Morning uols.... pagi ni aku ada entry khas untuk korang kaki-kaki jalan, blogger yang minat travel atau yang berminat nak jadi travel blogger yang ada kat Malaysia ni... yeahhh...
Sedunia Travel telah menganjurkan Travel Blogger's Meet Up 2014 yang akan berlangsung pada penghujung bulan November ni... hahhh.. korang minat tak nak join?
Apa kelebihannya kalau join Travel Blogger's Meet Up ni? Eh eh.. banyak kelebihannya.. dengan Tema : The Art of Travel.. owh.. dengar temanya je dah cukup menggetarkan hati seni aku ni.. ^_^
Akan ada 2 panel sessions iaitu, "Content is King" yang akan menyentuh tentang skil dan isi kandungan penulisan tentang travel ni.. yang ni harus la kita amik tau kan.. macam aku memula stori-mori pasal travel ni.. tak tau hujung pangkalnya janji jadi entry.. hahh.. sebenarnya salah tu.. sebab cara penulisan, isi kandungan dan teknik untuk menarik minat pembaca tu penting.. baru la pembaca ribu-ribu.. since aku tak pandai sangat.. takde la ribu-ribu sangat pembaca blog aku ni.. ^_^
Dan yang kedua"Sharing is Key" yang akan menerangkan sedikit sebanyak tentang cara untuk berkongsi maklumat tentang segala macam maklumat yang kita dah kongsi dalam isi kandungan tadi tu dengan menggunakan social media. Actually, yang ni pun aku baru tau.. since aku bukanlah blogger yang terkenal macam Ben Ashaari, Maria Elena, Cik Emas Putih (Uzu) dan lain-lain tu.. kalau taip nama pena dorang kat google pun dah bole jumpa kan.. ni nak jumpa nama aku.. alahaii.. ntah sape-sape la anil wanina ni.. hahahhaa.. takpe.. takpe.. nanti lepas dengar kedua-dua panel sessions ni... kita perbaiki apa yang kurang kan... ye la.. kita ni bukan sempurna pun... macam blog ni.. ^_^
Sambil-sambil tu.. boleh la berjumpa dengan travel blogger lain.. nak jumpa Izzati Hazrul? eh.. nak la.. dia yang ajak aku datang.. ^_^ so.. aku ajak la korang skali.. jom ar.. jom arrrr...
Nak ajak DJ, Azra, JM, Junet... tapi dorang dah femes dah.. dah expert dah buat travel blog.. ^_^ tapi gedik nak ajak jugakkk... hahahhaa
jom koranggg.... tapi kat mana tu???? hahh.. rujuk di bawah ye.. ^_^
Maklumat tambahan :
Tarikh : 29 November 2014 (Sabtu)
Masa : 3 petang - 6 petang
Lokasi : Pelita Hati Art Exhibiton, (sila rujuk peta)
Light refreshment will be served.
Masuk adalam PERCUMA!!!
So, macam mana nak join? Senang sangat.... Reserve tempat korang sebelum 21 November 2014 (Jumaat) dengan menghantar emel kepada : arththi@seduniatravel.com dengan maklumat seperti di bawah :
Subject Title : Travel Bloggers Meet Up 2014 RSVP
Nama Penuh :
Blog URL (jika tiada blog, nyatakan dalam 30 patah perkataan kenapa anda nak hadir majlis ni)
Alamat Emel :
Twitter :
Cepat tauuu.. tempat terhad.. aku cadangkan.. tak yah la tunggu sampai 21 November tu baru nak reserve.. baik cepat sebelum terlambat kan... ^_^
Aku dah reserve tempat.. aku tunggu korang kat sana ye.. ^_=
Terima kasih kepada Sedunia Travel yang sudi buat perjumpaan ini dan sudi berkongsi maklumat tentang tips travel blog... owhhh.. eksaitedddd!!!!!
More info boleh baca di : Ramble & Wonder / All Events
till then, tatababai
What's New
0 Comments
Thanks for your support