Soul of Asia : Deoksugung Palace & Namdaemon Market

Assalammualaikum..

Annyeonghaseyo.. ^_^ 

seronok tak tengok kami pegi Namiseon? Hiihihii.. tetiba rindu sama Jun Sang.. huhuhu.. baiklah… untuk hari ketiga ni.. kitorang nak pegi Deoksugung Palace nak tengok Changing Guard Ceremony.. hikhik.. macam la kat Istana Negara ni takde kann.. hahahaha.. tapi yang bestnya kat sini.. ada selang masa dia bagi kita amik gambar ngan guard kat situ.. best sangatt.. dapat la pegang-pegang.. peluk-peluk guard kat situ.. erkk.. hahaha.. toksah nak peluk sangat.. kuikuikuiii…

Since semalam dah penat-penat kan.. so ari ni kita keluar lewat sikit lor.. pagi nye sesi Changing Guard Ceremony adalah pada jam 11pagi. So, kitorang keluar lambat sebenarnya.. tapi nasib la sempat sampai ngam-ngam acara tu start.

selfie dulu


wefie dengan Euno

Dalam perjalanan untuk amik train, aku dok pusing-pusing map tengok route yang terdekat nak ke Deoksugung Palace ni.. tup tup ada plak ahjussi ni tolong guide route mana yang senang.. even dia guide dari Anguk Stn tu nak ke City Hall.. sampai la dari City Hall nak ke Namdaemon Market. Sebab tu aku bersyukur sangat, orang-orang Korea ni semua baik-baik belaka. Sudi tolong menolong, bantu membantu walaupun bila bercakap tu macam ayam dengan itik. Kamsahamnida ahjussi.. ^_^

ni la ahjussi yang tolong kitorang..

pepagi macam biasa.. bersesak-sesak dalam train ngan orang nak pegi keje

tetiap pagi amik train kat sini

different view plak.. 

turun kat City Hall.. amik Exit 4

dari Exit 4 ni, jalan terus je.. terus sampai kat Deoksugung Palace

ginseng kekawan

Route : Anguk Stn (Line 3) – transfer Jongno 3(sam) ga (Line 1) – turun kat City Hall (Line 1) – Exit 2

Meremang bulu kaki tengok ceremony dorang.. masa dorang sahut menyahut tu.. huhuhu… lepas tu yang best tu.. ada selang masa dorang bagi tourist amik gambar dengan guard yang ada kat situ.. kitorang apa lagi.. cepat-cepat la amik gambar kann.. dalam 10 minit macam tu.. memang best la.. 1st time experience macam ni.. selalu baca kat blog orang je kan.. now… rasa sendiri.. ^_^

sampai-sampai je dah start.. layan..









masa untuk bergambar..

walau tak sehensem Lee Min Ho, tapi janji jejaka Korea.. hahaha


elok pulak dia tengok kamera ek..
mana mata guard ni? sorok ek

verangan dialah Min Jung lakonan Ji Jin Hee dalam drama Jewel In The Palace..

haipp.. jangan lalu kat situ

amik gambar je takpe.. kuangkuang

okey nak beransur suda..

oppa deoksugung style

okbai

tabikkkk hormat

jap.. tak ready

ready... angkat pedang... O_o

Lepas abis upacara tu.. kitorang pun masuk dalam Deoksugung Palace.. dah alang-alang kan.. masuk la.. entrance fee adalah : KRW1,000

Masuk dalam tu fefeeling Dae Jang Geum pulak.. walaupun dorang bukan shooting kat sini.. tapi nak jugakk fefeeling kannn… sakan berselfie, berwefie dalam ni.. kat sini ada satu kejadian kamera aku jatuh atas batu.. uwaaaa.. sedihhh... T_T nasib la kamera tak rosak.. cuma calar ngan penuh cover lens tu ngan pasir.. lepas bersihkan.. bole pulak sambung selfie… sebabnya, aku set timer.. pastu letak atas beg.. beg tu plak atas batu.. dah takdir nak jatuh kan.. even banyak gambar-gambar aku ni aku set timer je.. senang.. next time kena lebih berhati-hati…. pasni, nak cari tripod satu.. tak yah sendal kamera pakai beg lagi.. hihihi

information board

entrance ticket

entrance ticket

jom masuk

palace map

ehem.. sila baca sejarah

entrance

suka suka suka

dalam dia.. so, dah boleh bayangkan drama-drama Korea lama-lama ni.. macam mana rupanya.. sebab salu tengok dalam movie je.. tengok Dae Jang Geum dok terlompat-lompat tengok apa ada disebalik dinding kan.. so, datang sini..tengok sendiri.. rasa sendiri.. ^_^

astaka

kalau dalam cerita Jewel In The Palace ni, tempat ni macam tempat dorang belajar bagi hormat tu.. yang watak Jang Geum masa kecik-kecik tu.. d^_^

ini pula tempat dorang nak panaskan rumah.. so bawah ni letak bara api kot.. untuk panaskan rumah.. betulkan aku kalau aku salah..

