Jelajah Kaohsiung 2025 : Pengalaman 6 Hari 5 Malam di Selatan Taiwan!

Korang pernah tak ada hajat besar nak pergi bercuti ke satu tempat, tapi disebabkan tersilap pandang sikit, terus jadi cerita lain? Hahaha! Aku ada cerita macam tu. Sejujurnya, hajat hati ni memang dah lama membuak-buak nak jejak kaki ke Taiwan. Dalam kepala dah terbayang-bayang bustling city lights Taipei, food hunting di night market dia yang famous tu, dan segala tarikan ikonik di sana. Aku dah siap bayangkan itinerari, siap dah book hotel di Taipei pun! Kononnya, dah ready dah lah ni nak terbang ke sana.

Tapi, nasib baiklah aku ni jenis yang suka double check segala benda. Dua minggu sebelum tarikh penerbangan, aku belek balik tiket flight, saja nak confirmkan boarding pass dan seat number. Sekali tengok, terbeliak biji mata! Rupanya tiket aku ni mendarat di Kaohsiung, bukan Taipei! Ya Allah, macam mana boleh tersilap beli ni? Hahaha, gelak pun ada, risau pun ada. Dah lah hotel dah setel di Taipei. Tapi, dah alang-alang tiket ke Kaohsiung, takkan nak biarkan burn macam tu je kan? Jadi, dengan semangat membara dan sedikit kelam-kabut, aku terus tukar plan. Apa ada hal, Kaohsiung pun Taiwan juga! Hahaha..



Maka, bermulalah pengembaraan solo tak sengaja aku selama 6 hari 5 malam di Kaohsiung, permata tersembunyi di selatan Taiwan ini. Walaupun bermula dengan kesilapan yang mencuit hati, percaya tak yang Kaohsiung ni langsung tak mengecewakan, malah ia memberikan pengalaman yang jauh lebih unik dan santai daripada apa yang aku bayangkan. Sepanjang trip ni, aku akan kongsi dengan korang segala cerita manis, pengalaman mencari makanan halal di Kaohsiung, dan tips berguna untuk korang yang teringin nak travel ke Taiwan tapi mungkin nak cuba kelainan. Siap sedia untuk itinerary Kaohsiung yang tak dijangka ini!

Hari 1: Jejak Pertama di Kaohsiung

Pejam celik, akhirnya kaki aku menjejak bumi Kaohsiung, Taiwan! Perasaan excited memang tak dapat nak bendung, walaupun pada mulanya destinasi ni bukan dalam radar utama. Sebaik saja mendarat di Kaohsiung Airport (KHH), misi pertama aku adalah untuk mendapatkan iPass. Pentingnya iPass ni macam Touch 'n Go kita di Malaysia, tapi untuk segala jenis pengangkutan awam di Taiwan. Aku beli kad iPass dengan harga NTD100 dan terus top-up NTD300. Percayalah, ini memang penyelamat hidup korang kalau nak bergerak ke sana sini dengan mudah dan pantas naik MRT di Kaohsiung atau bas. Dengan adanya iPass, aku tak perlu lagi beratur panjang nak beli tiket setiap kali nak naik pengangkutan awam, tinggal tap je! Sangat efisien dan menjimatkan masa.

Dari airport, aku terus naik MRT dari Kaohsiung International Airport menuju ke stesen kegemaran ramai, Formosa Boulevard. Stesen ni bukan sebarang stesen tau, ia terkenal dengan Dome of Light yang sangat memukau, iaitu hasil seni kaca terbesar di dunia. Rekaan kubah kaca ni penuh dengan warna-warni dan bercerita tentang kitaran hidup dan alam semesta. Aku sempat berdiri terpaku sekejap, kagum dengan keindahan seni di tengah-tengah stesen keretapi. Memang cantik gila! Aku rasa beruntung juga walaupun tersalah beli tiket, tapi sekurang-kurangnya dapat singgah ke tempat ikonik macam ni. Lepas puas tengok Dome of Light, aku check-in hotel yang aku dah tempah di area Formosa Boulevard ni dan rehatkan badan sekejap. Penat perjalanan tapi hati dah tak sabar nak explore.

