Anxiety Sosial Lepas 30: Takut Bersosial?

Masa umur kita belasan tahun atau awal 20-an dulu, kita rasa macam kitalah raja networking. Pantang ada ajakan melepak, jom jek kerja kita. Ada parti hari jadi kawan kepada kawan pun kita selamba pergi dan boleh balik bawa tiga empat orang kawan baru. Social battery kita masa tu rasa macam pakai bateri kereta, tak habis-habis.

Tapi perasan tak, sejak angka umur korang dah melangkah masuk ke 30-an ni, benda tu macam berpusing 180 darjah.

Sekarang, bila ada jek kawan ajak keluar hujung minggu, dalam kepala kita dah mula rasa sesak. Kita mula fikir macam-macam alasan kreatif nak bagi supaya tak perlu pergi. Kalau terpaksa juga hadiri majlis yang ada ramai orang tak kenal, jantung mula berdegup laju, tangan rasa sejuk, dan rasa macam nak balik rumah peluk bantal waktu tu juga. Korang mula tertanya-tanya dekat diri sendiri, "Eh, kenapa aku sekarang penakut sangat nak jumpa orang ni? Aku dah kena anxiety ke?".

Kalau korang tengah lalui fasa ni, korang jangan panik tau. Korang tak pelik dan korang tak keseorangan pun. Jom kita sembang santai pasal kenapa rasa takut bersosial ni makin menjadi-jadi lepas umur 30, dan macam mana nak berdamai dengan situasi ni tanpa perlu mengurung diri selamanya.

Kenapa Bila Dah Masuk Umur 30-An Kita Lebih Mudah Rasa Cemas

Sebenarnya, fenomena "takut bersosial" lepas umur 30 ni ada kaitan rapat dengan fasa kematangan psikologi kita sendiri. Masa muda dulu, kita bersosial sebab kita tengah mencari identiti diri dan nak dapatkan pengesahan (validation) daripada orang sekeliling. Kita nak buktikan yang kita ni cool dan ada ramai kawan.

Bila dah masuk 30-an, mindset kita dah berubah sepenuhnya. Kita dah mula tahu siapa diri kita, apa matlamat kita, dan kita dah tak ada masa nak hadap drama-drama kosong. Ditambah pula dengan faktor tanggungjawab kerja yang makin berat atau komitmen keluarga, tenaga mental kita memang dah banyak habis kat situ jek.

Jadi, bila kita kena luangkan tenaga yang berbaki tu untuk pergi berborak kosong (small talk) dengan orang yang kita tak berapa rapat, otak kita akan automatik hantar isyarat "bahaya" atau penat. Isyarat penat inilah yang kita selalu tersalah tafsir sebagai rasa cemas atau anxiety yang melampau.

Membezakan Antara 'Social Battery' Habis Dan Anxiety Sosial Sebenar

Kita kena adil juga dengan diri sendiri. Bukan semua rasa malas nak keluar tu maksudnya korang ada masalah mental yang kronik. Kadang-kadang, ia cuma tanda yang badan korang penat jek.

Cuba check beza dua situasi ni untuk tahu korang kat kategori mana

  • Kategori Social Battery Habis: Korang okay jek sembang dengan orang, tapi korang pilih untuk tak nak pergi sebab korang rasa lagi seronok duduk rumah layan Netflix atau kemas bilik. Korang tak rasa takut dengan orang tu, korang cuma hargai me-time korang jek.

  • Kategori Anxiety Sosial: Korang sebenarnya teringin nak join, tapi korang rasa takut yang teramat sangat. Otak korang mula buat skenario bukan-bukan macam, "Nanti kalau aku tersalah cakap mesti mereka gelakkan aku", atau "Mesti mereka tengah mengutuk baju aku ni". Ketakutan ni sampai buat perut korang memulas, kepala pusing, atau korang terus cancel saat-saat akhir sebab tak tahan rasa cemas tu.

4 Cara Atasi Rasa Takut Bersosial Di Usia Matang

Kalau korang rasa ketakutan tu dah mula mengganggu kerjaya atau hubungan kekeluargaan korang, ini beberapa langkah praktikal yang korang boleh cuba buat secara perlahan-lahan.

1. Tukar Kuantiti Kawan Kepada Kualiti Hubungan

Zaman untuk ada beratus orang kawan ni dah lama berlalu, korang. Bila dah umur 30-an ni, konsep bersosial yang paling sihat adalah dengan mengecilkan sirkel (circle) kawan kita.

