Pasar Malam Krabi yang BEST!

Kalau dah sampai Krabi.. lebih-lebih lagi pada hari Sabtu atau Ahad.. rugi la kalau tak pegi kat Night Market Krabi kan.. aku pegi sini 2 kali.. hari Sabtu kitorang naik tuktuk dengan bayaran THB500 pegi balik.. dia kira kanak-kanak FREE.. so, kami tong tong THB500 tu bahagi 4. Kira tuktuk ni kami punya la.. owner dia Eric, baik gile.. dorang ada juga sediakan pakej-pakej sama macam kitorang pegi Emerald Pool tu.. tapi harga dia boleh nego lagi. Macam kitorang, nego untuk transport dari hotel ke airport, daripada THB600, dapat THB500 je.. okey la tu kan.. tambah sikit je dari naik bas.. so, next time datang Krabi.. kitorang nak contact Eric ni je.. senang.. ^_^

Eric

Since malam tu aku ada dinner kat hotel sempena besday encik suami, so, kitorang keluar dari hotel untuk ke night market awal-awal. Ini first time kitorang sampai ke night market Krabi ni.. so, ada macam teruja sikit la.. walaupun ada orang kata, pasar malam semuanya sama je.. tapi kalau dah namanya negara orang kan.. memang la sama.. tapi menunya mungkin ada yang berbeza.. setiap tempat.. ada speciality masing-masing.

Jom tengok apa ada kat pasar malam Krabi ni..

patung bear yang comel

ada aktiviti beli lukisan dan warnakan.. boleh je beli nak bawa balik.. tapi menda ni macam fun juga la.. aku rasa kat Malaysia takde aktiviti macam ni kat pasar malam kan.. see.. lain tempat, lain culturenya.. so, jangan kata tempat tu tak best, tempat ni tak best.. tengok betul-betul dan niatkan dalam hati.. korang pegi ke situ sebab apa.. ^_^


patung porcelin

ada adik-adik buat persembahan muzik kat sini. ala-ala macam kat CM juga... tapi ni dia buat kat pasar malam.. seminggu 2 kali dorang buat persembahan ni.. kira terhibur la juga kan.. sambil-sambil tu, boleh bagi duit kalau suka.. 

antara yang best kat sini adalah aiskrim kelapa. rasa kelapa dia.. yummy.... harga dia THB30 sahaja...

ikan bakar.. besar-besar kauuu.. THB40 sajo.. kalau kat sini?

masuk satu kedai souvenir kat area pasar malam Krabi ni.. macam-macam jenis souvenir ada.. aku banyak beli souvenir kat sini..

cute-cuute

ada juga signage ni.. bole berwefie kat sini

sambung jalan lagi kat night marker.. pulut mangga THB35.. mangga dia memang manis..

tak tau apa.. tapi nampak sedap

ni ala-ala sushi kot

pokok kaktus dia cantik cantik.. next time aku datang, aku nak borong.. hihihh

ni sotong.. sedap wei.. satu bekas THB50

udang.. satu bekas THB100

antara barang lain.. lilin wangi..

dan di depan entrance pasar malam Krabi ni.. ada la adik comel ni buat persembahan kebudayaan juga..

So, pendek kata.. lain tempat.. lain budayanya.. tak salah kita belajar kan.. tapi kalau dah sampai.. jangan lupa perkecilkan tempat tu.. jangan pula bagi bad review pada menda tu.. mungkin ia kena kat kita.. tapi kat orang lain okey pula kan... macam orang yang suka repeat macam aku ni.. aku akan datang ke sini lagi.. for sure.. ^_^

Post a Comment

7 Comments

  1. jeles...nanti nak pegi jugaklah..xkira..x kira

    ReplyDelete
  2. Hi. Tanya, bleh?

    Pasar malam ni ahad still buka kan? Tuk tuk yg 500 baht tu dari mana ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup.. tuktuk 500 Baht tu dari Ao Nang... kami naik 5 orang satu tuktuk.. so dah jimat kat situ.. ^_^

      Delete
  3. salam.. ada no hp eric?
    pasar malam setiap hari apa shj?

    ReplyDelete
  4. salam.. ada no hp eric?
    pasar malam setiap hari apa shj?

    ReplyDelete

Thanks for your support