Malam menjelma, perut pun dah berkeroncong. Destinasi pertama untuk makan malam? Tentulah Liuhe Night Market! Night market ni antara yang paling popular di Kaohsiung dan sangat meriah. Dari hotel, aku cuma jalan kaki sikit je dah sampai. Bau makanan yang pelbagai jenis menusuk hidung, lampu-lampu yang terang benderang, dan suara penjual yang riuh-rendah memang buat suasana jadi sangat happening. Walaupun banyak makanan yang tak halal, aku bernasib baik jumpa gerai yang jual Instabul Turkish Roll Halal. Fuh, lega betul dapat makan yang pasti halal! Aku beli kebab roll yang panas-panas, isinya padat dengan daging dan sayur, gandingkan pula dengan air jus tembikai yang sejuk dan manis. Memang syurga dunia! Kebiasaan bila travel, nak cari makanan Halal ni memang satu cabaran, tapi di Liuhe Night Market ni memang ada. Habis saja makan dan jalan-jalan sambil merasai suasana malam Kaohsiung, aku pun balik hotel dan rehat. 

Hari 2: Menjelajah Sejarah & Budaya di Tainan

Hari kedua, aku dah rancang awal-awal nak buat day trip ke Tainan. Aku dah book Tainan Classic Attractions Day Tour from Kaohsiung melalui Klook sebelum datang lagi. Nasihat aku, kalau korang travel ke luar negara dan nak cover banyak tempat dengan mudah, beli tour melalui Klook ni memang sangat recommended. Segalanya diaturkan dan sangat memudahkan, tak perlu pening kepala fikir transport atau itinerary. Paling best, pagi tu van tour datang jemput aku di Formosa Boulevard Exit 11, dekat je dengan hotel yang aku stay.

Perjalanan dari Kaohsiung ke Tainan ni taklah jauh mana, lebih kurang sejam lebih je. Tainan ni dikenali sebagai Bandar Lam Taiwan, penuh dengan sejarah dan budaya yang kaya. Ia adalah bekas ibu kota Taiwan, jadi banyak tapak bersejarah yang masih terpelihara.

  • Luermenma Temple
Perhentian pertama kami adalah Luermenma Temple. Kuil ni adalah salah satu kuil tertua dan paling penting di Taiwan, didedikasikan untuk dewi Mazu, pelindung nelayan dan pelaut. Senibina kuil ni memang sangat megah dan ukiran-ukirannya sangat halus. Aku dapat rasakan aura ketenangan dan sejarah yang kuat di sini. Kawasan kuil ni sangat luas, jadi aku sempat ambil banyak gambar dan menghayati keindahan reka bentuknya.

  • Sicao Green Tunnel
Seterusnya, kami dibawa ke tempat yang aku rasa paling unik dan cantik – Sicao Green Tunnel. Ini adalah pengalaman naik bot yang menakjubkan melalui terowong semula jadi yang terbentuk oleh pokok-pokok bakau. Pemandangan di sini memang macam dalam cerita dongeng, air sungai berwarna zamrud dengan pantulan pokok-pokok yang rendang. Ada yang gelar ia Little Amazon Taiwan. Angin sejuk bertiup perlahan dan cahaya matahari yang menembusi dedaunan membuatkan suasana sangat magis. Korang mesti cuba pengalaman ni kalau ke Tainan!

  • Anping Tree House
Kemudian, kami melawat Anping Tree House. Ini adalah sebuah bangunan lama yang ditinggalkan dan kini diselubungi sepenuhnya oleh akar-akar pokok banyan yang besar. Kesannya memang agak creepy tapi pada masa yang sama sangat memukau. Ia macam alam semula jadi dah mengambil alih bangunan buatan manusia. Unik sangat! Aku dapat belajar tentang bagaimana alam dan sejarah boleh bercantum menjadi satu tarikan pelancongan yang menarik.

  • Anping Old Fort
Dekat je dengan Anping Tree House, ada Anping Old Fort, satu lagi kubu lama yang dibina oleh orang Belanda pada abad ke-17. Kawasan ni memang ada aura sejarah yang kuat dan korang boleh bayangkan bagaimana kehidupan zaman dulu di sini. Sekeliling kubu ni ada Anping Old Street yang terkenal. Di sini ada banyak kedai-kedai lama jual snek tradisional Taiwan dan souvenir. Walaupun susah nak cari makanan halal, aku sempat beli beberapa kudapan yang confirm vegetarian dan air buah yang segar.

