Citarasa Penang di Hotel Grand BlueWave Shah Alam

Assalammualaikum

Mai.. maiii orang Utagha.. orang Penang... mai singgah... hahh.. meh rapat sikit dengan skrin cheq nak habaq mai... cheq habaq kat hang sorang tau.. Hang nak tau tak? Tahun ni Hotel Grand BlueWave Shah Alam bagi pengiktirafan kat orang Penang terutamanya dengan menyajikan buffet ramadhan bertemakan Istimewa Citarasa Penang. Cheq dok try menu yang disajikan oleh hotel ni, fuhh... nallaaa ! Memang sedap baq hanggg !


(tukar bahasa KL plak.. :D) 

Dengan lebih dari 100 pilihan menu berbuka puasa, orang Penang yang rindukan masakan utara boleh cuba menikmati hidangan buka puasa di sini. Keknil pasti, korang akan teruja dan hilang rasa rindu untuk menikmati makanan utara ni.

Antara menu yang pengunjung wajib cuma di sini adalah pastinya menu karinya. Terdapat pelbagai pilihan kari seperti kari ketam, kari sotong dan kari ikan. Kesemuanya Keknil dah rasa, sedap dan menepati citarasa Keknil. Yess.. Keknil ni peminat nasi kandar tauuu.. dulu masa zaman belajar dulu.. tiap hari cari nasi kandar.. Hahhh.. kat sini dengan kuah karinya yang pekat dan rasanya yang memikat, aishh... macam berada kat Penang la..












Selain itu, terdapat juga menu lain seperti Nasi Tomato, Ayam Masak Merah, Rendang Ayam Utara, Pajeri Nenas dan macam-macam lagi. Tidak dilupakan pelbagai pilihan kerabu, pilih sahaja ikut yang pengunjung mahukan. Tak lengkap makanan utara kalau tak ada pasembur. Yummy... Hotel Grand BlueWave turut menyediakan Penang Char Kuew Teow, sotong kangkung, popiah basah, rojak pasembur dan ayam tandoori bersama roti naan. Aishh.. menulis menu ini sahaja dah membuatkan Keknil telan ailio berkali-kali.. Korang yang baca ni tak rasa nak makan ke?







Pencuci mulut yang pelbagai juga turut menarik perhatian Keknil seperti ABC, ais kacang, cendol pulut dan juga sagu  gula melaka. Fuhh.. merecik !




Pihak hotel juga turut mengadakan acara amal pemberian bubur lambuk barakah dan majlis istimewa untuk anak-anak yatim. Di Hotel Grand BlueWave turut menyediakan surau untuk solat yang pastinya luas dan selesa.


Bagi yang inginkan kelainan dalam majlis berbuka puasa, korang boleh cuba untuk menikmati juadah berbuka puasa di sini dengan harga harga buffet seperti di bawah :

Tarikh : 27 May - 24 Jun 2017

Early Bird sebelum 1 Ramadhan
Dewasa RM90.00
Kanak - kanak RM50.00

Harga untuk Isnin - Ahad
Dewasa RM115 +
Wraga Emas & Kanak - kanak RM65.00+

Harga untuk Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Dewasa + 1 Kanak - kanak RM115.00+

Harga untuk Majlis Menu Bankuet dari
Minima 100 orang RM75.00+

*Warga emas 60 tahun ke atas / Kanak -kanak 4 - 11 tahun


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

Facebook

Instagram 

Laman Web 

Untuk tempahan
03 - 5511 8811 samb. 2801, 2804 atau 2806
Tol free 1800-38-1388


till then, tatababai

Post a Comment

1 Comments

  1. wah menariknya menu2 dekat sini kak nil. ada ketam lagi. best nye. terliur tgk semua makanan2 ni.

    ReplyDelete

Thanks for your support