keluar pada tahun 2015… Insya Allah….

perkenalkan Encik Saharune

Encik Saharune menceritakan tentang bantuan yang pernah diberikan oleh LZS

apa la yang suka tu ye.. ^_^

sesi penyerahan kaki palsu yang ditempah khas oleh LZS

Mufti Diraja Negeri Selangor membantu menyarung kaki palsu pada Encik Saharune

sumbangan dari LZS

inilah kaki palsu dari pokok nangka yang dibuat oleh Encik Saharune

anak Encik Saharune yang rajin membantu ayahnya

sate Rune yang bakal di bakar

inilah sate Rune yang sedap, manis dan banyak isinya

Usai mengundurkan diri dari rumah Encik Saharune, kami terus ke Pusat Jagaan Warga Emas Zakat Selangor (Bait Al-Mawaddah) yang terletak di Jalan Kebun, Klang. Dekat je dengan kampung aku. Yang tak boleh blah tu, bape lama aku dok situ, tapi aku tak tau pun kewujudkan Pusat Jagaan Warga Emas ni. T_T so, bila tau ada tempat macam ni, sedikit sebanyak ia membuka mata aku yang LZS ni rupanya bukan je fokus pada golongan kanak-kanak fakir miskin sahaja, rupanya LZS ni membantu dari pelbagai lapisan masyarakat tak kira usia. See.. nampak tak betapa ceteknya ilmu aku tentang pengagihan zakat ni.. T_T bila dapat join aktiviti macam ni.. baru la tau.. barulah terbuka minda.. kannn… kehadiran kami di Pusat Jagaan Warga Emas Zakat Selangor disambut oleh Encik Abdul Basith Hamid dan beliau turut memperkenalkan kami dengan kakitangan di Pusat Jagaan tersebut. Fasiliti yang disediakan di Pusat Jagaan tersebut melangkaui ekspektasi aku sebab selama ni aku sangkakan, pusat jagaan ni ala-ala macam dorm dengan 6 buah katil satu bilik. Tapi rupanya, satu bilik 2 orang je.. sangat selesa dan pelbagai kemudahan disediakan seperti surau, mini klinik, bilik dobi malah bilik aktiviti pun ada bagi mengelakkan penghuninya tak bosan. Ruang makan dengan  juga dalam keadaan ruang yang terbuka.

Wujudnya Pusat Jagaan Warga Emas Zakat Selangor ini merupakan inisiatif LZS dalam menyantuni warga emas dalam kalangan asnaf fakir dan miskin di Selangor. Turut dikenali sebagaii Bait Al-Mawaddah yang bermaksud Rumah Kasih Sayang. Pusat ini memulakan operasi pada bulan Ogos 2014 dan kini menempatkan seramai 28 orang warga emas.

Walaubagaimanapun, bukan suka-suka hati korang yang tak suka jaga mak ayah ni nak letak mak ayah korang kat sini tau.. Ingat.. tanggungjawab menjaga mak ayah adalah tanggungjawab anak. Kebanyakan penghuni yang ada kat sini adalah kerana mereka ini sebatang kara dan ada juga yang bergelandangan. Jadi ini adalah antara inisiatif LZS dalam membantu golongan warga emas agar kehidupan mereka lebih terjaga dan teratur.  Sesekali, kalau korang takde pape, boleh la melawat Bait Al-Mawaddah ni dan menghiburkan emak-emak dan ayah-ayah kita ni. Pasti mereka suka dan gembira bila ada tetamu yang sudi bersama dengan mereka.  Berbuat baiklah dengan orang tua, Insya Allah.. besar ganjarannya kelak.

Alamat :
Pusat Jagaan Warga Emas Zakat Selangor
Lot PT 140452 (PT 92805)
Jalan Tanjung Pahang
Lorong Haji Mughni
Jalan Kebun
Seksyen 30, Shah Alam

Main entrance

mini klinik

surau

bilik mesyuarat

bilik penghuni wanita

antara bilik yang berpenghuni

ruang dobi

bilik terapi

antara terapi kuatkan lutut

antara terapi kuatkan tangan

antara penghuni..

dapur yang kemas dan teratur

jadual bertugas

ruang aktiviti

antara kakitangan di Bait Al-Mawaddah

Destinasi terakhir kami adalah di Maahad Integrasi Tahfiz Sains & Teknologi Klang. Kami berhenti menunaikan solat dan sempat melihat halaqah dari para pelajar yang aku rasa sangat kagum dengan pencapaian mereka. Di awal usia belasan tahun, dah hafaz Quran. Subhanallah.. sejuk perut ibu mereka mengandung. Terus terasa kerdil sangat.. T_T Insya Allah.. amalkan pada anak nanti.. Pelajar di sini mendapat bantuan sebanyak RM150 daripada LZS. Alhamdulillah…

Bangunan Maahad Integrasi Tahfiz Sains & Teknologi Klang

antara kemudahan rekreasi untuk pelajar

sesi halaqah oleh pelajar

sesi halaqah bersama pelajar

sesi tasmik pelajar 

rakan blogger dan media bersama wakil LZS dan Mufti Diraja Negeri Selangor

antara penyumbang zakat yang turut hadir

Insya Allah.. ada rezeki kita jumpa lagi..

bersama Mufti Diraja Negeri Selangor

Selesainya program Zikra 2015 ini telah membuka mata aku tentang kemana perginya duit zakat yang kita dah keluarkan selama ni. Selama ni, kita cuma bayar je, tapi tak nampak bagaimana agihannya, ke mana dia disalurkan. Alhamdulillah..

Aku juga dimaklumkan, cukai pendapatan yang dikenakan kepada kita, boleh ditukarkan kepada Zakat Pendapatan. Dah berapa lama aku kerja ni.. tapi baru je tau.. so, lepas ni dah tau.. boleh la tukarkan cukai pendapatan tu kepada zakat pendapatan, tak perlu la bayar 2-3 kali kan.. lebih afdal dan lebih berkat, Insya Allah.

Selain itu, LZS turut menyediakan kaunter bergerak bagi memudahkan kita untuk membayar zakat. Alhamdulillah.. satu inisiatif yang bagus..

kaunter bergerak zakat


Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web Lembaga Zakat Selangor 

Atau hubungi Lembaga Zakat Selangor di talian :

Tel: 03-5522 7700 Fax: 03-5522 7722
Talian Zakat Selangor : 1-800-88-5353

Atau terus ke Kaunter Zakat :

3-01-1, Presint ALAMi,
Pusat Perniagaan Worldwide 2,
Persiaran Akuatik,
Seksyen 13,
40100 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan


till then, tatababai

What's New

No comments:

Post a Comment

Thanks for your support