  • Blueprint Culture & Creative Park
Satu lagi tempat menarik yang kami singgah adalah Blueprint Culture & Creative Park. Tempat ni ni agak berbeza dari tempat bersejarah yang lain. Ia adalah sebuah kawasan yang telah diubah suai dari bekas bangunan-bangunan lama menjadi ruang kreatif yang penuh dengan seni jalanan (street art), mural-mural yang menarik, kedai-kedai artisan yang menjual barangan unik, dan kafe-kafe hipster. Suasana di sini sangat moden dan vibrant, sesuai untuk korang yang suka fotografi dan mencari tempat-tempat yang ada 'vibe'. Aku sempat cuci mata dan beli beberapa barang unik sebagai souvenir.

  • Chimei Museum
Perhentian terakhir kami sebelum balik ke Kaohsiung adalah Chimei Museum. Muzium ni memang sangat grand dan cantik dari luar, macam sebuah istana Eropah. Koleksinya sangat luas dan pelbagai, dari seni Barat klasik, patung-patung, alat muzik lama, hinggalah ke spesimen sejarah alam semula jadi dan senjata api. Walaupun aku tak sempat nak explore semua, tapi dapat tengok senibina dan beberapa koleksi terpilih pun dah cukup memukau. Korang yang minat sejarah dan seni pasti akan suka muzium ni.

Balik dari Tainan, badan memang penat tapi puas hati sangat dapat explore satu lagi sisi Taiwan yang berbeza. Tour Klook ni memang berbaloi dan aku recommend sangat kalau korang nak cover banyak tempat dalam satu hari dengan efisien. 

Hari 3: Masjid Kaohsiung

Hari ketiga ni memang tak tau nak pergi mana. Pagi tu baru aku plan itinerary untuk hari ketiga ni..  Dalam jam 10 pagi tu aku baru keluar hotel.. So, aku decide untuk ke Masjid Kaohsiung. Masjid ni taklah besar sangat tapi cukup selesa dan bersih. Ia adalah pusat penting bagi komuniti Muslim di Kaohsiung. Aku dapat solat dengan tenang, dan yang paling best, ia jadi tempat pertemuan komuniti Muslim di sini. Rasa macam jumpa 'keluarga' di perantauan bila dapat berinteraksi dengan Muslim lokal.

Lepas solat, aku terus ke kedai makan kecil betul-betul di sebelah masjid. Kedai ni memang terkenal dengan makanan Halal mereka. Bau masakan yang wangi memang menggamit selera. Aku order nasi putih, sup daging dan risotto daging. Kiranya ni first proper meal yang aku makan sepanjang trip aku kat sini. Harga pun sangat berpatutan.

Cuaca di Kaohsiung pada tengah hari memang agak panas membahang. Kebetulan lepas makan tu, aku rasa macam nak cair je. Jadi, aku ambil keputusan untuk balik ke hotel dan rehat sekejap. Penting untuk recharge tenaga bila travel ni, barulah tak cepat penat dan dapat explore dengan lebih ceria. Aku gunakan masa ni untuk merancang aktiviti aku untuk esok.

Petang sikit, bila cuaca dah redup dan badan dah segar, aku keluar semula. Kali ni misi aku nak cari souvenir dan hadiah untuk keluarga dan kawan-kawan. Aku pergi ke PX Mart. PX Mart ni macam supermarket serbaneka, ada banyak benda boleh beli dari makanan, minuman, barang keperluan harian sampailah ke souvenir yang comel-comel. Aku sempat beli beberapa snek tempatan yang unik dan coklat yang aku rasa sesuai untuk dibawa balik sebagai buah tangan. Harganya pun berpatutan.

Tak sah rasanya kalau datang Kaohsiung tak singgah Liuhe Night Market lagi! Ya, aku pergi lagi malam tu semata-mata nak beli Istanbul Turkish Roll yang sama aku makan masa hari pertama tu. Memang sedap sangat sampai teringat-ingat. Cuma kali ni aku amik daging Rasa macam wajib je makan kebab roll ni bila datang Liuhe! Maklumlah.. kat gerai dia je ada makanan yang confirm Halal kan.. Suasana malam di night market ni memang tak pernah mengecewakan, sentiasa meriah dengan cahaya lampu dan gelak tawa orang ramai. Habis shopping dan makan, aku balik hotel dan bersedia untuk hari keempat. Hari ni memang santai tapi tetap padat dengan aktiviti dan pastinya, makanan sedap!

