5 Bahan Dirumah Yang Membantu Merawat Luka

Assalammualaikum

Pernah tak bila duduk rumah, tengah-tengah masak atau berkebun, tetiba jari luka akibat terkena pisau atau tercucuk duri. Mesti kalut kalau takde first aid kit di dalam rumah. Nak pergi klinik akan ambil masa, so apa persediaan yang perlu dilakukan dulu bagi merawat luka tersebut sementara berada di rumah?

Luka kecil adalah kecederaan yang biasa berlaku di rumah. Orang kata walaupun duduk rumah saja-saja pun tetap boleh mengundang kecederaan. Ingat duduk rumah duduk baring je ke? Heheh.. Kalau baring je pun badan boleh lenguh-lenguh sebab tak bergerak. 



Kemalangan berlaku tanpa sebarang amaran. Kita tak tau bila kita boleh terkena pisau. Kita tak tau bila kita boleh jatuh. Oleh itu, penting untuk korang sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Untuk pengetahuan korang, luka kecil yang tidak serius boleh dirawat sendiri di rumah.

Korang boleh merawat luka kecil di rumah jika luka yang dialami tidak begitu dalam. Jika luka yang dialami bersaiz besar, dalam dan mempunyai koyakan yang bergerigi, korang mungkin perlu berjumpa doktor untuk rawatan lanjut. 

Sebelum letakkan apa-apa bahan pada bahagian luka untuk buatkannya cepat kering, pertama sekali korang perlu tahu cara untuk merawat luka kecil di rumah.

Langkah-langkah first-aid ini dapat membantu korang merawat luka kecil dengan mudah dan selamat:

  • Sebelum pegang luka, basuh tangan terlebih dahulu untuk elakkan jangkitan!
  • Cuba hentikan pendarahan secepat mungkin. Pendarahan melalui luka kecil selalunya tidak memakan masa yang lama untuk berhenti.
  • Bersihkan luka. Selepas luka berhenti berdarah, bilas kawasan luka dengan air. Jika ada kekotoran yang melekat pada kawasan luka, cuba buang kekotoran itu dengan berhati-hati.
  • Letakkan antibiotik. Antibiotik dapat melembapkan kawasan luka dan bantu mengurangkan parut.
  • Tutup kawasan luka. Selepas korang melakukan semua langkah di atas, letakkan pembalut pada kawasan luka. Walau bagaimanapun, jika korang hanya mengalami luka kecil, tidak mengapa jika korang biarkannya tanpa balutan.
  • Perhatikan tanda-tanda jangkitan. Pastikan korang berjumpa doktor jika mendapati luka korang menjadi kemerah-merahan, sakit, ataupun bengkak.

Aku nak bagi tips penggunaan bahan-bahan dirumah yang boleh membantu sekurang-kurangnya untuk menghentikan pendarahan dan membuatkan korang rasa panik. Namun, bukan kesemua bahan di bawah mempunyai sebarang bukti saintifik untuk membuktikan keberkesanannya dalam menghentikan pendarahan. Aku pun bukan doktor, aku cuma buat berdasarkan pengalaman sahaja.

Oleh yang demikian, gunakan bahan di bawah dengan berhati-hati. Jika luka terlalu teruk, terus berjumpa dengan doktor untuk rawatan lanjut.

1. Rawat luka gunakan ais
Pendarahan kecil kebanyakannya boleh dihentikan dengan cara menekan kawasan luka. Tekanan yang diaplikasikan pada kawasan luka bertindak menghentikan peredaran darah buat seketika. Setelah pendarahan berhenti, ikat luka dengan pembalut luka dan letakkan ketulan ais ke atas luka tersebut. Ais dapat membantu mengecutkan salur darah dan membuatkan darah membeku dengan lebih pantas. Setelah korang meletakkan pek ais ke atas kawasan luka, teruskan menekan kawasan tersebut secara sederhana sekurang-kurangnya selama 10 minit.

