Semua orang mengimpikan wajah yang cantik mulus dan berseri.. kalau boleh nak ada effect glowing-glowing macam artis Korea kan. Baru-baru ni Keknil layan drama Korea Saimdang | The Light Diary's. Pelakon utamanya adalah Lee Young Ae. Serius Keknil cakap, sejak kemunculan beliau dalam drama bersiri Jewel In The Palace, memang Keknil adore sangat dengan wajah dia yang sangat mulus dan glowing. Masa Lee Young Ae ni berlakon dalam drama bersiri Jewel In The Palace, umurnya dalam 30-an tau.. Sekarang ni umur Lee Young Ae adalah 46 tahun tau.. Korang tengok wajah dia... Macam anak dara uolssss.... Tak adore ke dengan wajah yang macam ni?
Lee Young Ae 32 tahun Lee Young Ae 46 tahun
Fuhh.. serius Keknil kata.. memang sejak tau wajah dia tak seiring langsung dengan umur dia.. Keknil pun mula la kan.. tercari-cari produk apa yang sesuai dengan kulit muka yang boleh menjadikan wajah Keknil sehalus mulut artis Korea. Hahaha.. Fefeeling retis sangat kan.. Maklumlah.. sekarang ni banyak lambakan produk kecantikan Korea yang tidak Halal malah kadang-kadang memudaratkan pada kulit wajah. Tak nak la macam tu kan.. Kita beli produk untuk membantu menyerikan kulit wajah kita.. Ni lagi nak raya... Hahh.. lagi la nak tampil cantik di pagi raya nanti kan.. Barulah semua saudara mara, adik ipar, kak ipar, sepupu sepapat puji sampai melantun-lantun badan kita.. Hahahaha
Baru-baru ni, Keknil baca kat salah satu laman web yang berkongsi rahsia kecantikan pelakon Lee Young Ae. Shhh... Jangan baca kuat-kuat tau... rahsia kecantikan Lee Young Ae adalah minyak bunga camelia. Kalau korang nak tau, salah satu dari rangkaian produk kecantikan Syahirah ini mengandungi bunga camelia sebagai ramuan dalam produk tersebut tau... cuma kita tak tau produk apa sebenarnya yang Lee Young Ae gunakan dan tak tahu pula kandungan ramuannya tu kot la ada ramuan yang tak Halal kan...
Jadi, rangkaian penjagaan kecantikan yang semestinya Halal iaitu Syahirah membawakan inovasi baharu buat gadis dan wanita di luar sana yang inginkan menggunakan produk kecantikan Korea tanpa was-was. Rangkaian produk ini diformulasikan dengan ramuan bunga-bunga terpilih dari Pulau Jeju iaitu Tri-Flower Essence yang dirumus khas dengan pelbagai manfaat antaranya mencerah dan penghidratan agar kulit wajah kekal lembut dan lembab sepanjang masa.
Terdapat 2 rangkaian penjagaan wajah di bawah SYAHIRAH KOREAN SECRETS. Kedua-duanya mempunyai gabungan teknologi terkini dari Korea dan pastinya diperakui Halal oleh JAKIM. Bukan makanan je ada Halal JAKIM tau.. produk kecantikan pun ada.. ^_^
Bagi yang inginkan kulit wajah yang berseri dan ada effect glowing gituu.. boleh cuba rangkaian produk Syahirah Korean Secrets White Glow yang mempunyai agen pencerahan dari Twi-Flower Essence dengan campuran bunga Sakura, Lotus dan Camelia. Agen pencerahan ini dapat membantu mencerahkan kulit wajah dan membuatkan wajah lebih berseri dan bercahaya. Didatangkan dengan 6 produk hebat iaitu Pembersih Muka, Pembersih Muka Anti Jerawat, Penyegar tanpa Alkohol, Krim Siang SPF20, Krim Malam dan Krim Kecantikan SPF15.
Nak cantik seperti artis Korea? Dapatkan produk ini sekarang di seluruh Malaysia, termasuk pasaraya utama dan farmasi terpilih.
Untuk maklumat lanjut, sila layari:
Facebook: https://www.facebook.com/Syahirah.Msia/
Instagram: https://www.instagram.com/syahirahmalaysia/
Talian Kecantikan: 03-87379122
till then, tatababai
4 Comments
suka sangat pelakon ni.
ReplyDeletewuii cantiknya dia walaupun dah berusia
ReplyDeleteMakin berusia makin cantik kan..
ReplyDeletebetul tu, Lee Young Ae memang lawa, walaupun umur dia dah 40an. Done follow sini http://mulan-sahbanu.blogspot.my
ReplyDeleteThanks for your support