Variasi 4 perisa aiskrim potong dari KitKat Chocolatory dan Anis Nabilah

Assalammualaikum

Semua orang kenal dengan jenama coklat No 1 di Malaysia ni kan.. Apa lagi kalau bukan Kit Kat ! baru-baru ini, memperkenalkan ciptaan terbaru Aiskrim Potong yang dihasilkan melalui kerjasama cef selebriti, Anis Nabilah.


KitKat Chololatory  yang dilancarkan pada Oktober tahun lalu telah memberi peluang kepada orang ramai untuk menghasilkan jejari Kitkat rekaan sendiri dan disitu juga ia menawarkan beberapa edisi KitKat yang tidak didapati di kedai lain. Limited Edition tauuu !


Diilhamkan dari pelbagai perisa aiskrim potong Malaysia, Anis Nabilah telah mencipta Aiskrim Potong Anis Nabilah yang pastinya menggamit memori zaman kanak-kanak, bunyi loceng motosikal penjual aiskrim di kawasan rumah. Ciptaan 8 kepingan jejari coklat yang menakjubkan ini menjanjikan rasa yang enak dengan citarasa Malaysia.


Terdapat 4 variasi aiskrim potong yang diperkenalkan iaitu Ros Sirap Bandung, Mangga Harum Manis, Santan Kelapa dan Teh Tiga Lapis Klasik. Masing-masing mempunyai rasa yang tersendiri dan Keknil pasti korang akan terpikat dengan rasa uniknya.


Ciptaan aiskrim potong ini juga boleh dijadikan buah tangan ketika musim perayaan dan pasti ia akan digemari oleh para tetamu. Haih.. tak sabar nak raya gini.. hahhaha

Dan sempena bulan Ramadhan dan musim perayaan, KitKat Chocolatory akan mengadakan promosi Balik Kampung di kiosk Ramadan, Centre Court Mid Valley Megamall dari 8 Jun sehingga 2 Julai dan peminat KitKat boleh mendapatkan empat edisi khas istimewa KitKat serta satu pek hadiah PERCUMA untuk keluarga dan rakan-rakan.


Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.kitkat.com.my

till then, tatababai

Post a Comment

8 Comments

  1. sedapnya anil.. sure syafi suka ni.. kitkat

    ReplyDelete
    Replies
    1. nyum nyum.. msti syafi dah besar kannn... :P

      Delete
  2. kitkat my fav all time

    hai salam kenalan dari emma . saya comeback untuk blogging . Jom follow saya . i'm done follow you . banyak story emma share kan seperti ni :-

    Tak sia sia rajin tag dan share . So ni reward yang kekma dapat .

    http://emmadianastory.blogspot.my/2017/06/vanitymirror-cermin-ajaib.html?m=1

    ReplyDelete
  3. aduhai nampak sedap semua..warna pun terpikat
    JanjiKita

    ReplyDelete
  4. berkenan dengan flavor mangga harum manis tu. mesti sedap!

    ReplyDelete
  5. Alomokkk.. cam sodap jerk ni.. kene try nanti.. Lea singgah sini n follow.. :)

    ReplyDelete

Thanks for your support