last week hari Khamis kalau tak salah.. aku ada attend satu Simposium Psikologi Kekeluargaan kat Kementerian Kewangan.. macam biasa la.. lepas daftar, masuk dewan, amik seat... dengar ceramah macam biasa...
sampai la waktu rehat.. tengah-tengah beratur nak pegi amik makanan, ada sorang kakak ni tegur aku..
Kakak : Muka awak ni kenapa? penyakit ke?
Aku : eh tak la.. ni tanda lahir..
Kakak : Nampak teruk.. takde cara ke nak buang penyakit tu?
Aku : Mak saya kata, masa saya kecik-kecik dulu takde la pula teknologi nak hilangkan tanda lahir ni, tapi sekarang ni dah ada la kot
Kakak : Ye ke.. awak tak rasa pape ke ada penyakit tu kat muka?
Aku : Ni bukan penyakit.. ni tanda lahir.. lagipun saya dah biasa ada tanda ni kat muka saya.. nanti kalau saya buang.. orang tak kenal saya pulak..
Kakak : .........
Hasil dari perbualan tu, memula aku macam ok saja... ye la.. aku memang dah biasa pun dengan tanda lahir kat muka ni.. tapi macam biasa la.. dari zaman kecik-kecik, tadika sampai la aku sekolah tingkatan.. memang banyak la kata-kata yang kurang menyenangkan pasal tanda lahir ni.. memang habis sebelah kiri ni penuh dengan tanda lahir kan... macam-macam orang kata, muka aku kena tumbuk la.. muka aku cacat la.. kena asid la.. pendek kata.. memang macam-macam la orang kata sampai aku pun tak terkata-kata.. ^__^
dulu ada la juga aku buat research sikit pasal tanda lahir ni.. tapi just a basic research je..
ini bukan aku
Apa dia tanda lahir ?
SECARA umum, tanda lahir pada bayi yang baru dilahirkan bukan masalah besar. Ia jarang berlaku tetapi mungkin mengejutkan ibu bapa yang selama ini tidak pernah terfikir, bayi mereka lahir dengan tanda di leher, muka atau belakang tengkuk.
Tanda lahir boleh terjadi sebelum dia dilahirkan atau selepas kelahiran. Sebenarnya tidak ada cara menghalang tanda lahir. Ia juga bukan disebabkan genetik tetapi bagaimana ia terjadi tidak dapat dipastikan secara khusus.
Kebanyakan tanda lahir akan hilang apabila kanak-kanak berusia lima atau sembilan tahun tetapi ada juga tanda lahir yang bersifat dramatik dan menyebabkan masalah kosmetik dan kemungkinan ia adalah tanda barah.
Jenis tanda lahir
1) Tanda lahir merah
Ia disebabkan salur darah yang berada dekat dengan permukaan kulit. Ia juga dikenali sebagai ‘vascular birthmarks’ (tanda lahir vaskular). Tanda lahir jenis ini boleh dibahagikan kepada dua jenis; macular dan hemangioma.
Macular – Ia juga dikenali sebagai ‘stork bite kisses’. Ia biasanya muncul di belakang tengkuk dan sangat biasa bagi bayi baru lahir. Tanda lahir begini tidak memerlukan rawatan khusus kerana pada kebiasaannya ia akan hilang dengan sendirinya.
Hemangiomas – boleh dibahagikan kepada beberapa jenis. Satu daripadanya ‘strawberry hemangioma’. Tanda lahir ini selalunya berwarna merah cerah dan kelihatan menonjol pada permukaan kulit. Ada sesetengah ‘strawberry hemangiomas’ akan hilang dengan sendirinya apabila kanak-kanak itu mencecah usia lima tahun. Tetapi kebanyakan strawberry hemangiomas akan hilang pada usia sembilan tahun.Satu lagi jenis hemangioma yang kelihatan di bawah kulit. Ia dikenali sebagai ‘cavernous hemangioma’. Warnanya agak berlainan dan ia tidak boleh hilang dengan sendirinya.
Port-Wine Stains – satu lagi jenis hemangiomas. Ia tidak tertonjol atau tidak berada di bahagian dalam kulit. Port-wine stain biasanya berwarna seakan-akan ungu bercampur merah atau merah gelap. Ia biasanya kelihatan di bahagian tengkuk atau muka.
2) Tanda lahir pigmen
Ia merujuk kepada sebahagian kecil kulit yang warnanya berbeza dengan warna kulit dominan. Tanda lahir ini juga selalu dirujuk sebagai ‘cafe-au-lait’ kerana selalunya ia lebih gelap dari kulit dominan.
Tanda lahir begini kadang kala boleh dikaitkan dengan penyakit keturunan yang menyebabkan pertumbuhan tisu saraf. Jika tanda begini kelihatan pada anak anda, pertimbangkan untuk membawanya berjumpa pakar.
Satu lagi tanda lahir yang lebih dikenali sebagai tahi lalat. Tahi lalat muncul selepas bayi dilahirkan dan selalunya ia tidak mengundang masalah. Tetapi jika ia membesar, kemungkinan ia adalah tanda barah.
ada pula yang kata tanda lahir ni terjadi sebab masa mengandung, mak nya ni tak dapat apa yang dia nak...
Apa yang menyebabkan tanda lahir pada bayi ini?
Menurut legenda, tanda lahir pada bayi disebabkan oleh keinginan yang tidak kesampaian semasa hamil. Misalnya keinginan nak makan strawberi selama mengandung. Anda tidak puas atau tak dapat makan maka bayi Anda akan memiliki tanda lahir seperti strawberi.
Tetapi, hal ini tidak lebih dari sebuah mitos. Tanda lahir tidak mungkin dicegah bahkan jika anda mencuba, dan apa pun yang anda lakukan selama kehamilan, tanda tersebut tetap saja muncul.
