Keenakan 7Days Kroisan dari Munchy's

Assalammualaikum

Siapa tak kenal Munchy's kan.. produk Munchy's adalah salah satu produk mesti ada dalam rumah Keknil. Bukan setakat segar dan lazat tetapi juga berkhasiat.


Baru-baru ini, Munchy's telah memperkenalkan produk yang dinamakan Kroisan 7Days yang memenuhi keperluan gaya hidup masyarakat kini yang aktif dan sibuk macam Keknil ni hah.. Kadang nak masak sarapan berkhasiat untuk anak pun tak sempat. Jadi dengan Kroisan 7Days ini, tak perlu risau tentang kekurangan nutrisi pada anak kerana snek kroisan ini sangat sesuai dan lazat malah mudah dibawa. Ditawarkan dengan 3 perisa menarik iaitu coklat, strawberi dan karamel, hurm.. ini bukan Iman je yang suka, Keknil pun pun suka.


Ini merupakan kolaborasi bersama dengan Chipita yang merupakan untuk melancarkan Korisan 7Days di Malaysia dengan pelaburan sebanyak lebih RM50 juta dan Munchy's adalah satu-satunya jenama yang menawarkan kroisan prabungkus di Malaysia. Yelah.. nak buat sendiri Kroisan ni bukan senang... kena ada skill.. silap skill.. doh tu jadi lain.. hahahaa


Pek Kroisan ini dibungkus dalam pek aluminium bagi memastikan kebersihan dan mengekalkan kesegaran dan boleh dipanaskan didalam ketuhar gelombang mikro untuk rasa segar dari oven. Walaubagaimanapun, ia tetap enak bila di makan begitu sahaja. Nyum nyum..


Produk ini boleh didapati di kedai serbaneka, pasaraya dan mana-mana kedai dengan harga RM1.30 sahaja. Nak lagi istimewa, perisa karamel hanya boleh didapati di Malaysia sahaja. ^_^


Mari mulakan dan ceriakan hari anda dengan Munchy's Kroisan 7Days dan kekal cergas dan aktif sepanjang hari.

Untuk maklumat lanjut, sila layari :

Laman Web Jenama : http://www.7days.com/my

till then, tatababai

Post a Comment

10 Comments

  1. Kak Sue pun suka Munchys nie Anil.. wah perisa Karamel hanya di Malaysia ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kak sue.. sedappp.. tak rugi cuba.. ^_^

      Delete
  2. kita pun suka produk munchy,wahhhh nak try la baru ni..

    ReplyDelete
  3. wah...macam best je...nak kena try ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. serius sedap.. rugi kalau tak cuba.. hihihi

      Delete
  4. saya suka biskut jenama ni kak..

    ReplyDelete
  5. okay.. nanti boleh carik walaupun suka yang fresh dari ketuhar.. tapi.. mana la tau kot nih pun sedap gak.. hee~

    ReplyDelete
  6. Wah wah. Kena try ni kak. Nampak sedap.

    ReplyDelete

Thanks for your support