Lina Joy : Tiada Betul Tiada Salah

Assalammualaikum 

Dapat input dari Kisah Lina Joy?

Secara praktisnya, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira dalam menyelesaikan sesuatu dilema yang sukar secara bijak dan tepat. Ironinya, orang selalu lari dari masalah malah sering menghindarkan diri dari menghadapi sesuatu masalah. Namun, ia bukannya jalan penyelesaian yang tepat kerana ‘by hook by crook’ ia masih sebuah masalah yang perlu dihadapi dari sehari ke sehari.




Dalam sesebuah pendapat, terdapat 2 kaedah penyelesaian yang boleh diambil sekiranya berlakunya sesuatu dilema iaitu secara moral dan secara etika.

Moral

Kebiasaannya, akhlak individu menentukan rasa betul dan salah sesuatu perlakuan. Akhlak biasanya ditanamkan semasa kecil melalui didikan seseorang : Ibu bapa dan orang dewasa lain mengajarnya apa yang baik dan mana yang buruk, dengan menggunakan kod peribadi atau kod agama. Hati nurani seseorang mencerminkan akhlaknya. Sebagai contoh, seorang guru secara moralnya menggunakan sumber yang ada untuk mengajar pelajarnya secara atas talian dengan menggunakan kaedah Google Classrom. Apa yang diperlakukan oleh guru tersebut adalah betul untuk melakukan segala yang dia dapat untuk memberi manfaat kepada pelajarnya dan salah untuk guru tersebut untuk membiarkan pelajarnya ketinggalan dalam pelajarannya.

Etika

Walaupun secara moralnya ia dapat menangani masalah yang betul berbanding yang salah, namun etika menangani masalah yang betul berbanding yang benar. Dilema etika timbul apbila moral tidak cukup untuk menentukan tindakan terbaik kerana tidak ad acara untuk memuaskan hati semua orang dalam elemen kod moral seseorang. Sebagai contoh, seorang doktor merasakan bahawa dia mesti menggunakan setiap sumber untuk membantu pesakitnya yang menghidap penyakit Kanser Tahap 4 tetapi pada masa yang sama, dia perlu merahsiakan masalah pesakit dengan keluarga pesakit kerana pesakit tidak mahu keluarganya merasa sedih.

Bagi profesion yang mempunyai kod etika standard seperti ini, dilema yang timbul seringkali berlaku dan menyebabkan perasaan serba salah untuk menentukan kaedah penyelesaian yang bagaimana perlu diikuti.

Kod etika standard memberikan objektif profesional untuk menyelesaikan sesebuah dilema.

Akhlak, menurut definisi, subjektif – setiap individu mempunyai kod moralnya yang tersendiri. Seseorang doktor secara moral dapat mengutamakan kerahsiaan, sementara yang lain mungkin merasakan bahawa kebaikan, melakukan semua kebaikan mungkin lebih penting. Kod etika profesional menghilangkan tanggungjawab moral seseorang individu yang membuat keputusan ini dan menetapkan satu garis panduan rasmi untuk apa yang paling tepat dalam dilema.

Kesimpulannya, kedua-dua kaedah ini penting dalam menyelesaikan masalah namun pemberatnya haruslah bergantung kepada dilema atau konflik yang dihadapi. Dalam kes seperti Lina Joy seperti yang aku kongsi minggu lepas, hakim yang beragama Islam secara pemberatnya akan menggunakan kod moral sebagai jalan penyelesaiannya dan sebagai seorang yang Islam, hakim tersebut haruslah berpegang pada hukum agama Islam yang seorang yang dilahirkan sebagai seorang Islam tidak boleh menukar agamanya kepada agama lain selain dari Islam. Maka kerana itu, permohonan tersebut tidak diluluskan. 

Walaubagaimanapun, bagi hakim yang bukan Islam bukanlah bermaksud keputusan beliau itu salah. Hakim tersebut mungkin berpegang kepada kod etika dan disokong oleh nas yang dikemukakan tanpa mengambil kira hukum dan undang-undang dalam agama Islam. 

Both are right, tapi berdasarkan pegangan atau kaedah yang bagaimana jalan penyelesaian itu dilaksanakan.


till then

Post a Comment

0 Comments