2. Letakkan uncang teh
Tahu tak, korang boleh kurangkan pendarahan selepas mencabut gigi dengan cara menggigit uncang teh? Asid tanin yang terkandung di dalam teh boleh membantu darah membeku dengan lebih cepat. Selain itu, bahan ini juga bersifat antiseptik dan dapat mengurangkan jangkitan. Tip ini bukan sahaja boleh korang gunakan untuk menghentikan pendarahan pada gigi, tapi juga untuk merawat luka-luka kecil. Sebelum korang menggunakan uncang teh tersebut, korang boleh sejukkan uncang di dalam peti ais terlebih dahulu. Jangan uncang teh panas-panas tu terus letak kat luka. Fuhh.. berasap nanti.. Hehhhe

3. Sapukan jeli petroleum
Setelah korang lap luka yang terbuka, korang boleh sapukan sedikit jeli petroleum ke atas luka tersebut untuk pastikan kawasan tersebut sentiasa lembap. Jeli petroleum juga boleh bantu mengelakkan luka daripada membentuk parut yang dalam dan gatal. 

4. Gunakan cecair pencuci mulut
Alkohol yang terkandung di dalam cecair pencuci mulut bertindak sebagai astringen (bahan yang boleh mengecutkan tisu) dan boleh membantu darah membeku dengan lebih pantas. Selain itu, pencuci mulut juga mempunyai bahan yang boleh menghentikan pendarahan yang disebabkan oleh rawatan pergigian.

5. Gunakan antiperspirant
Jangan terkejut, antiperspirant sebenarnya boleh bantu untuk rawat luka dan menghentikan pendarahan! Menurut sebuah kajian yang dijalankan pada tahun 2005, aluminium klorida yang terdapat di dalam antiperspirant boleh membantu mengecutkan saluran darah dan menghentikan pendarahan!

Namun begitu, bukan semua luka kecil boleh dirawat di rumah. Kadangkala, ada luka kecil yang perlukan perhatian dan rawatan daripada doktor. Sebagai contoh:

  •       Luka yang berada pada kawasan muka.
  •       Luka dalam sehingga boleh nampak lemak atau otot.
  •       korang tidak dapat buang semua kekotoran daripada kawasan luka.
  •       Luka berasal daripada gigitan binatang.
  •       korang tidak pernah mendapatkan suntikan tetanus selama 5 tahun.
  •       Kawasan luka rasa kebas.

Luka gigitan, tidak kiralah luka akibat haiwan ataupun manusia, kedua-duanya perlukan perhatian daripada doktor. Jika gigitan tersebut berasal daripada haiwan, doktor akan memastikan haiwan tersebut tidak mempunyai penyakit anjing gila. Selain itu, doktor mungkin akan berikan ubat untuk rawat luka tersebut dan melawan jangkitan. Kebanyakan luka kecil akan sembuh dengan sendirinya. Oleh itu, korang tidak perlu risau melainkan luka tersebut nampak serius ataupun telah terkena jangkitan. 

Macam Iman sebelum ni, kena sengat lebah. Nampak macam perkara mudah kan ! Tapi tau tak bisa lebah tu boleh membunuh ! Jadi apa aku buat, aku sapukan dengan alkohol (guna cecair pencuci mulut), cuba cari sengatan lebah tu dan keluarkan sengatnya. Kemudian terus bawa Iman ke klinik. Mujur masa tu takde pape.. Yang penting jangan panik ! 

Jangan buat-buat pandai kalau tak tau cara yang betul untuk merawat luka kerana ia akan menyebabkan luka itu menjadi lebih serius. Silalah ke klinik untuk berjumpa doktor. 

till then

Post a Comment

1 Comments

  1. Kita pernah kena sengat terbuan, kena cakar dekat kucing terus ke klinik takut gak merebak hihihi.. Tu dah lama 3 tahun lepas..

    ReplyDelete

Thanks for your support