setelah lama merancang.. akhirnya.. ke Bali kami.. bersama keluarga.. bersama best friend.. such a beautiful moment... ^o^
terima kasih Air Asia kerana telah menunaikan impian kami.. huhu.. walaupun pada akhirnya buat kami berpatah arang pada perkhidmatan Air Asia.. tapi tu cerita kemudian.. kita cerita yang hepi-hepi dulu... :)
Seawal jam 7 pagi kitorang dah bertapa kat LCCT. Alhamdulillah.. masa bertolak dari Kuala Lumpur ke Bali takde delay. Semuanya berjalan dengan lancar. Touchdown kira-kira jam 1230 tengah hari waktu Bali.
Di sana, saya dah siap-siap booking supir untuk entertain kami di sana. Alhamdulillah.. servisnya sangat memuaskan. Hotel juga saya dah siap-siap booking thru airasiago.com
Since masa booking hotel tu, saya ada special request, makanya pihak hotel provide airport transfer secara percuma. So, dengan senang hatinya kitorang pun tolak kos supir untuk hari pertama tiba di Bali. Kira hari pertama tu, free and easy la kononnya.
Ok.. jom tengok gambar kitorang yang pepoyo ni... :P
Haida, Ayu and I....
dah nak sampai.. kejap lagi nak touch down...
sampai sudah.. ini adalah kenderaan FREE yang di hantar oleh pihak hotel.
alamak.. gambar goyang pula.. di reception hotel...
welcome drink.. air serai...
Since cuti-cuti Bali kali ni bertemakan anniversary.. makanya hotel yang saya pilih juga mesti la ala-ala romantik sikit. Hehehe.. romantik la sangat.. :P Hotel yang saya pilih adalah Best Western Kuta Villa yang terletak di bandar Kuta. Lokasinya agak jauh dari pantai tapi kalau jalan kaki pun boleh sampai dalam 15-20 minit. Ini betul-betul kami cuba tau. Jalan kaki dari pantai Kuta sampai ke hotel. Sebab utama pilih hotel ni adalah sebab banyak good review dari pelancong DAN sebab dia ada plunge pool dalam villa. Hahahhaa.. plunge pool je pun.. kalau swimming pun dalam villa tu lain la cite ye.. :P
Selain dari tu, masa beremel-emel dengan dorang ni pun, sangat bagus sebab dorang ni cepat response dan sangat ramah walaupun dalam emel. Kiranya, lom sampai lagi dan terasa welcome kat hotel ni.
Ok jom tengok hotel pulak.... saya amik Villa so lokasinya dekat je dengan swimming pool.
Kejutan pertama... anniversary cake diletakkan dalam bilik. Terus rasa macam diraikan... dapat ni sebab request untuk kejutan lain. Lepas tu terus dorang offer free transit from airport to hotel dan anniversary cake. Best kan...
Dalam bilik pulak..
Ni la plunge pool dia.. comel giless.. saya wat rendam-rendam kaki sajer...
ni swimming pool.. tak sempat nak bermandi-mandian sebab jadual pack giless..
Luar hotel
exterior hotel
Dah lepas check-in, rehat-rehat sekejapan... kemudian kami pun pegi cari makan la.. Lapar kot. Jalan sikit keluar, jumpa la kedai Nasi Pecel Bu Tinuk. Since dah kelaparan, kitorang tak fikir panjang, terus pegi situ makan. Nak lintas jalan sangat mencabar wokey.. Ada dalam 10 minit pun nak lintas jalan. Kereta, motor semua laju-laju.. Dan melintas, amik la apa nak makan. Lepas tu, pegi kat kaunter, dorang tengok apa yang kita amik, then bagi tag harga.
Nasi berlauk. Rp.13,000 dan Rp.26,000. Mampu makan nasi harga ribu-ribu?? Hanya di Indonesia.. huhuh..
Air mineral dan ais batu Rp.5000.
Expenses makan untuk Day 1.
ni kedai dia... Nasi Pecel Bu Tinuk
Dah makan, dah kenyang. Kitorang pun pegi cari teksi nak pegi pantai Kuta kononnya. Nak jalan kaki semuanya berat perut. Teksi untuk 5 orang Rp.25,000. Kejap je kot naik teksi. Tak sampai 5 minit dah sampai. Tu yang lepas tu gigih kata nak jalan kaki je dari pantai ke hotel. Huhuu..
Kami di Pantai Kuta..
Sunset di Kuta Beach
Sempat singgah Rock Shop beli souvenir katanya..
Menda ni cam wajib ada kat sini. Kat mana-mana pun ada. Tak tau apa benda ni..
Bergambar di depan hotel Mercure Kuta Beach Bali. Motif?
Pantang jumpa.. mesti amik gambar..
ni amaran untuk orang yang mandi-manda di pantai kuta. Kuat tau ombak dia.
till then, tatababai
What's New
0 Comments
Thanks for your support