Effect PKP dan Ibu Berkerjaya Bekerja Di Rumah

Suasana Bekerja Dari Rumah (BDR) untuk sesetengah kerjaya bersesuaian dengan situasi pandemik yang kian meruncing masa kini. Namun, pada masa Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) ni memang mencabar. Lebih-lebih lagi bagi seorang ibu yang berkerjaya. Mana nak berdepan dengan tugas hakiki kerja, dengan kerja rumah dan anak-anak pada masa yang sama. Ia pasti menambahkan tekanan kerana semua perkara berlaku secara serentak dan perlu diselesaikan pada masa yang sama. 


Sekiranya ibu bekerja yang sibuk berasa tertekan, ini akan menyebabkan timbul isu kurang fokus dalam pekerjaan. Keadaan tersebut pastinya cenderung menurunkan kadar produktiviti. Tanpa sedar, tuntutan kerja dan tanggungjawab keibuan akan memberikan kesan kepada badan. Selain tekanan, ketidakseimbangan ini boleh sebabkan masalah kesihatan seperti penyakit fizikal. Sebagai ibu, pasti korang mahu menjadi yang terbaik buat anak-anak. Tetapi dalam masa yang sama, korang tetap perlu menjaga kesihatan diri.



Oleh itu, terdapat 8 risiko masalah kesihatan yang mungkin dialami oleh seorang ibu berkerjaya.

Sakit belakang
Duduk berjam-jam di meja kerja boleh menyebabkan ketegangan otot leher, belakang dan bahu. Kemudian anak menangis pulak, dah perlu mendukung anak pula. Itu antara punca sakit belakang yang korang alami. Kurangkan risiko korang daripada mengalami sakit belakang dengan bergerak sebanyak mungkin. Sekurang-kurangnya, setiap jam, bangun dan berjalan-jalan di sekitar kawasan kerja korang walaupun di rumah. Lakukan regangan pada bahagian bahu dan leher. Untuk meregangkan bahagian belakang, angkat dan pegang antara kedua belah tangan ke belakang badan.

Sakit kepala
Ini antara masalah kesihatan yang paling kerap menyerang. Biasanya disebabkan kurang tidur, tekanan, kurang penghidratan yang banyak menjejaskan ibu yang mempunyai kerjaya. Sebaiknya, korang perlu menjaga kadar pengambilan cecair agar mencukupi. Sentiasa pastikan korang mendapat rehat dan tidur yang mencukupi. Jika sakit kepala menyerang sewaktu di tempat kerja, urut dengan perlahan bahagian sisi kepala. 

Stress
Apabila berada di rumah dan perlu menyelesaikan beberapa perkara serentak, secara automatik otak akan banyak berfikir. Sakit kepala akan menyerang, jantung berdegup laju dan tubuh akan mula menggigil. Banyakkan berselawat, istighfar dan berhenti seketika melakukan kerja yang sedang dilaksankan. Tarik dan hembus nafas secara perlahan. Masih tidak baik? Apa kata korang rehat beberapa minit dengan mencari tempat yang tenang daripada bunyi bising, contohnya di bilik.


Ketidakselesaan usus
Antara masalah kesihatan berkaitan ketidakselesaan usus atau irritable bowel syndrome (IBS) yang sering melkorang ibu bekerja adalah seperti sembelit atau cirit-birit. Ia boleh berlaku disebabkan dehidrasi, tabiat pemakanan yang tidak baik dan sudah tentu, tekanan. Elakkan masalah ini dengan memperbanyakkan pengambilan probiotik yang baik untuk kesihatan usus dan serat daripada buah, sayuran dan bijirin. Banyakkan minum air sepanjang berada di pejabat dan pastikan korang meluangkan masa beberapa minit untuk berehat daripada menghadap skrin.

Kegelisahan 
Memikirkan banyak tugasan kerja dan rumah yang perlu dilakukan akan membuatkan korang berasa terbeban dan gelisah. Keadaan tersebut boleh mengakibatkan badan sukar berehat dan menjejaskan proses pencernaan. Kerja dan tugas seorang ibu tidak akan pernah terhenti. Jadi berikan sedikit masa untuk diri korang sendiri. Korang boleh biarkan si kecil bermain di laman rumah sambil korang menikmati minum petang bersama pasangan. Untuk elakkan wujud rasa gelisah, senaraikan isu penting yang perlu diutamakan dan letakkan had untuk perkara lain. 

Sakit pelvis
Otot ligamen serta tisu penghubung yang meregang semasa proses bersalin mengambil masa lama untuk pulih kepada keadaan asal dan boleh sebabkan kesakitan. Keadaan itu pastinya menyebabkan ketidakselesaan buat ibu bekerja yang perlu duduk di meja kerja selama berjam-jam. Hindari masalah kesihatan ini dengan meluangkan 10 minit untuk melakukan senaman Kegel dan senaman abdomen bagi menguatkan otot bahagian tersebut.

Sindrom Carpal Tunnel
Carpal tunnel syndrome berlaku apabila tisu penghubung menjadi longgar. Ia boleh menjejaskan keseluruhan badan. Buat ibu yang menyusu, korang akan lebih terdedah untuk mengalami masalah ini. Biasanya sindrom ini wujud kesan daripada pergerakan berulang, seperti menaip. Kurangkan risiko dengan elak meletak pergelangan tangan di papan kekunci semasa menaip. Perbuatan itu memerlukan korang melentur pergelangan tangan ke atas. Sebaliknya biarkan pergelangan tangan korang berada pada kedudukan yang sama di atas meja dan letakkan pelapik jika perlu. 

Kekurangan nutrien
Kekurangan nutrien seperti zat besi dan vitamin B12 buat ibu bekerja boleh menyebabkan keletihan. Keadaan ini akan lebih kronik buat ibu menyusu badan dan berkerjaya. Disarankan untuk korang memperbaiki diet pemakanan harian korang atau mengambil suplemen multivitamin dengan zat besi setiap hari. Setiap ibu yang bekerja akan menghadapi cabaran unik. Sudah tentu sebagai ibu, korang mahu memberikan yang terbaik buat anak-anak dan keluarga.

Tidak salah jika korang sentiasa cuba bahagikan masa, tenaga, serta pemikiran antara tanggungjawab kerja di rumah dan pejabat dengan sebaiknya. Berfikirlah secara rasional dan anggaplah dengan Bekerja Dari Rumah ini bukan sahaja dapat mengeratkan institusi keluarga malah ambil peluang untuk bekerja secara sihat dengan mengamalkan SOP demi kesejahteraan bersama.

Post a Comment

0 Comments