Monday, January 19, 2015

Hotel Review : Samui Boat Lagoon

Assalammualaikum...
Ramai orang tanya, hotel apa yang duduk kat Koh Samui ritu? Murah ke mahal? Jawapan yang pertama tu, rasanya yang ada baca entry-entry sebelum ni, mesti dah tau aku dok hotel mana kan. ^_^

Yang belum tahu, tengok tajuk entry pun terus tau aku dok hotel mana. hahaha.. Okey.. since percutian ini adalah percutian santai.. so, aku terus decide nak cari villa.

Kenapa aku takmo duduk hotel biasa je?
Bukan tak nak. Tapi dah namanya percutian santai, Iman pulak suka berendam. Nasib juga la aku amik villa ni, kalau tak kena mandi kat swimming pool besar kan. Pastu plak dengan kejadian anjing bermandi-mandian dalam pool besar tu depan mata kitorang. Memang tak la nak mandi kat situ. So, bukan berlagak kaya raya tau nak duduk kat private pool villa ni, tapi sebab kitorang nak quality time bersama family so kalau Iman nak mandi ke apa ke.. tak yah nak susah-susah keluar dari hotel. Nak mandi kul 3 pagi pun bole, takde orang nak marah sebab private pool kan. 

Kenapa hotel ni jadi pilihan aku?
Okey.. bukan aku tak riki-riki kat hotel lain. Malah ada hotel impian yang aku nak pegi, tapi hotel ni yang paling murah untuk private pool villa pada masa aku pegi tu. Lagipun, hotel ni banyak good review. Dan tak salah aku pilih hotel ni. Memang berbaloi-baloi malah layananya juga sangat memuaskan. ^_^

Okey, mari kita sambung review hotel ni. Hotel ni aku book thru booking.com dengan terus bayar 25% daripada harga villa ni untuk confirmation. So, sedaya upaya kalau dah book tu, make sure memang kena pegi dan duduk disitu juga la. Kalau tak, burn je 25% tu kan. Tapi sebenarnya boleh je refund, cuma ada Term and Condition la. Sebulan sebelum tarikh check in tu, kena bayar baki 75% untuk harga yang dah ditetapkan tu. So, kira sebelum pegi tu, kira dah setel bab-bab hotel kat Koh Samui ni la. Sampai sana, bawa diri saja.

Dan aku pun memula risau juga, perlu deposit ke masa check in nanti? Jangan risau, TAK PERLU DEPOSIT. Sampai je, terus tunjukkan nombor booking dan dorang akan terus check nama. Lepas tu, dorang akan hantar kita ke villa. Senang je kan..

Suka diingatkan, kalau korang berminat nak request something special ke.. ehem ehem.. contohnya la, korang datang untuk honeymoon ke, atau anniversary ke, atau pape je la. Korang boleh request kat dorang untuk room decoration. Jangan risau, tiada charge tambahan untuk room decoration. Dan korang pasti akan terpukau dengan decoration yang dorang sediakan. Hihihi.. aku masih terkenang-kenang room decoration yang dorang dah setkan kat villa kitorang.. So suwittttt.... dan korang juga boleh main masak-masak kat villa ni tau.... dapur dia memang la kecik je.. tapi kalau boleh main masak-masak.. kira okey la sangat tu... 

Ok jom tengok villa kitorang yang ohsem tu.. ^_^

living hall + kitchen

private pool

living hall

Amacam.. besar tak? Ok.. jom layan bilik dia pulak.. mau tak bergetar hati ni tengok dekorasi bilik dia.. hikhikhikk..

Tadaaaa....

bilik tidur

kissing swan

LOVE is EVERYWHERE

wardrobe

I'm in LOVE!!! Memang terbaik la decoration untuk villa ni. Aku memang puas hati 100% dengan dekorasi dia. Dan yang paling penting, semua ni dorang buat dengan PERCUMA!!! Huhuuu.. okey.. jom kita tengok apa lagi yang ada dalam villa ni..

breakfast table

view from bedroom

bedroom view from side pool

bathroom

sink

toiletries

laundry area

big mirror

shower

and.. it's open shower!!!

Hahh... terkejut ke tidak? Aku memula memang tak sangka la tempat mandi dia ni open shower tau.. hahahha.. cuma dipisahkan dengan pintu cermin. Auwww... Tu aku kata, kalau korang pegi untuk honeymoon, memang sesuai sangat la tempat ni.. sunyi je.. kalau nak duduk bilik all the time pun tak boring sebab dorang ada sediakan CD untuk tonton video. Huhuhu...

