Roadtrip to New Zealand | Aktiviti di Queenstown

Assalammualaikum

Kat Queenstown ni memang banyak sangat aktiviti yang boleh dilakukan. Antaranya yang wajib pergi adalah menaiki Skyline Gondola. Wajib ni weii.. korang sampai atas je confirm terkesima dengan pemandangan The Remarkable dan Lake Wakatipu yang sangat indah. Selain dari itu, korang boleh naik cruise merentasi Lake Wakatipu atau lepak je tepi tasik tu ala-ala piknik.


Hari kedua kami di Queenstown, kami penuhi dengan aktiviti setengah hari di Skyline Gondola. Tiket ni pun kami beli awal dengan harga murah sikit la di Bookme. Walaupun tiket kami ni sepatutnya valid bermula jam 12 tengah hari, tapi bila kami redeem jam 10 pagi, dia bagi je naik. Syukur... jimat masa kami. Jadi, apalagi. Dengan perasaan bercampur baur tak sabar nak naik luge kat atas tu kami pun naik gondola menuju ke puncak.











Sampai puncak memang tak tunggu lama la.. sebab kang tengah hari dah panas. So, sementara masih redup ni.. kitorang dahulukan naik luge dulu. Sampai atas, pilih helmet, lepas tu beratur dan masa ni beratur tak panjang lagi. So, boleh la nak manja-manja dengan staff kat situ. Hahahah.. Walaupun sebelum ni Keknil dah pernah naik, tapi dia tak kira. Asalkan tangan korang baru kali pertama cop tu, consider korang adalah first timer. So kena belajar. Ala.. senang je, pull to start, push to stop kekdahnya. Ada 2 route yang korang boleh pilih. Nak Scenic Route Track atau Advance Route Track. Biasanya untuk first timer, dia akan suruh lalu kat Blue Track sebab jalan dia kurang bumpy dan kurang selekoh. Dedua track best. Macam Keknil amik 5 kali ride, most route yang Keknil lalu adalah  Advance RouteTrack. Hahaha.. nak adventure sangat kan..






Kitorang sempat juga tengok-tengok lokasi orang buat paragliding kat atas tu. Belum terjun lagi view dia dah awesome macam tu, kalau dah terjun lagi best dalam tengok 360 degree punye view. Masih terbayang pemandangan kat sana. Kalau amik gambar pun tak sama macam yang real. Kena duduk dan stay sana, baru dapat menikmati keindahannya. Hahhaha.. Motif sangat.. suruh pegi lagi ke apa tu. Kikikii


Bole je lepak kat atas sampai malam pun takde masalah. Kalau nak stargazing kat sini pun boleh. Tapi Keknil ritu stargazing dari depan bilik je. Pun dah cantik. Kekdahnya ko nak startgazing sambil pakai baju tido je. Hahahahha..


Dalam pukul 2 petang macam tu, kitorang turun dah. Dah lapar kan. Ada je restoran kat atas tu, tapi mahal la sikit. Kot nak piknik kat atas tu pun boleh. Kitorang plan nak makan kat Erik siap dah plan nak menu apa. Hahahaha..


Sempat la sebelum tu kitorang singgah Cookie Time untuk beli biskut. Ala.. biskut je pun. Tapi cuma bezanya Made in New Zealand. Hahahha.. dan bekas dia sangat comel. Eeee.. rasa nak borong je semua tin biskut dia. Comel sangatttt...





Kat Queenstown ni, kitorang shopping kat DF Souvenir, ni antara tempat shopping souvenir yang ramai orang Malaysia suka pergi. Kalau masuk sini, susah nak keluar dengan tangan kosong. Hahahha.. Selain dari tu, ada kedai Smiggles kat depan DF Souvenir ni. Bagi peminat Smiggles, boleh la beli. Harga dia boleh tahan juga tapi still lebih murah dari kat Malaysia. ^_^



Kat Queenstown ni kitorang lebih banyak free and easy. Pergi mana-mana dari lodge ke pekan dia cuma jalan kaki je. Pastu jalan slow-slow, tengok pemandangan. Kalau ikutkan nak je buat macam-macam aktiviti seperti paragliding, naik helikopter, naik bos, naik cruise, skydiving, bungy jumping dan lain-lain. Tapi bergantung juga pada bajet dan keinginan masing-masing. Kot gayat sangat tu, takat berangan nak buat swing kat Nevis Swing tu, boleh je.. tapi berangan je la. Nak buat.. kita mampu kita wak ! Hahahhaa

Eh.. nak share juga. Harga paragliding tu tak tetap tau. Zaman Keknil pergi dulu tak sampai $200 untuk terbang. Gambar dan video harga lain la.. tapi sekarang ni, untuk berparagliding je dah lebih $200. Tu yang pitam kejap. Masa kitorang tanya kat i-site tu, staff tu kata tiap tahun memang harga dia berbeza. Tapi makin lama memang makin mahal la.. Kalau ikut aktiviti udara yang paling murahhh dan mampu buat pun adalah naik helikopter, iaitu $155 untuk 15 minit. Jadi rancang aktiviti korang bersesuai dengan bajet. Kalau rasa nak buat macam-macam, boleh sediakan extra budget untuk aktiviti. Pasti tak menyesal !

Ada juga yang cadangkan makan kat Ferg Burgers tapi dia punye queue. Jalan-jalan satu Queenstown pastu patah balik lalu situ pun queue still panjang. Sedap sangat agaknya. Takde rezeki nak makan kat sini, Insya Allah next time kalau ada rezeki. Kuar awal pagi dan boleh lepak kat Ferg Burgers tu lama-lama. Hahahah




till then, tatababai

Post a Comment

1 Comments

  1. aktiviti dia boleh tercabut Jantung la Anil..baik shopping je..

    ReplyDelete

Thanks for your support