So, ritu aku dah share pasal pakej yang aku amik kan.. korang boleh refer kat Pakej yang ada kat Krabi ni.. pakej yang aku amik adalah 7 island sunset tour dan pakej emerald pool and elephant trekking.
Untuk entry ini, aku buat untuk 7 island sunset tour dulu la.. since sebelum ni aku dah 2 kali amik tour 4 island kan.. so, tukar angin la pulak. Nak tengok sunset la pulak kann... hahh.. nak sangat tengok sunset kan.. disaster kauuu!!!! hahahahha
Dalam kul 2 petang macam tu, dah ada van amik kitorang kat hotel.. ramai juga la yang amik pakej ni.. aku rasa penuh satu green boat tu kot.. dari yang dok bawah sampai la yang dok atas..
nampak tak bot kaler ijau tu, itulah bot kami
antara first view di atas air
bot trip lain
First island yang kitorang singgah.. aku tak turun pun sebab pengemudi bot tu kata dorang stop situ just nak amik barang.. ok fine.. so, amik gambar sahaja.. dalam 15 minit macam tu.. bot pun bergerak ke pulau ke-2 iaitu Poda Island.. aku suka Poda Island ni sebab pantai dia bersih dan pasir dia putih. puas la mandi.. tapi antara pulau pulau yang aku memang nak sangat mandi tu adalah Tup Island.
wefie atas bot
titanic katanya
antara boat yang parking
tak turun pun
lagi boat parking
Makanya takde la gambar sangat kat Chicken Island ni.. T_T
wefie di Poda Island
sorok belakang Iman supaya nampak kurus.. hahahhaa
family potrait
eh eh.. bersandar kau kat batu ye
weols pun nak touch batu juga la
mandi time
batu besar tu femes kat Poda Island
cuaca pun sangat baik..
Lepas tu ada banyak la lagi tempat snorkeling nya.. aku mcam malas gile nak turun dengan pening bagai.. dah la ombak kuat.. nak sangat kan naik long tail boat kan.. kan.. hahahha..
tempat snorkeling pertama
tempat snorkeling
Iman dah lapar, aku pun dah pening
lalu kat bawah cave ni.. awesome gile
nampak batu batu besar ni?
ni tempat orang panjat panjat, pastu terjun. ko mampu?
aku yang tak snorkeling, hanya mampu snap gambar ikan dari atas bot
budak ni dah penat
ombak dah start kuat
batu terkenal di Krabi
lagi batu
Aku dah siap-siap pakaikan Iman life jacket just in case bot terbalik.. memang dah terumbang ambing dibadai ombak.. ombak dah la kuat.. enjin bot ni memang tak berapa kuat nak lawan arus.. tu yang sangat la aku tak tahan dengan baru lepas mabuk lautnya.. hukhukk..
sunset
sunset
sunset
air tgh surut, so bot tak leh rapat ke Tup Island
pindah bot
Pastu plak bot kecik tu tak leh parking betul-betul dekat ngan tempat BBQ tu.. so kena menapak lagi jalan kaki dalam 1km macam tu untuk ke tempat BBQ.. dengan ditemani bintang di langit.. takde bulan, pastu sikit-sikit lampu torch light yang disuluh oleh orang yang jaga tempat BBQ tu.. memang betul kitorang menapak. Kalau korang yang penah sampai kat Tup Island tu, kat situ air dia memang jernih dan banyak batu-batu besar dan batu-batu kecik kan.. korang bayangkan.. kitorang jalan malam-malam kat situ, sampai kaki Iman tertanggal dari selipar dia.. pastu bole pulak dia menangis kesejukan dan kelaparan.. T_T memang aku terus sebak kat situ juga..
Nak dapatkan makanan BBQ yang ohsem sangat tu.. sampai rasa macam pelarian Rohingya.. T_T beratur dalam keadaan yang penat, kelaparan.. haihhh.. tak sanggup nak bayangkan smula.. Pastu makan dengan bersuluhkan bintang dan ditemani cahaya dari telefon Nokia lama tu.. uwaaaaa.. feeling pelarian sangattt sampai kawan aku kata, 'teruk betul rasa dilayan macam ni, Malaysia pun tak layan aku macam ni'..
Meh aku share gambar awesome ala-ala candle light dinner kat Tup Island bersaksikan bintang dan langit..
..........
..........
..........
..........
..........
..........
romantik tak?
ni lagi romantik.. T_T
Gelap woiiiiiii...... korang bayangkan celah mana kitorang nak makan? hukhuk...
Dah nak abis makan tu, Iman bisik kat aku, 'mama.. lepas ni kita tak nak join 7 island ni lagi ye.. ' T_T sedih gile suara dia.. aku pun ye kan je la.. sebab aku pun serik.. dah tak sabar nak balik.
Lepas makan BBQ tu.. cepat-cepat la dorang berkemas.. kitorang pun cepat-cepat tunggu kat pesisir pantai tu sebab air nak pasang jap lagi.. bot kitorang kan jauh kan.. so, kitorang tumpang lagi bot kecik tu..
pindah ke bot ijau semula
Dapat je naik bot ijau tu, ingatkan terus balik.. rupanya ado lagi sesi snorkeling tgh malam tgh plankton. Aku dah macam.. woiiii... aku nak balikkkkk!!!!!!!
Ada la juga sorang yang terjun.. tu pun tak sampai 2 minit pun.. sebab dia kata tak nampak pape.. pastu pengemudi tu pun kemudi bot tu balik ke pangkal jalan.. rasa lama gile nak sampai tau.. lelagi lepas trauma dengan bot hampir nak terbalik tu.. adoi... memang kitorang pakai life jacket siap-siap la..
Sampai je kat pantai Ao Nang.. terus rasa lega sangat... haihh.. taubat nasuha nak pegi 7 island ni lagi... trauma sangatttt... Iman plak dok ulang-ulang..
takmo pegi 7 island lagi..
takmo pegi 7 island lagi..
takmo pegi 7 island lagi..
takmo pegi 7 island lagi..
till then, tatababai
What's New
8 Comments
hahaha tergelak2 aku baca entry ni especially part bbq gelap gelita tu..
ReplyDeletenak sgt kan? hehehe tak per. jadi kan pengajaran.
thanks for sharing anil
meng,
Deletebahahaha.. antara pengalaman pahit yang tak dapt dilupakan.. bila kenang balik.. memang kelakar.. tapi bila tgh hadapi situasi macam tu.. haihhh.. serik der.....
Seremm naik long boat ni... lebih2 lagi kalau ombak besar...
ReplyDeleteMie,
Deletetu le.. memang tak sangka sampai terumbang ambing bot kami tu.. ombak jgn cakap la.. sampai lencun kami yg kt dalam bot tu walaupun dh ditutup.. takut karam pun ye jugak.. adoiyaii.. lps ni naik Titanic je la.. hahaha
Masa saya naik dulu siap enjin boat tu mati tengah laut...rasa macam nak terbalik pun ada...
DeleteMie,
Deletesama la.. masa tengah dibadai ombak tu.. boleh enjin mati pulak.. haih.. tak sanggup nak ingat, nak cerita detail lg la... kang orang takut nak tgh sunset tgh laut pulak.. hahahah...
hahaha ciannya kak oii...x nak lah amik 7 island ni time honeymoon..x kuasa lah hai...
ReplyDeletehahahah... areen, amik 4 island je sudah... kikikiii
DeleteThanks for your support