Hari 4: Get Lost in Kaohsiung

Hari keempat di Kaohsiung, perancangan awal nak pergi Cijin Island. Tapi memandangkan cuaca memang agak panas di sini, aku decide nak jalan tour around Kaohsing City jer. aku mulakan dengan meneroka sisi seni dan pemandangan air bandaraya ini yang sangat menarik. Destinasi pertama aku adalah Pier-2 Art Center. Ini adalah sebuah kawasan gudang lama yang telah diubah suai menjadi galeri seni, studio artis, kedai-kedai unik, dan kafe hipster. Suasana di sini memang sangat vibrant dengan mural-mural berwarna-warni yang dilukis oleh pelbagai artis, arca-arca seni yang pelik tapi menarik di ruang terbuka, dan ruang pameran interaktif. Aku suka sangat tempat ni, banyak spot Instagrammable dan rasa macam dalam movie. Korang yang suka seni kontemporari dan fotografi mesti suka tempat ni! Aku habiskan masa yang agak lama di sini, jalan-jalan sambil menikmati setiap karya seni.

Dari Pier-2 Art Center, aku jalan kaki ke Love Pier dan Glory Pier. Kawasan pier ni memang cantik, dengan pemandangan laut yang luas dan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. Angin laut yang bertiup sepoi-sepoi bahasa memang menyegarkan. Dari Glory Pier, aku dapat tengok dengan jelas Kaohsiung Music Centre, sebuah bangunan ikonik dengan senibina moden yang sangat futuristik dan unik. Bangunan ni memang jadi mercu tanda baru untuk Kaohsiung dan sangat menarik untuk bergambar dengan latar belakang pelabuhan. Aku sempat ambil banyak gambar di sini, dari pelbagai sudut.

Lepas tu, aku jalan lagi dan singgah di Great Harbour Bridge. Jambatan ni bukan jambatan biasa tau, ia adalah jambatan berputar yang cantik dan unik. Pada waktu-waktu tertentu, jambatan ni akan berputar untuk membenarkan kapal-kapal besar lalu. Sesuai sangat untuk bergambar dengan latar belakang bandaraya dan laut. Aku sempat ambil beberapa gambar sebelum meneruskan perjalanan.

Seterusnya, aku decide nak naik KLRT (Kaohsiung Light Rail Transit). Kononnya nak explore kawasan lain dan merasa pengalaman naik light rail yang moden ni. Tapi, tak semena-mena aku macam "getting lost" sikit. Entah ke mana aku naik, entah ke mana aku pergi, sebab aku tak familiar sangat dengan laluan dia. Hahaha! Tapi, dari kesesatan tu, sempat la aku study map KLRT ni dan aku decide nak turun di stesen berdekatan Love River. Dan percayalah, ini adalah satu kesesatan yang berbaloi! Hahaha..

Love River ni memang ikonik di Kaohsiung, macam sungai Han di Seoul atau Seine di Paris, tapi dengan vibe tersendiri. Bila aku sampai, aku rasa tenang sangat. Ada bot-bot kecil berlayar, orang berjogging, dan suasana yang sangat santai. Aku ambil peluang ni untuk duduk di bangku tepi sungai, berehat, dan healing-healing tepi sungai. Tengok orang lalu-lalang, nikmati angin sepoi-sepoi bahasa dan pantulan cahaya matahari pada permukaan air. Memang momen yang sangat menenangkan setelah seharian berjalan dan sedikit panik sesat tadi.

Dari Love River, aku patah balik ke Kaohsiung Station. Dari stesen, aku jalan kaki sikit dan jumpa sebuah kedai makan yang dinamakan Istana Bakso. Plan asal nak makan kat sini je tapi sebab memang waktu puncak, aku decide untuk tapau je nasi campur kat situ. Lepas tapau, aku balik hotel untuk makan, solat dan rehatkan kaki sekejap.

Petang tu, aku keluar semula. Misi sama: cari souvenir. Aku pergi ke Nanhua Shopping Market, satu lagi pasar yang agak meriah dan penuh dengan pelbagai jenis barangan. Di sini aku dapat beli beberapa barang lagi yang aku rasa sesuai untuk buah tangan. Kemudian, aku singgah semula di PX Mart*untuk kali terakhir beli snek-snek yang aku suka sangat di Taiwan. Penat shopping tapi puas hati! Hari keempat ni memang penuh dengan kejutan dan kenangan.

