Iftar dan kenduri durian di BGR

Assalammualaikum

Rasanya mesti ramai yang tertunggu-tunggu dengan Buffet Ramadhan dari Bangi Golf Resort (BGR)? Yes.. Keknil adalah antara pelanggan buffet ramadhan di sini dan pastinya setiap tahun ia menawarkan buffet yang berbeza dan lain dari yang lain.


Jika pada tahun lalu BGR menawarkan selera timur sebagai tema buffet ramadhannya, pada tahun ini pula ia menawarkan pelbagai pilihan bufet beserta dengan kenduri durian pada setiap hari sepanjang bulan puasa. Menarik tak?

Pengunjung juga berpeluang untuk menyaksikan demostrasi masakan seperti kambing bakar, sate dan sup kambing dari dapur yang secara LIVE dan dimasak segar pada setiap hari. Jadi tidak perlu risau dengan kesegaran makanannya tau..





Seperti biasa, signature dish kegemaran Iman iaitu Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma turut disediakan di Egg Station dan menjanjikan rasa yang enak dan unik bagi setiap suapan.

Tidak dilupakan pelbagai pencuci mulut tradisional mahupun moden seperti kuih lapis, tiramisu, jeli kelapa dan sebagainya yang pastinya enak dan cair di mulut setiap kali di sua ke dalam mulut.















Kenduri Durian di BGR

Ada peminat durian di sini? Hah.. meh rapat dengan skrin sebab Keknil nak bagitahu korang yang tahun ini, ada promosi Durian Runtuh di mana pengunjung boleh mendapatkan durian yang dibawa khas dari Rabu, Pahang. Bukan setakat durian kampung, Musang King pun ada tau.. Selain dari durian, pengunjung juga boleh mendapatkan gelato berperisa passion fruit, guava, asam boi dan semestinya Musang King yang diproses segar oleh Sweet Scoopz. Kesemua produk ini juga boleh dinikmati di rumah dengan pembelian dengan harga eksklusif.



Persembahan LIVE Band

Agak bosan jika menikmati juadah tanpa muzik iringan kan. Pengunjung di BGR akan dihiburkan dengan persembahan muzik secara LIVE dari 6.30 petang sehingga 9.30 malam pada setiap hari. Jadi sambil menjamah menu buka puasa yang pelbagai, pengunjung juga akan turut terhibur dengan persembahan menarik dari LIVE band yang dipilih khas oleh BGR.

Fasiliti Lengkap untuk Berbuka Puasa dan Beribadah

Tak perlu risau tentang parking kerana BGR menyediakan lebih dari 800 ruang parkir secara percuma. Jadi tak perlu risau kalau korang datang lambat, Insya Allah.. ada ruang parkir untuk pengunjung. Kalau dah makan, janganlah lupa tentang yang LIMA. Tak perlu risau kerana surau yang selesa untuk pengunjung turut disediakan dan diasingkan ruang solat lelaki dan wanita.

Jadi.. tunggu apa lagi? Bolehlah rancang majlis berbuka puasa korang kat sini atau mungkin ada nak buat sambutan majlis berbuka puasa di sini ke? Hahh.. lebih ramai lebih meriah kan?

Meh Keknil lanje lagi pelbagai variasi makanan yang dihidangkan semasa buffet ramadhan di BGR ini.. ^_^




 












Buffet Ramadhan di BGR ini boleh didapati dengan harga dari RM28 untuk kanak-kanak manakala RM58 untuk dewasa bermula dari 29 Mei 2017 sehingga 23 Jun 2017.

Tempah awal untuk lock seat anda dan bagi badan-badan korporat atau mungkin vendor-vendor yang nak buat majlis buka puasa, ini adalah pilihan terbaik untuk anda. Jadi tunggu apa lagi?

Untuk maklumat lanjut, sila layari :


Alamat
Restoran Bangi Golf Resort
No 1, Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi,
Selangor 43650, Malaysia

Tempahan atau Pertanyaan
Nurul Adira Kamil - (60)11 1057 5088

Email
sales@bgrrest.com

Laman Web

Facebook

Instagram



till then, tatababai

Post a Comment

1 Comments

Thanks for your support