Daripada korang paksa diri pergi ke parti besar yang ada 30 orang, apa kata korang ajak dua atau tiga orang kawan yang korang betul-betul selesa untuk keluar minum kopi. Sembang dari hati ke hati dengan kelompok kecil ni kurang memberi tekanan pada otak dan dalam masa yang sama, korang tetap dapat penuhi keperluan bersosial korang dengan cara yang berkualiti.

Ada jemputan reunion sekolah rendah yang dah 20 tahun tak jumpa. Korang dah mula rasa berdebar sbb risau orang tanya pasal kahwin, pasal anak, atau pasal gaji. Daripada korang paksa diri pergi dan duduk tersisih kat bucu meja sambil main telefon, apa kata korang tolak dengan baik. Sebagai ganti, korang ajak jek 2 orang kawan baik zaman sekolah dulu yang memang masih rapat sampai sekarang untuk lepak makan sate. Itu jauh lebih menenangkan jiwa.

2. Berterus-Terang Pasal Had Kemampuan Diri Sendiri

Benda yang paling buat kita rasa cemas sbenarnya ialah rasa "terperangkap". Kita takut kalau kita pergi majlis tu, kita kena duduk sana sampai tengah malam sbb segan nak balik awal.

Gunakan kelebihan umur 30-an korang ni untuk jadi lebih tegas dan jujur. Sebelum korang bersetuju nak datang ke mana-mana acara, bagitahu siap-siap dekat tuan rumah atau kawan korang yang korang cuma boleh singgah kejap jek sebab ada urusan lain lepas tu. Bila korang tahu korang ada "pelan melarikan diri" yang sah, rasa cemas tu automatik akan drop banyak gila.

3. Fahami Teknik 'The 20-Minute Rule'

Bila korang terpaksa juga hadir ke majlis rasmi tempat kerja atau kenduri kendara yang tak boleh nak elak, cuba gunakan taktik 20 minit ni. Masa mula-mula sampai tu memang fasa yang paling kritikal di mana rasa cemas akan memuncak kaw-kaw.

Cakap dekat diri sendiri, "Aku cuma perlu bertahan 20 minit jek kat sini. Lepas 20 minit kalau aku masih rasa nak muntah atau pusing kepala, aku balik". Biasanya, lepas 20 minit pertama tu otak kita dah mula serasi dengan bunyi bising dan persekitaran dewan tu. Rasa takut tu akan mula kendur sendiri dan korang akan perasan yang keadaan tak adalah seteruk yang korang bayangkan.

4. Berhenti Rasa Diri Kita Pusat Perhatian Dunia (Spotlight Effect)

Satu rahsia besar alam dewasa yang korang kena tahu ialah semua orang yang umur 30-an ni sebenarnya tengah penat dan ada masalah masing-masing. Mak bapa orang tengah fikir pasal yuran sekolah anak, orang bujang tengah fikir pasal ansuran kereta, dan yang bekerjaya tengah pening pasal KPI tempat kerja.

Maksudnya apa? Maksudnya tak ada sesiapa pun ada masa nak perhatikan cara korang berjalan, cara korang pegang garpu, atau cara korang bercakap dalam majlis tu. Mereka pun tengah risau pasal diri mereka sendiri juga! Bila korang faham yang korang bukanlah "pusat perhatian" dalam dewan tu, korang akan rasa bebas gila untuk jadi diri sendiri tanpa perlu rasa takut dinilai lagi.

Hujung harinya, tak ada salahnya pun kalau korang dah tak seaktif dulu. Menjadi seorang yang lebih suka duduk rumah (homebody) atau lebih memilih dalam berkawan bila dah matang ni adalah sebahagian daripada proses evolusi hidup manusia yang sangat normal.

Jangan sesekali bandingkan diri korang yang sekarang dengan zaman korang umur 22 tahun dulu sbb fasa tenaga dan matlamat hidup kita dah tak sama. Raikan jek sirkel yang kecil, hargai waktu sunyi korang, dan keluar bersosiallah mengikut rentak dan keselesaan korang sendiri. Hidup ni terlalu pendek untuk dihabiskan dengan memaksa diri memenuhi jangkaan sosial orang lain.

Korang yang umur 30-an kat luar sana, ada tak yang rasa perangai berubah macam ni juga? Rasa macam lagi syok duk rumah lipat kain daripada pergi melepak kat kedai mamak sampai pukul 2 pagi? Cerita la sikit kat ruangan komen bawah, boleh kita buat kelab homebody sama-sama!

Post a Comment

0 Comments