Hari 5: Menawan Puncak Alishan

Hari kelima adalah hari yang paling dinanti-nantikan dan jadi antara highlight utama trip aku – Alishan Day Tour! Tour ini juga aku beli melalui Klook. Aku memang excited nak pergi Alishan sebab dah banyak kali tengok gambar-gambar keindahan alam semula jadinya yang diselubungi kabus dan pokok-pokok gergasi.

Pagi tu, aku ke THR Zuoying Station Exit 5 untuk pick up. Dari jauh aku dah nampak van yang dijanjikan. Sampai je kat sana, aku perasan yang kumpulan tour kami ni ada 7 orang peserta kesemuanya. Menariknya, kami datang dari pelbagai negara! Ada 2 orang dari Malaysia (termasuk aku), 1 orang dari Taiwan, 1 orang dari Singapore, dan 3 orang dari Hong Kong. Seronok dapat kenal kawan-kawan baru dari latar belakang yang berbeza dan berkongsi pengalaman travel. Perjalanan ke Alishan agak panjang dan berliku, mengambil masa beberapa jam dari Kaohsiung. Tapi percayalah, pemandangan sepanjang perjalanan memang sangat memukau, dari bandar terus ke kawasan pergunungan yang menghijau. Kami singgah sebentar di Chukou Visitor Center untuk toilet break dan regangkan badan sebelum meneruskan perjalanan naik ke atas gunung.

Makin tinggi kami naik, makin sejuk udara dan makin cantik pemandangan gunung-ganang yang diselubungi kabus dan awan. Setibanya di Alishan National Forest Recreation Area untuk tour, aku rasa macam masuk ke dunia lain. Udara sejuk dan segar menusuk kalbu, jauh beza dengan cuaca panas di Kaohsiung. Kami mulakan dengan meneroka laluan pejalan kaki yang cantik dalam hutan. Di sini, aku dapat tengok pokok-pokok cypress yang berusia ratusan tahun, ada yang digelar "Sacred Tree" atau Pokok Suci kerana saiznya yang gergasi dan usianya yang tua. Memang rasa kerdil sangat bila berdiri di sebelah pokok-pokok ni.

Kami juga melawat Sister Ponds (Tasik Kakak dan Adik), dua buah tasik kecil yang dikelilingi hutan tebal dan sangat cantik untuk bergambar. Suasana di sini sangat tenang dan damai, sesuai sangat untuk siapa yang nak lari dari kesibukan kota. Ada juga laluan pejalan kaki yang dibina cantik, membolehkan kami berjalan santai sambil menikmati udara yang sangat nyaman dan kehijauan sekeliling. Aku rasa macam terapung-apung dalam fantasi. Pemandangan di Alishan ni memang breathtaking. Kabus tebal yang menyelimuti pokok-pokok, udara yang bersih, dan kehijauan alam semulajadi yang tak terhingga membuatkan aku rasa sangat bersyukur dapat datang ke sini.

Satu lagi kemudahan yang sangat aku hargai adalah adanya prayer room  di Alishan Visitor Center*. Ini memang memudahkan sangat untuk Muslim traveler macam aku. Aku sempat singgah solat di sana sebelum kami bergerak turun. Kemudahan ini menunjukkan keprihatinan pihak pengurusan di Taiwan terhadap keperluan pengunjung Muslim.

Perjalanan turun dari Alishan agak mencabar sikit sebab hujan renyai-renyai mula turun, menjadikan pemandangan lebih dramatik dengan kabus yang lebih tebal. Kami singgah semula di Chukou Visitor Centre untuk toilet break terakhir sebelum terus bergerak ke bandar. Driver kami memang sangat baik hati dan ramah. Dia bertanya kepada semua peserta menginap di mana. Salah seorang peserta bagi tau akan balik ke Taichung, jadi driver baik hati menghantar peserta tu ke Tainan untuk drop off. Dan selebihnya, driver menurunkan kami di Formosa Boulevard (tempat aku dan beberapa peserta lain menginap) instead of Zuoying Station, kerana kesemua kami menginap di area situ. Ini memang satu kemudahan yang sangat menghargai dan menunjukkan servis yang excellent dari pihak tour. Badan memang penat lepas sehari suntuk berjalan dan menghirup udara segar di Alishan, tapi hati puas sangat..

