Cara Memohon Rumah Peranginan Persekutuan

Rumah Peranginan Persekutuan merupakan inisiatif kerajaan yang bertujuan untuk menyediakan percutian yang berpatutan, nyaman, dan memuaskan bagi kakitangan awam serta keluarga mereka. Dengan pelbagai lokasi menarik dan kemudahan lengkap, rumah peranginan ini memberi peluang kepada kakitangan awam untuk menjauhkan diri dari rutin harian, bersantai, dan menikmati keindahan alam semula jadi.


Antara kelebihan rumah peranginan persekutuan untuk kakitangan awam termasuklah:

Harga berpatutan: Secara umumnya, rumah percutian persekutuan menawarkan harga yang lebih rendah daripada penginapan komersial di kawasan popular. Ini membolehkan penjawat awam dan keluarga menikmati percutian yang menyeronokkan tanpa perlu mengeluarkan wang yang banyak.

Lokasi strategik: Biasanya, rumah percutian ini dibina di lokasi menarik seperti tepi laut, kawasan hutan atau destinasi pelancongan popular yang lain. Pemilihan lokasi yang strategik ini membolehkan penjawat awam menikmati suasana alam semula jadi dan aktiviti menarik dengan lebih mudah.

Lengkap: Rumah percutian Persekutuan selalunya dilengkapi dengan kemudahan asas seperti bilik tidur, bilik mandi, dapur dan ruang tamu. Ini membolehkan penjawat awam membawa keluarga serta memasak sendiri bagi mengurangkan perbelanjaan.

Keselamatan dan kebersihan: Biasanya, pusat peranginan persekutuan diselenggara dengan baik untuk memastikan keselamatan dan kebersihan tetamu. Ini memberi keyakinan kepada penjawat awam bahawa mereka dan keluarga berada dalam persekitaran yang selamat.

Ruang persendirian: Pusat peranginan Persekutuan biasanya menawarkan ruang persendirian yang luas berbanding dengan hotel. Ini memberikan suasana yang lebih santai dan selesa kepada penjawat awam dan keluarga mereka.

Peluang untuk berkumpul: Memilih rumah percutian membolehkan penjawat awam berkumpul dan beramah mesra dengan rakan sekerja atau keluarga lain yang turut menempah rumah percutian di destinasi yang sama.

Jadi, aku nak share juga pengalaman aku booking rumah peranginan persekutuan yang aku rasa berbaloi untuk dikongsi bersama dengan korang juga. Follow rapat-rapat ye...

Cara Memohon Rumah Peranginan Persekutuan


2. Masukkan ID dan kata laluan. Yang belum daftar, boleh daftar melalui Pendaftaran Pengguna.

3. Klik pada pautan Tempahan Baru



4. Then, dia akan paparkan senarai rumah peranginan mengikut kelayakan.



5. Kemudian, pilih ikut RPP mana yang korang nak mohon.


6. Pilih tarikh pula, untuk semak availability RPP untuk tarikh yang korang nak pegi tu.


7. Lepas tu, kalau ada kekosongan, dia akan paparkan macam kat bawah ni. Kat sini, korang pilih tarikh yang korang nak tu (jika ada), then masukkan maklumat yang diperlukan


8. Then, klik pada butang TEMPAH SEKARANG. Lepas tu, follow la step seterusnya. Mudah kan... 

Tapi aku nak ingatkan juga, Rumah Peranginan Persekutuan ni dia cuma boleh ditempah dalam tempoh sebulan sahaja. Dan ada kemungkinan korang takkan dapat tempah pada tarikh yang korang nak. So, be flexible. Selamat mencuba.. 

Updated : 4 Ogos 2023

till then, tatababai

Post a Comment

6 Comments

  1. just nak tanya.... lepas kita dah berjaya buat tempahan..... kita bawak surat tu ke tempat penginapan ek.... contoh saya buat tempahan di langkawi.... so perlu atau tidak saya call holiday villa langkawi tu dlu utk bertanya

    ReplyDelete
  2. wah, baru tahu ni..bln lpas ada teamAyu buat ptogram di rumah peranginan n9, so,lpas ni nak buat event senanglah kan,dh tau sume...tq share info..

    ReplyDelete
  3. wah, baru tahu ni..bln lpas ada teamAyu buat ptogram di rumah peranginan n9, so,lpas ni nak buat event senanglah kan,dh tau sume...tq share info..

    ReplyDelete
  4. Susahlah nak dpt.....asyik penuh je....ada tips x....
    0189131472

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tips nya kena book sekurang-kurangnya 3 bulan awal.. tengok juga pada destinasinya.. kalau semasa cuti sekolah.. memang sentiasa penuh.. jadi elakkan book semasa cuti sekolah.. :)

      Delete
  5. Belum pernah dapat selalu penuh jew.. huhu

    ReplyDelete

Thanks for your support