Assalammualaikum..
Fuhh… lap peluh.. yang rajin godek blog aku ni mesti pelik
tengok bertukar-tukar layout blog aku ni.. hukhukk.. alkisahnya, Jumaat lepas
aku tersalah setting kat blog template.. lepas tu habis semua layout dan
content blog aku bersepah-sepah.. T_T uwaaaaa…
Ahad lepas baru la aku ada masa nak godek-godek betulkan
balik layout dan akhirnya, setelah beberapa komen dari kawan-kawan.. inilah
hasilnya. Mungkin tak seberapa dan tak semeriah template yang lama.. tapi ini
la yang baru setakat ni… harap semua berpuas hati dan sudi-sudikanlah singgah
ye.. ^_^
Okey.. memandangkan dah agak terlewat untuk aku update stori
mori pasal aktiviti yang aku sekeluarga dah buat pada Sabtu lepas, tapi gigih
nak juga stori sebab best sangat…
Sabtu lepas, family day bersama Bro dan EnerZ telah diadakan
di EnerZ, Subang Jaya. Ini adalah pertama kali aku sekeluarga datang kat sini
tau. Barulah tau, ada tempat best macam ni.. dekat pulak tu dengan kampung.
Perghh.. ini boleh datang tiap minggu ni.. Jadikan aktiviti hujung minggu
kann….
Berbanding sebelum ni, masing-masing dari encik suami sampai la ke Iman.. dok sibuk dengan gadget masing-masing kan.. so, dengan adanya EnerZ Extreme Park ni, kitorang boleh la spent time together dan yang penting tak perlu risau tentang keselamatan anak-anak sebab ada coach dan instructor yang akan ajar jaga keselamatan kita.. Tapi kita as parent tak boleh la lalai.. kena la juga tengok-tengokkan juga kan.. Antara tujuan utama event ini diadakan adalah untuk memastikan yang setiap keluarga mempunyai masa bersama-sama, dan sama-sama mengambil bahagian dalam aktiviti yang diadakan. Seronok kan.. ^_^
Berbanding sebelum ni, masing-masing dari encik suami sampai la ke Iman.. dok sibuk dengan gadget masing-masing kan.. so, dengan adanya EnerZ Extreme Park ni, kitorang boleh la spent time together dan yang penting tak perlu risau tentang keselamatan anak-anak sebab ada coach dan instructor yang akan ajar jaga keselamatan kita.. Tapi kita as parent tak boleh la lalai.. kena la juga tengok-tengokkan juga kan.. Antara tujuan utama event ini diadakan adalah untuk memastikan yang setiap keluarga mempunyai masa bersama-sama, dan sama-sama mengambil bahagian dalam aktiviti yang diadakan. Seronok kan.. ^_^
Seawal jam 930 pagi aku dah sampai.. gigih giles.. antara
yang terawal tauu.. even kaunter pendaftaran pun tak bukak lagi.. vavavvaa…
eksaited katanya kann… then, sorang demi sorang datang dan kitorang pun daftar
kat kaunter dan collect stoking khas. Hahh.. bukan sebarangan stoking yang
boleh pakai kat sini tau… kang tergelincir ke apa ke.. kan susah.. so, ada
stoking khas untuk dipakai selama aktiviti ni diadakan. Even kalau korang
datang sini pun, memang dia akan bagi stoking khas ni.. boleh dibeli dengan
harga RM5. Next time kalau datang lagi, dah tak yah beli stoking ni dah.. bawa
je yang korang dah beli tu.. ^_^
posing dulu
FART ZONE!
wall climbing dan obstacle
playground
kaunter
check the price!
kids edutainment programme
Iman with Wani and Mira
trampoline
tu dah excited dah tu
fahami Rules and Regulation dulu ye
kids edutainment programme pamplet
registration
socks and wristbands
kami dah ready
smart woo stoking dia
Aktiviti dimulakan dengan pembahagian kumpulan untuk program
edutainment untuk kanak-kanak. Program ni memang best gile.. especially untuk
kanak-kanak la sebab ia dapat merangsang minda dorang dan menjadikan dorang
lebih berani dan bekerja dalam kumpulan. Takde la duduk diam sorang-sorang kan.
Sebab tu aku kata program ni bagus. Dari kecik la kita kena rangsang minda kanak-kanak
ni supaya dorang lebih kreatif dan inovatif di kemudian hari.
pembahagian kumpulan
nampak Iman tak?
tu kat belakang sekali ngan Wani..
who wanna be a leader?
