Keserikan ber 7 island semalam masih lagi terasa.. penat dia tu toksah cakap.. so, untuk aktiviti hari ini, kitorang amik sesi pagi, sebab petang tu kitorang nak pindah ke hotel lain..
Seawal jam 8.30 pagi.. van dah sampai dah pickup kitorang kat hotel, lepas tu pickup kawan aku pulak kat hotel dorang. Host kitorang pada hari tu adalah Harun. Destinasi pertama kitorang adalah Hot Stream. Agak jauh juga dari Ao Nang beach ye.. ada kawan-kawan aku kat group BBM bagi tau, boleh je nak pegi Hot Stream tu naik motor... tapi kami 3 orang kan.. susah la pulak.. dah la aku ni takde lesen motor.. bawak motor pun tak reti.. hihiihih.. so, kita amik pakej je dulu.. kang dah expert jalan dia, kita drive sendiri ye.. hahahha.. verangan..
Harun yang banyak cakap
kami dah bersedia
trekking sikit nak ke Hot Stream
kolam Hot Stream
test rendam kaki.. tak panas sangat..
Hot Stream signboard
loving couple.. ^_^
Tapi hasilnya, memang cantik sangat tempat tu. Ita, Faizul, encik suami ngan Iman turun mandi. Aku.. tukang jaga beg.. bahhahahaha... aku rendam-rendam kaki je la.. aku tak reti berenang kot.. kang jadi pape.. sape yang akan dipersalahkan? Diri sendiri juga kan.. kikikiiii
Lama juga masa diberi, lebih kurang sejam juga la.. memang puas la Iman dapat mandi sampai kecut-kecut jari dia. Lepas tu, kitorang kembali semula ke restoran untuk menikmati makan tengahari. Siapa yang biasa pegi Krabi, setiap pakej tu biasanya dia akan include dengan makan sekali.. so, tak perlu risau. Even dalam van tu pun.. berlambak air mineral disediakan.. boleh je amik.. Kitorang siap bungkus masuk dalam beg buat stok sampai abis trip kat Krabi ni.. hahahaha
jom trekking
4 of us
sampai suda
Iman...
wefie dengan gegajah
jom masuk
emerald pool?
ni la emerald pool yang dikatakan mempunyai air yg sangat jernih
takde la besar sangat.. tapi jernih sangat air dia
loving couple tengah bermandi manda..
loving couple versi anak beranak
tak puas mandi ke Iman?
jom balik
peta kat Emerald Pool
Naik gajah lepas makan, memang la tak berapa sesuai la, pada aku la kan.. perut tengah sengkak ni kot.. pastu ko naik gajah.. hahahaha.. rasa nak terkeluar balik nasi tadi pun ado.. aku ni sokmo semua nak komplen kan.. kikikiii... tapi aku cakap kat sini je la.. kat sana ku relaks je.. sebab aku komplen pun dorang bukan faham.. kira bila berada di sana, kita kena banyakan sabar dan sentiasa redha... hihihihi
Masa elephant trekking ni.. dalam banyak-banyak gajah yang bawak kami ni.. gajah kami je takmo turun masuk air. Aku memang dah cuak dah kalau gajah ni masuk air seba encik suami kata, kalau gajah ni sembur memang ada bau lain macam sikit. So, alhamdulillah.. tak masuk air. Tapi masuk dalam kebun pulak.. laluannya pun laluan yang memang under trek dia. Si Ita ni dapat gajah yang takmo ikut trek dia.. hahahaa.. habis celah-celah pokok gajah dia lalu.. kitorang kat belakang dok gelakkan je.. pastu ada la show sikit oleh sang gajah ni, patahkan ranting kayu, suapkan makann untuk dia.. kesian juga kat gajah ni.. aku ni dah la berat.. tambah pulak berat encik suami ngan Iman.. ada dekat 200kg kot.. kikikiii.. dalam hati ni dok berdoa juga.. janganlah gajah ni collapse.. kang tak pepasal kena bayar ganti rugi.. hihiihih
gajah di mana-mana
kami dan gajah
loving couple dan gajah mereka
So, lepas aktiviti naik gajah ni.. kami pun pulang ke hotel.. amik beg dan pindah ke hotel kedua... kemanakah? Tunggu..... ^_
till then, tatababai
What's New
2 Comments
assalam. nak tanya ni, agak² kalau bertrekking sambil gendong baby 8 bulan ok tak?
ReplyDeletebestnya lahai. :D
ReplyDeleteThanks for your support