Amacam.. best tak?? Kalau yang datang family ramai-ramai, ada juga 2 bedroom villa dan 4 bedroom villa untuk korang booking. Takde masalah. Even dia punya pool lebih besar dari yang ni. ^_^

Bagi sesiapa yang turun kat Samui Airport, korang boleh request airport transfer for FREE tau... ^_^
Banyak lagi fasiliti yang ada kat Samui Boat Lagoon ni selain dari airport transfer. Korang boleh dapat;

- BBQ facilities (kena request)
- luggage storage
- shuttle service to Choeng Mon beach
- tours
- free wifi in all villas
- wifi in public areas
- car park
- motorcycle hire

dan banyak lagi...^_^

Okey.. berapa pula harga yang aku dapat untuk 1 bedroom villa kat Samui Boat Lagoon ni? 


dekorasi bilik yang menawan hati

terpukau terpikat memikat

kissing swan is everywhere

rasa tak nak baring je

bilik yang besar

bilik yang luas

kemudahan private pool

anak pun suka dalam berendam hari-hari

tour on request

Macam yang aku kata tadi, aku bayar ni 2 kali, pertama kali aku bayar 25% dari harga bilik dan kali kedua pula, baki 75% dari harga bilik.

So, bayaran pertama sebanyak 25% dari harga bilik yang aku bayar adalah sebanyak THB2,985 yang aku bayar pada 30 Jun 2014. Huhuu.. see.. berapa lama aku booking bilik ni. 4 bulan sebelum pegi tu, aku dah sesiap booking tau... 

Pada 21 September pulak, iaitu sebulan sebelum tarikh check in tu, kena bayar balance 75% dari harga bilik iaitu sebanyak THB8,955

So, total untuk penginapan ni Samui Boat Lagoon selama 4 hari 3 malam ni adalah THB11,940, lebih kurang dalam RM 1,170.58 (ikut currency masa aku bayar ritu)

tak puas tengok kissing swan ni

kissing again

okey.. last kiss ^_^

Murah tak???? Sebabnya.. villa lain yang aku tengok untuk 4D3N seme dekat 2k.. T_T so, aku rasa ni la yang paling murah yang aku dapat.. ^_^

Untuk hospitality kat Samui Boat Lagoon ni, aku bagi 8.2 bintang.. ^_^


till then, tatababai

What's New

18 comments:

  1. Wowwwwwww memang terbaik la akak.. free decoration lagi.. memang berbaloi2 lah..=D

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best farah.. bila fikirkan hospitality dorang..memang rasa nak repeat lagi.. hahahah.. setakat nii ada 2 tempat yang akak pegi dia bagi free room decoration, satu kat Bali, satu kat Koh Samui.. next time nak try kat tempat lain pulak.. ^_^

      Delete
  2. i like yang swan tu Anil...
    boleh masuk list la villa ni kalu ke Koh Samui nanti
    Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. sofu.. kita pun suka... hihihihi... suwitttt je swan tu kissing..auww... ahhahaa

      Delete
  3. cantik sangat villanya dan harga sangat2 beebaloi. rasa nk pergi jgk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wan, memang cantik... memang berbaloi... ^_^

      Delete
  4. Nice sharing. Villa cantik harga pun reasonable. Swan dan red roses tu bikin romantik gituuuu. Jemput singgah dan follow blog saya juga http://mummyfiras.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Wahhh tak pernah merase duduk hotel macam akak tinggal nih, cantiknya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. saffuan,
      akak ni pun masa memula cari hotel gini.. goyang gak lutut.. hahaha.. tapi bila tengok harga murah macam ni.. memang takkan lepaskan la.. ^_^

      Delete
  6. Wow cantik sangat2. Syoknya dapat bilik macam nih. Takdela mahal kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. roziah,
      hihih... kena rajin cari.. pastu kena byk sacrifice masa utk compare price.. kalau harga villa lain, satu 3D2N je dah beribu2.. ni worth sangat.. dapat harga ni utk 4D3N.. ^_^

      Delete
  7. murah la tu.. 4H3M sangat berbaloi.. yg pntng booking time kene awal dan bukan peak season.Kene pergi berdua jer ni.. krik krik krik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jun,
      booking period dan bila nak stay tu sangat penting.. tapi kalau booking awal.. rasanya takde masalah nak dapat harga semurah ni.. ^_^ hihihih

      Delete
  8. Boleh ni kalau nak sambut anniversary... romantik sangat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. bole sesangat.. ritu pun kita rekues utk anniversary..klu rekues utk hanimun.. kang dia pelik pulak baru nk hanimun dah bawa anak sorang.. dah besar pulak tu.. hahaha

      Delete
  9. kan... fefeeling orang2 kaya walaupun tak kaya.. hahhaaha...

    ReplyDelete

Thanks for your support