2-3 kerat je angkat tangan
senaman ringan
practice to cheer up for the team
1st edutainment program - lari dalam guni
jaga-jaga.. bawah tu ada boya
cepat-cepat
ready for next activity
tunggu queue
her turn
ready?
yes.. i'm ready
Iman with Wani and Mira
guts challenge.. 3 tingkat tu..
aku kat bawah yg tgk plak gayat
aku gayat
naik wall climbing plak
Selepas program edutainment tu, program untuk parent pulak
diadakan iaitu ada a few games yang diadakan di trampolin. Ini paling best, dan
jangan tak tau.. dalam ko nak lompat-lompat kat trampolin tu.. korang boleh pelbagaikan aksi korang tapi
bukan suka-suka hati je tau.. dengan pengawasan dan instructor dari coach yang
ada kat situ. Masa ni orang yang suka lompat-lompat tu, memang suka sangat la..
boleh lompat setinggi yang ko nak.. hilang terus tension di situ.
sakan Iman melompat-lompat ni..
Selain tu, ada a few task yang diberikan oleh Bro dan
aktiviti berkumpulan yang diconduct oleh EnerZ. Ini memang best.. kitorang main
basketball, dodge ball dan galah panjang. Yang buat lagi best, lokasi permainan
tu dibuat di Asia’s Largest indoor Trampoline Extreme Park. Memang seronok..
memang fun.. dan yang penting.. Iman pun happy sangat… kira aktiviti yang ada
kat sini, bukan je ada untuk orang tua.. untuk anak-anak pun ada.. sama-sama
boleh bersukan dan berseronok. Bukan sukan lumba lari ke apa.. lompat-lompat je
pun.. tapi boleh bakar lebih dari 200 kalori.
Dan bagi yang suka aktiviti lasak dan sukakan ketinggian, no
worries.. kat sini ada high rope dan wall climbing. Ada juga Obstacle bagi yang
sukakan cabaran. Aku? Suka juga.. tapi aku lebih suka lompat-lompat.. kikikiiii
dodgeball game
galah panjang
our scoreboard
At the end of the day, ada hadiah untuk pemenang yang
berjaya melaksanakan task yang diberikan. Hadiahnya.. ehem.. iPad Mini
uolssss.. idaman hati tu.. tahniah buat Alin sebab berjaya melaksanakan task
yang diberikan dengan jayanya dan yang penting, berjaya menambat hati Bro. ^_^
cenderahati dari EnerZ
pemenang Task oleh Bro
amik berkat pemenang.. hihihi
kami yang happy.. ^_^
Secara keseluruhannya, memang best aktiviti kat sini dan
boleh la dijadikan aktiviti hujung minggu bersama keluarga.Bersaiz lebih dari 80,000 kaki persegi, EnerZ Extreme Park merupakan indoor extreme park yang pertama di Asia. Aktiviti yang boleh dilakukan merangkumi semua peringkat umurdan yang penting, setiap ahli keluarga boleh spend time together bersama-sama dengan aktivit yang lebih berfaedah sambil bersukan. Antara aktiviti
lain yang boleh dibuat kat sini adalah Trampolines, Martial Arts, Party
Services, Sky Ropes, Badminton, Fitness Class, Children’s Gut Builder Obstacle
Course, Children EnerZ EduProgram dan team building. Bagi yang berminat nak
pegi sini, senang je.. kalau yang tau jalan short cut, lokasinya kat belakang
Main Place. Aler.. Main Place yang depan OneCity tu.. boleh Wazeatau Google Maps alamat seperti di
bawah :
Alamat :
Lot 791,
Persiaran Subang Indah, 47500 Subang Jaya, Selangor
Facebook : https://www.facebook.com/EnerZIndoorExtremePark
Facebook : https://www.facebook.com/EnerZIndoorExtremePark
Hubungi :
0111-500 0055
(untuk pertanyaan dan tempahan court Badminton)
0111- 500 0066
(untuk pertanyaan dan tempahan Extreme Park)
Terbaru... EnerZ bagi diskaun meletup untuk pengunjung EnerZ Indoor Extrem Park..
Terbaru... EnerZ bagi diskaun meletup untuk pengunjung EnerZ Indoor Extrem Park..
Boleh contact EnerZ Indoor Extreme Park untuk maklumat lanjut.. ^_^
till then, tatababai
What's New
0 Comments
Thanks for your support