Petua Orang-Orang Lama

Ibu bapa dan datuk nenek kita mempunyai kebijaksanaan dan kebijaksanaan yang berharga yang diturunkan dari generasi ke generasi. Nasihat orang tua adalah hasil pengalaman hidup dan ilmu turun temurun yang teruji dari masa ke semasa. Dalam catatan blog ini, kita akan meneroka beberapa petua berharga dari zaman dahulu yang masih relevan hari ini dan bagaimana kita boleh menerapkannya dalam kehidupan seharian kita.


✓Seperti yang kita maklum, air sangat penting pada sistem badan kita tapi kadang-kadang kita tidak ambil tau kenapa kita harus meminum air suam.

✓ Meminum air suam 1 atau 2 gelas sebelum tidur boleh mengurangkan 90% dari serangan jantung. Begitu juga bila bangun pagi.

✓ Meminum air pada masa yang sesuai dengan kadar maksimum yang diperlukan oleh tubuh manusia akan membawa kesan yang baik:

• Meminum 1 gelas air selepas bangun boleh mengaktifkan organ-organ dalaman.
• Meminum 1 gelas air 30 minit sebelum makan membantu penghadaman.
• Meminum 1 gelas air sebelum mandi boleh membantu mengurangkan tekanan darah.
• Meminum 1 gelas air sebelum tidur boleh menghindarkan stroke dan serangan jantung.

✓ Semut benci timun, letakkan kulit timun berdekatan dengan lubang atau sarang semut atau di mana terdapat banyak semut.

✓ Untuk membanyakkan jus lemon, rendamkan lemon di dalam air panas selama 1 jam.

✓ Untuk menghindarkan tikus, taburkan serbuk lada hitam di mana tikus selalu ada. Tikus akan lari dan bermain jauh dari situ.

✓ Untuk mengilatkan cermin, cucilah dengan minuman Sprite.

✓ Untuk menghindarkan bau busuk pada sampah di dapur, letakkan sekeping roti ketika kita memasak.

Baca juga roti gardenia

✓ Untuk memutihkan baju putih, rendam dengan hirisan lemon selama 10 minit.

✓ Untuk menanggalkan chewing gum yang melekat pada baju, masukkan baju tersebut ke dalam freezer dan simpan selama 1 jam.

✓ Untuk rambut nampak berseri, bubuh 1 sudu teh cuka makan dan sapu rata di bahagian atas rambut, kemudian terus dibilas.

✓ Kalau baju terkena dakwat, untuk menghilangkannya, sapu ubat gigi pada tempat yang terkena dawat itu dan biarkan ubat gigi tersebut hingga kering kemudian baru cuci.

Petua dari orang-orang tua adalah hikmah dan kebijaksanaan yang berharga yang boleh memberi hala tuju dan inspirasi dalam hidup kita. Dengan menerapkan petua ini dalam kehidupan seharian kita, kita boleh membina watak yang lebih baik, mencapai kebahagiaan yang mendalam, dan memberi sumbangan positif kepada masyarakat. Sama-sama kita hayati dan manfaatkan nasihat orang-orang tua sebagai panduan dalam menjalani kehidupan yang bermakna dan diberkati.

Post a Comment

0 Comments