Jang Geum tengah bersiar-siar.. hahaha... ini juga aku setkan timer kat kamera.. gigih ko set timer 10 saat.. lepas tu lari-lari sampai hujung, then jalan ke arah kamera.. fuhhh... 

tengah tunggu nak dating ngan Ji Jin Hee.. hahahha.. again, set timer ^_^

baru nak posing.. ada orang plak..

takpe lagi skali.. suka sangat ngan struktur bangunan istana kat sini..

ni tempat pak menteri meeting kot.. hihihi

nak masuk kena buka selipar.. tapi tak leh masuk pun.. so wefie selipar je

comel tak stoking aku.. hahahha.. pink ko..

rendah je sebenarnya pintu ni.. ni pun macam bengkokkan kaki sikit

ewahhhh...

cantik sangat pemandangan ni.. masih winter kan.. so, reranting je la..

nampak ke tak aku tu.. hahaha.. kaedah set timer.. kikikii

ini kalau cherry blossom mesti cantik

kejadian kamera jatuh.. saat ke-10 terdongak terus kamera aku tu.. 

cubaan kali kedua.. set timer juga.. kali ni letak airbag banyak-banyak tepi kamera..

tempat bersemayam maharaja

terbangggg

statik pulak

ini antara tempat best nak photoshoot..

adegan 18sx peluk batang pokok.. hahahha

setiap entrance dia macam ni.. cantik sangat

masih mengekalkan konsep pintu istana lama

Dah lepas berwefie sakan kat sini, kitorang gerak ke Namdaemon Market pulak.. shopping time… yeayyy… dekat je sebenarnya dari Deoksugung Palace ni.. tapi sebab kitorang takmo bazir masa menyesatkan diri.. kita bazirkan duit je la..

Route : City Hall (Line 1) – Seoul Station (Line 1) – Exit 4 in Hoehyeon Station

Kena jalan sikit baru la sampai ke Namdaemon Market ni.. sini kalau nak shopping kraf, souvenir, beg, makanan dan aksesori wanita. Memang heaven la kat sini… masa kitorang sampai sini, nak hujan pulak.. kat sini beli beg yang kawan kirim.. comel je penjual tu.. kitorang punya la tawar sampai dapat harga paling murah.. pastu bila dia tak setuju ngan harga tu, comel je dia kata, ‘Andaeee’ hahahha..  sampai kitorang terikut-ikut ngan lenggok perkataan dia tu.. hihihi..

naik train semula

amik Exit 4

lambakan stoberi murah-murah, gemuk-gemuk dan manissss sangat

antara kedai tepi jalan

ni pun tepi jalan.. main bentang tikar atas jalan..

peniaga dah start nak meniaga dah tu

jalan besar ke arah Namdaemon Market

welcome to Namdaemon Market

banyak kedai-kedai kat sini

oppa jual beg.. bila minta kurang.. sokmo kata 'Andaeeee'

deal is ON.. so dapat la beg satu..

pelbagai beg ado..

tourist guide yang sudi bantu tourist yang sesat barat macam kitorang ni.. hujan time ni.. pun dia stay juga kat situ..

hanbok.. cantik sangat... mampu tengok je la..

Lepas tu, hujan pun mula turun.. adeihh.. tapi tak menghalang kitorang untuk shopping tauuu… keluar masuk bangunan kitorang jalan sebab takmo basah.. lepas tu ada la beli sedikit souvenir untuk kawan-kawan dan keluarga di perantauan.. ekk.. kiri kanan penuh ngan barang.. pastu jalan lagi.. jumpa orang jual seaweed pulak.. beli lagi.. hamik kau.. berplastik-plastik kiri kanan.. hahahaha..  jumpa kedai jual buah.. beli lagi.. miahahhaha… adoiyaii.. patutnya lepas ni kitorang nak pegi War Memorial of Korea ngan Itaewon.. tapi dah barang kiri kanan penuh ni.. makanya, kita pulang saja.. kitorang lalu kat Namdaemon Underground Arcade sebab kat atas hujan.. kat bawah ni pun ada jual macam-macam juga.. sambil-sambil cuci mata… hehehe.. lain kali je la pegi Itaewon.. huhuhuh

antara jualan kat underground arcade.. murah gilosss kasut dia..

hasil rampasan hari ke-3... perghh...

Jom.. booking hotel kat Korea !

Booking.com
till then, tatababai

What's New

Post a Comment

2 Comments

Thanks for your support