Saturday, January 26, 2013

Musim Salju di Beijing - Part 1

Tanggal 24 Disember adalah hari yang saya nanti-nantikan.. kenapa? setelah hampir setahun kami merancang trip ni dan akhirnya, hari itu pun tiba.. 6 bulan sebelum tarikh ini, saya dah siap-siap mohon cuti.. maklum la.. banyak proses yang perlu dilakukan.. bukan setakat cuti, nak buat surat, buat insurans,mohon kelulusan dan sebagainya.. walaupun agak renyah.. tapi perancangan yang rapi dapat menghindarkan perkara yang tak diingini berlaku pada saat-saat akhir kan..


lebih kurang dalam jam 1.30 petang.. saya bertolak dari rumah menuju ke LCCT.. inilah beg yang saya bawa. satu beg besar, satu hand bag dan beg sandang. dalam beg sandang tu saya isi siap-siap baju sejuk untuk dipakai setibanya di tanah Beijing nanti..


lebih kurang dalam jam 3 petang.. ahli rombongan kami berkumpul berhadapan dengan mcD LCCT.. ketika inilah berlakunya peristiwa sadis dalam percutian saya.. ;( tapi cepat-cepat di cover balik oleh Syazwan dan Syawal.. :)

selepas sesi taklimat bersama wakil TA, kami pun check-in secara berjemaah.. oleh kerana ini international flight, so kena la berada di dalam tu lebih awal.. dh la cuaca masa tu hujan.. so mmg kesejukan la dlm tu.. dlm beg mmg ada baju sejuk bagai tp xde la terus pakai sbb baju tu utk winter katanye.. nmpk sangat plak terover excited nti.. huhu.. :P



flight sepatutnya fly 630 petang.. tapi delay dlm sejam cmtu.. adeih.. melangut lagi kt dalam tu..


kami.. bersedia nak terbang...


finally, dalam kul 645 petang camtu baru kami leh boarding.. flight penuh wokey.. ramai warga China la nak balik kg sambut krismas la kot.. huhu..


untuk foreigner, kena isi borang ni.. so kami isi siap2 so nti bole la kami tido dengan aman... maklum la.. penerbangan ini lama juga.. 6 jam.. flight malam plak tu.. lagi la lena tido.. huhu


ni kat muka surat belakang borang ni.. pelik plak dia tulis 'alien'.. adakah weols ini alien?

flight touched down kt airport beijing lebih kurang jam 110 pagi.. masa ni jgn ckp le.. muka sebab x bole bla.. sakit2 badan.. maklum la seat AA ni kecik..ngan saya yang saiz XL ni mmg la ngam2 size je..


sampai airport je.. saya dh siap2 pakai sweater, baju sejuk.. 2 lapis je..sarung tangan, bajet x la sejuk sangat.. huhu.. selesai semer urusan imigresen, berkumpul and meet tour leader yg tunggu weols kat sana..


'hai..saya Ah Ming' inilah tour guard selama saya berada di Beijing..very nice person, and sangat pandai cakap Indonesia.. hahaha.. dia ni mse belajar kt universiti, amik jurusan bahasa Indonesia.. maybe masa dia belajar dia dah set kt mind pas aku abis belajar ni aku nak jadi tour guard.. hihih..

then kami pun berangkat ke dalam bas... aiyaiii.. masa ni mmg culture shock.. kuar je dr airport.. mencucuk2 angin malam Beijing ni... secara automatik rasa cam dok kt freezer.. cepat2 masuk dalam bas... 3 minit perjalanan dari pintu airport ke bas tu.. dah rasa cam ayam sejuk beku.. brrrr... menggigil2 seh.. bertolak dari airport dalam 20 minit perjalanan ke hotel.. sampai hotel dalam kul 3 pagi.. tak sempat wat apa.. lelap terusss... zzzzzzzzzz...


till then, tatababai

No comments:

Post a Comment

Thanks for your support