Hari 6: Kaohsiung Last Day

Hari terakhir di Kaohsiung! Perasaan sedih nak tinggalkan Taiwan mula terasa, tapi kenangan manis yang tercipta selama 6 hari 5 malam ni akan kekal lama dalam ingatan. Pagi tu, aku ada sedikit masa lagi untuk buat last minute shopping sebelum bergerak ke airport. Aku decide untuk singgah di Poya, sebuah kedai drugstore yang sangat popular di Taiwan berdekatan dengan hotel yang aku duudk. Di sini korang boleh dapatkan pelbagai jenis produk kecantikan, penjagaan diri, dan juga snek-snek yang unik. Aku sempat borong beberapa mask muka dan barang-barang kecantikan Korea/Jepun yang harganya lebih murah di sini berbanding di Malaysia. Poya memang syurga bagi kaki shopping produk kecantikan!

Lepas dah puas shopping dan memastikan semua barang dah ready, aku pun bergerak ke Kaohsiung  International Airport. Perjalanan ke airport rasa cepat sangat, mungkin sebab aku dah mula terkenang-kenang semua tempat menarik yang aku lawati dan makanan sedap yang aku cuba. Walaupun trip ni bermula dengan kesilapan beli tiket, tapi ia berakhir dengan kenangan yang sangat manis dan penuh pengajaran.

Secara keseluruhan, pengalaman aku travel ke Kaohsiung selama 6 hari 5 malam ini memang sangat berbaloi dan membuka mata. Kaohsiung mungkin tak sepopular Taipei, tapi ia menawarkan pengalaman yang lebih santai, dengan gabungan seni, sejarah, pemandangan alam, dan yang paling penting, komuniti Muslim yang mesra serta kemudahan yang ada. Kesilapan membeli tiket flight akhirnya menjadi satu rezeki dan pengalaman yang sangat berharga.

Tips Travel Kaohsiung untuk Korang

iPass / EasyPass Adalah Wajib: Pastikan korang dapatkan iPass / EasyPass sebaik saja sampai. Ia sangat memudahkan pergerakan korang menggunakan MRT di Kaohsiung dan bas, jimat masa dan tak perlu pening kepala pasal duit syiling.

Tawaran Pakej di Klook: Kalau korang nak cover banyak tempat dan tak nak pening kepala pasal pengangkutan atau itinerary, beli saja day tour melalui Klook. Ia sangat berbaloi dan efektif masa, terutamanya untuk trip ke Tainan atau Alishan. Driver yang baik hati dan fleksibel juga satu bonus!

Halal Food Hunt: Walaupun bukan majoriti, makanan Halal di Kaohsiung ada! Rajin-rajinlah cari atau rujuk group travel Muslim. Masjid Kaohsiung adalah tempat yang baik untuk bermula, dan jangan lepaskan peluang cuba Istanbul Turkish Roll di Liuhe Night Market!

Cuaca: Sediakan payung atau topi kalau datang waktu panas. Taiwan boleh jadi sangat panas di waktu tengah hari, jadi hidrasi adalah penting.

Pakaian Selesa: Pakai kasut yang selesa sebab korang akan banyak berjalan kaki! Terutamanya kalau nak explore Pier-2 Art Center atau Alishan.

THR Zuoying Station: Kalau korang nak buat day trip ke luar Kaohsiung, stesen ni adalah hub utama untuk keretapi laju dan tour pick-up.

Kaohsiung adalah destinasi yang sempurna untuk korang yang mencari pengalaman travel Taiwan yang berbeza, jauh dari hiruk-pikuk bandaraya besar. Ia menawarkan pelbagai aktiviti dari yang santai hingga mencabar, sesuai untuk semua jenis pengembara. Aku sangat rekomen korang untuk masukkan Kaohsiung dalam bucket list travel korang. Siapa tahu, kesilapan kecil macam aku pun boleh membawa kepada pengalaman yang luar biasa!

Kalau tanya aku nak repeat lagi ke tak? Semestinya aku jawab Mahuuuu!!!!

1 Comments

Thanks for your support

  1. Kalau masukkan gambar bolehlah feeling sampai ke Alisan juga.

    ReplyDelete

Post a Comment

Thanks for your support

Previous Post Next Post

Smartwatchs