Musim Salju di Beijing - Part 7

lama giless tak update.. :P bz skek ngan keje2 hakiki.. apatah lagi sekarang tengah sibuk ngan keje-keje baru pas terlibat ngan job rotation dari last year.. tapi tahun ni baru dapat keje betul2.. :)

so sambung cerita, next perjalanan adalah ke Tembok Besar China. Antara tempat WAJIB pergi kalau ke Beijing ni.. perjalanan dari restoran tadi dalam lebih kurang 20 minit.. tak jauh sangat.. 


ni antara pemandangan indah gunung ganang yang memisahkan antara China ngan Mongolia katanye...sangat indah... kalau fakta ni tipu, maknanya tour agent tu pun tipu la.. :P tetiba terbayang-bayang cite cina perang-perang tu..


tak lama lepas tu, sampai la kami ke sini... serius.. cantik sangat.. 


aktiviti bergambar diutamakan.. kami ahli group yang semakin hari semakin rapat.. ;)


tu dia.. tinggi giles tembok besar ni melingkari gunung ganang yang ada kt China ni.. tour agent ni cakap, ada pepatah cina mengatakan, 'kalau dah sampai tembok besar cina ni, adalah orang yang sangat hebat.. tapi kalau mendaki sampai ke puncak tembok besar cina ni adalah orang yang bodoh' #sukatidiajecakaporangbodoh :P dia kata kalau dari bawah sampai ke puncak, amik masa setahun nak patah balik. tapi saya baca kat forum dorang kata dalam sejam dua je nak naik turun tembok ni.. hakikatnya, wallahuaklam. sebab saya pun tak naik sampai atas... maklum la.. badan berat.. baju 7 lapis tu.. hukhuk..


so, aktiviti di sini adalah jalan2 dan amik gambar saje.. bukti dan sampai tembok besar cina.. :)


kalau diikutkan, memang mencabar nak mendaki ni.. sangat memerlukan kekuatan fizikal, mental.. emosi.. mau tak nye.. ngan cuaca sejuk ngan baju berat.. mana nak daki sampai atas.. ngan trek licin.. memang tak le.. tp sekurang-kurangnya saya dah sampai.. #ayatsedapkanhati


kami.. di sini....


memang tak dinafikan.. pemandangan sangat superb.. sambil membayangkan macam mana orang dulu-dulu bina tembok ni merentasi gunung ganang..




antara peninggalan meriam yang ada kat sini.. jarak antara meriam tu ngan gunung sebelah sana adalah jauh wokay.. 


antara pemandangan di sisi lain tembok besar china..


ada rumah-rumah kat area sini.. tapi bukan rumah orang duduk.. rumah kedai.. jual macam2 souvenir..

kami ada kat sini lebih kurang 45 minit.. kalau dia bagi tempoh 2 jam pun rasanya tak dok situ 2 jam.. sebab sejuk sangat..ada sesetengah tu dh amik gambar, bole dok tunggu dalam bas atau dalam kedai sebab suhunya lebih panas... yang mana tahan tu, berjalan keliling tengok keindahan tembok besar china..

selesai saja tour ke tembok besar china, kami di bawa ke kedai kerajaan lagi.. 


busan tul asik g kedai kerajaan je.. kali ni kedai Burning Cream katanye..


antara risalah yang diberi.. ada banyak produk di situ tapi tak semua yang dorang explain.. dorang explain yang paling popular je.. konon.. :P


mamat jambu yang sangat pandai berbicara bahasa Indonesia.. menceritakan tentang kelebihan burning cream ni..


ni antara yang sempat snap tempat dorang panaskan besi tu.. then pegang besi tu guna tangan.. pastu sapu burning cream.. walla.. tangan kembali gebu seperti sedia kala.. tapi saya tak beli pun.. huhu..

lepas abeskan masa lebih kurang 45 minit kat kedai kerajaan ni, kami pun pulang.. masa sampai, Aishah dah sampai.. Aishah ni adalah penjual souvenir.. tapi takde kedai.. so barang jualan dia lebih murah dari kat kedai.. so disinilah kami banyak memborong souvenir.. tp tu pun tak cukup.. :P


antara souvenir yang dijual.. ada keychain, fridge magnet dan macam-macam lagi dalam bekas ni..


ni adik2 tengah punggah t shirt.. macam2 saiz.. dari saiz budak sampai la ke saiz XL..


ni alas meja.. macam2 saiz.. dari saiz 4 kerusi sampai la ke 8 kerusi.. selain tu ada cadar, bekas tisu.. macam2 ada.. murah gile weiii.. saya beli alas meja 4 kerusi 200 Yuan je.. sama dengan RM20.. murah kan??? kalau 6 kerusi 300 Yuan..borong jangan tak borong....


t shirt yang abes di punggah.. jenuh la aishah ni nak kemas.. kikikii..


hasil rampasan.. t shirt, beg duit tu ada 5.. dalam beg ada beg ada beg (5 kali) maknanya ada 5 beg le.. :P fridge magnet, keychain, alas meja.. tu je yg sempat sambar..


Post a Comment

0 Comments