Dah namanya takdir kan... gituuu.. ^__^
Kaedah Rawatan
Jika tidak mendatangkan sebarang masalah, tanda lahir sebenarnya tidak perlu dibuang. Tetapi jika ibu bapa berpendapat sebaliknya, kebanyakan pengamal perubatan mengakui program rawatan biasanya lebih berkesan ketika masih kanak-kanak. Bagaimana pun ia bergantung kepada usia pesakit, saiz tanda lahir dan kedudukannya.
Amalan biasanya yang dilakukan adalah dengan rawatan laser. Bagi kebanyakan tanda lahir seperti hemangiomas dan port wine stain misalnya boleh dirawat menggunakan rawatan laser, Intense Pulsed Light (IPL) yang menawarkan kesan lebih baik dan kekal.
Kaedah rawatan ini biasanya akan mengenal pasti saluran darah yang mengembang di bawah permukaan kulit bagi menghapuskan akar tanda lahir. Ia tidak menyakitkan dan hanya mengambil masa sekitar 30 minit dan kadang kala rawatan susulan diperlukan.
so, hasil dari research aku ni.. bukanlah aku tak puas hati dengan apa yang aku ada.. bahkan.. dengan adanya tanda lahir ni la orang lagi senang kenal aku.. betul tak? dulu memang ye.. setiap kata-kata tu aku sedut masuk dalam hati sanubari aku ni.. memang la sakit.. makan dalam juga.. hahaha.. tapi skang ni.. ada certain tu aku absorb.. ada yang aku ignore..
contohnya, ada orang kata kebarangkalian tanda lahir jenis pigmen ni antara satu akan menyebabkan kanser kulit... aku pun tak la pula pegi hospital check tanya adakah tanda lahir aku ni akan menjadi kanser.. so, menda-menda macam tu yang aku amik.. maybe insya allah.. berkat kesedaran ni.. lepas ni aku akan pegi wat check up... doakan yang terbaik okey ^__^
kalau takat kata muka aku ni tak cantik, buruk, huduh bagai.. what can I say? nak soh aku ubah? huhuhu.. takpe la... masing-masing punye pandangan masing-masing kan.. takpe la kalu aku tak cantik di mata orang yang memandang.. tapi aku tetap cantik di mata ahli keluarga aku.. ^__^
kiri : tak nampak sangat ekk
kanan : dah mekap apa pun tak nampak
biasa kalau aku pegi keje macam biasa.. malas nak tepek bedak bagai.. yang macam belah kiri tu la muka aku.. kalau ada event bagai... baru la reti nak touch up muka... tu jadi macam belah kanan.. hohohoho...
tanda lahir aku ni ada masa-masa dia tau.. kadang dia nampak jelas.. kadang tak bape nampak.. orang kata ikut bulan.. klu bulan penuh.. nampak la tanda lahir tu jelas kat muka.. kalau bulan tak penuh.. nampak sikit je la kot.. hahahaa.. aku pun tak alert sangat pasal tu...
so harap-harap.. kalau ada sape-sape jumpa aku nanti.. jangan terkejut pulak tengok muka aku yang tak comel ni... aku ni rakyat marhaein je.. muka tak lawo.. hihihi..
till then, tatababai
What's New
Salam kak, anak saya ada masalah macam akak tanda lahir di pipi kiri dia. Masa lahir xde bila lahir dah 3 bulan baru naik mula2 cuak jugak. Sedih pn ada. Mcm2 soalan org tuju siap ckp lahh anak perempuan sok dah besar x lawa lah ada tanda kat pipi. Mak mana x terguris kan. Siap sy bawak jumpa pakar kulit bagai tpi ape boleh doctor buat melainkan laser bila dia dah besar. Lama2 sy jadi lali ape org ckp bagi sy anak sy ckup istimewa. Bukan semua org ada keistimewaan ni kan. Bila dah baca post akk ni lagi buat sy semangat balik. Cuma sy risau anak saya baru 1 tahun sekrg ni takut dia jadi low self esteem je bila masuk sekolah nti. Xde org nk kawan dgn dia ke. Jdi nk tanya camne akk hadap semua ni dlu?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteThis comment has been removed by the author.
Deletesebenarnya dulu pun penah fikir macam tu.. tapi setiap org ada keistimewaan tersendiri. Ayah saya la yang banyak bg sokongan. Dimana ada kekurangan kita, ada terletak sedikit kelebihan pada perkara lain. Jadi as parent, kita kena sentiasa bg sokongan pd anak-anak. Insya Allah.. akan datang perkara yang baik-baik.
DeleteSalam kak, saya sendiri ada tanda lahir warna merah di sebelah pipi kanan saya. Pada 24/9 saya dah start guna rawatan laser untuk pipi saya. Saya cuba ikhtihar saja. Saya sendiri pun kekadang rasa malu dan segan bila lalu depan orang. Kekadang rasa low estreem je bila kita nak berhadapan dengan org. Sekarang umur saya 22 tahun insyallah dengan rawatan laser ni dapat menghilangkan tanda lahir saya di pipi. Harap anak akak juga akan diberi peluang untuk mendapat rawatan laser menghilangkan tanda lahir dia. Amiin
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteSalam..boss..mcm mane rawatan muka awak tu..hilang x kesan tnda lahir tuu
Deletemalu tu.. memang ada.. tp lama-lama jadi biasa. Allah cipta manusia sebaik-baik manusia. Ada yang lebih dan ada yang kurang. Jadikan kekurangan kita tu sebagai kelebihan kita. Okey apa ada tanda lahir ni, dari kecik sampai tua orang kenal kita.. susah nak cari pelanduk dua serupa ^_^
Delete