salam pagi... just nak share something yang aku rasa biasa berlaku kat mana-mana pejabat pun.. just as knowledge sharing je la ye...
penah dengan pasal sexual harassment tak? mungkin korang lebih faham kalau aku sebut 'gangguan seksual'.. gituu.. tapi yang aku nak cite ni.. bukanlah gangguan seksual yang serius-serius sangat tu.. just as reference sahaja.. ^__^
since aku kat opis baru ni.. aku salu kena kacau ngan sorang pak guard ni.. eeee.. gedik tul pak guard ni.. 2 bulan pertama aku kat sini.. dia dah gedik-gedik minta no tepon aku.. tolong le... masa tu aku cuma minta tolong dia angkat kotak je kot.. ada tertera la nama pena 'Anil Wanina' kat kotak tu beserta dengan no phone aku.. pastu boleh dia tanya.. 'tu no phone awak ke?' >_< terus aku cakap bukan.. tu no telefon bos saya.. ahhaha...
lepas kejadian dia tolong angkat kotak tu.. terus la tiap kali kalau aku pegi breakfast ke, lunch ke.. mesti dia ada.. pastu tegur tanya 'hi.. nak pegi makan ke?'.. abis tu takkan nak pegi motong getah???
aku ni selagi boleh nak avoid dari pak guard ni.. tapi lagi aku avoid.. lagi la asik terserempak je ngan dia.. rajin pulak dia naik kat aras aku ni ronda-ronda... ntah-ntah dia yang curi bakul sampah aku.. kuikuii..
ada la banyak kali aku mengadu kat en suami ni.. tapi dia cuma mampu berkata, 'pegi la buat report' aku tetiba cam sentap... 'aikk.. sebelum kawen dulu kalau ada orang kacau aku, sanggup la pulak nak bertumbuk..' tapi tu cuma dalam hati je la...
just as pre-caution, aku memang avoid gile-gile pak guard ni... kalau dia dok basement.. aku lalu kat lobi... kalau dia dok lobi.. aku sanggup pusing ke basement.. huhuhu...
al- kisahnye.. rasa macam nak belajar martial art je....
gambar hiasan
gambar hiasan
gambar hiasan
till then, tatababai
What's New
0 Comments
Thanks for your support