Carrie Junior Baby Bath Refill Pack

Assalammualaikum

Hai korang.. rindu Keknil tak? Hahahah.. Balik dari bercuti hari tu, Iman bagitau, "mama.. sabun mandi habis" sambil buat muka sedih.. Olololoo.. siannya... Iman ni kalau mandi, adoii.. mau berjam-jam macam basuh bilik air. Sabun mandi pun cepat je habis. Kikiki..

Okey sambung kisah sabun habis tadi.. Keknil memang sentiasa menyimpan stok barangan rumah extra 2-3 bulan. Jadi kalau barang sedia ada habis, takde la kelam kabut nak pegi kedai cari barang kan.. Barangan rumah yang Keknil maksudkan ni termasuklah syampu, ubat gigi, berus gigi dan sabun mandi.

Sabun.. di bilik mandii.. sabunnnn.... kalau korang nak tau.. Carrie Junior kini menampilkan pek jimat dan mudah dengan Carrie Junior pek isian semula. Jadi bila sabun mandi habis, cuma perlu topup dengan pek isian semula ni. Hahh..  lebih jimat dan mudah kan !


Berjimat dengan Carrie Junior Pek Isian Semula

Seperti yang diketahui umum, Carrie Junior adalah produk  mandian bayi dan kanak-kanak yang telah dikenali lebih 20 tahun. Lama tu.. Dengan kos sara hidup yang kian meningkat dan pastinya, semua keluarga mahu berjimat dalam apa jua cara pun kan.. Carrie Junior menampilkan pek isian semula yang pastinya dapat membantu dan memudahkan setiap keluarga berjimat.

Selain dari penjimatan hebat oleh Carrie Junior ini, friendly pack ini juga dapat membantu mengurangkan 79% penggunaan plastik dan setiap keluarga juga dapat dididik dalam memelihara alam sekitar dari tercemar.

Produk mandian dan syampu Carrie Junior ini dirumus khas dengan Fruito-E yang merupakan kombinasi semulajadi ekstrak buah-buahan. Ia juga kaya dengan vitamin dan nutrien yang turut membantu melembab dan melindungi kulit anak-anak sepanjang hari. Kalau bau buah-buahan yang segar macam ni, bukan anak-anak je suka.. ibubapa pun suka kan.. ^_^



Pelbagai pilihan produk dengan harga berpatutan

Terdapat pelbagai pilihan dalam rangkaian produk Carrie Junior yang boleh setiap keluarga miliki antaranya baby bath, baby shampoo, baby hair & body wash, baby powder, baby oil dan baby lotion. Rangkaian produk yang lengkap ini bukan sahaja dapat melindungi kulit anak-anak tetapi juga dapat memudahkan ibubapa dalam pemilihan produk dalam rangkaian produk Carrie Junior dan semestinya, produk ini diiktiraf Halal kerana tidak mengandungi bahan-bahan yang meragukan.



Pek isian semula Carrie Junior Baby Bath 500g boleh didapati dengan harga RM8.90* (Semenanjung Malaysia) dan RM9.30* (Sabah / Sarawak) Manakala Junior Hair & Body Wash pula berharga RM9.90* (Semenanjung Malaysia) dan RM10.40* (Sabah / Sarawak)

Semua produk Carrie Junior boleh didapati di semua kedai runcit, pasaraya dan farmasi di seluruh Malaysia.


till then, tatababai

Post a Comment

0 Comments