Roadtrip to New Zealand | Ceritera aneh dan kelakar di Queenstown

Assalammualaikum

Sepanjang di Queenstown, aku memang susun itinerary light dan boleh dipinda ikut suka hati. Supaya semua orang dapat menikmati Queenstown dengan memori tersendiri. Antara sebab aku suka menginap di Butterfli Lodge ni adalah kat sini ada kat sini kitorang berkongsi satu rumah dan boleh berinteraksi dengan pelbagai jenis orang dari pelbagai negara.

Tak sangka, banyak pula peristiwa kelakar dan aneh berlaku di Queenstown ni. Adui la.. bila teringat balik macam tak sangka pulak boleh mencipta memori periuk kahwin dari Lake Hawea sampai ke Queenstown ni. Hahahhaa



Kisah Pinggan Kahwin
Kisahnya kalau korang ada baca entry sebelum ni pasal kehilangan periuk di Lake Hawea. Memang sampai ke Queenstown tak jumpanya. Kitorang siap beli periuk lain kat Te Anau tu sebab nak gantikan periuk yang tiba-tiba hilang secara misteri tu. Ceritanya bermula lepas dari Lake Hawea tu, memang aku ada rasa trauma la juga sebab memikirkan akulah punca periuk tu hilang. Jadi, aku tak ambil tugas sebagai tukang cuci sejak dari Lake Hawea tu. Sampai Queenstown, terbuka hati nak jadi tukang cuci semula. Tengah basuh-basuh periuk tu, tiba-tiba ehhh... kenapa macam tebal je periuk ni.. Rupanya korang tau tak.. periuk tu melekat antara satu sama lain dah jadi macam 1 periuk. Padahal 2 periuk tu. aku dah tergelak sorang-sorang dah masa tu, pastu panggil kekawan yang tengah lepak kat Common Hall. "Korang.. aku dah jumpa periuk kita yang hilang tu" jerit aku. Terus dorang angkat kepala. "Eh.. jumpa kat mana?" aku jawab, "Ada ni haa.. rupanya dorang kawen" terbahak-bahak kitorang gelak tak ingat dunia. Patutlah si Siput ni bising dia masak nasi lambat masak. Sebab dua lapis periuk tu. Yang si Nad sebelum ni dia amik alih tugas tukang cuci pun tak perasan periuk tu dua lapis.. Hahahhaa..

Yang lagi kelakar, pinggan pink tu pun nk ikut kawen jugak.. dia lekat antara satu sama lain dan bila nak cuci takmo tanggal. Mengada kann.. semua nak kawen kat New Zealand . Hahahhahaa

Kisah Hernan Bilik No 7
Yang ini memang tak boleh blah. Adoiii... trauma kejap. Dalam lodge kitorang ni ada 8 bilik semuanya. Tingkat bawah ada 5 bilik dan bilik kitorang kat tingkat bawah. Bilik kitorang No 4 dan 5. aku di Bilik 4 manakala si Siput dan si Nad di bilik no 5. Kisahnya aku dari bilik No 4 nak ke bilik dorang, No 5. Pastu dengar dorang tengah gelak-gelak tapi aku tak boleh masuk sebab pintu kunci. Belum sempat ketuk pintu, aku terskodeng (terdengar) kat bilik No 7 ni tengah buat sesuatu.. ehhh... kuat kot bunyi dia sampai aku kat luar boleh dengar. Hahahah.. lepas tu aku dah sengih sorang-sorang dan ketuk pintu bilik No 5.. si Nad ni pun buka pintu dan bertambah pecah perut sebab dorang tengah ketawa. aku ingatkan dorang ketawa sebab dengar bunyi pelik kat bilik no 7 tu, rupanya sebab lain.


Esok malamnya, masa kitorang tengah lepak kat Common Hall tu, si Hernan (penghuni bilik No 7) tetiba tertanya kitorang, apa yang kitorang gelak kuat sangat malam semalam tu. Kitorang pun join gelak, rupanya si Hernan ni dengar kitorang gelak kuat sangat agaknya malam tu. Kitorang cakap, pasal menda lain. Tapi Hernan ni insist nak tau kenapa kitorang gelak. Siap tanya, "Do you hear what I hear at Room No 7" What the... hahahahhahahahaha.. rupanya si Hernan pun dengar... Wakakakkakaa Adui la... yang bilik no 7 tu pun kalau nak buat projekk sains tu tak yah la bising sangat.. ni sampai 1 floor dengar kot 😂😂


till then, tatababai

Post a Comment

0 Comments