Tuesday, April 29, 2014

Pengalaman naik flight AirAsia AK1361 yang delayed hampir 10 jam

Last day di Bali.. alhamdulillah... akhirnya dapat juga jejak kaki kat Bali... terima kasih AirAsia kerana menjadikan impian saya sekeluarga satu kenyataan... tetttt....

yep.. AirAsia adalah pilihan utama kitorang untuk terbang kemana sahaja sebab kan ia penerbangan tambang murah...tapi dalam setiap menda yang murah-murah tu.. mesti ada sedikit cacat cela atau kekurangannya... which masa ni.. memang rasa taubat nasuha la takmo naik AA lagi.. T___T mau idaknya... flight yang sepatutnya berlepas pada jam 2:15 petang... delayed tah bape kali.. sampai naik hantu seme penumpang yang dah ready on board.. guano???

siapa sangka kan.... tapi ye la... tak boleh nak salahkan juga.. dah ada masalah teknikal... kang kalau paksa-paksa naik jadi lain pulak.. so, bertabah saja la.. tapi pada pendapat kitorang yang tak la pandai sangat dalam urusan penerbangan ni.. masa delayed tu.. ada la tengok flight lain.. cam Garuda, even MAS pun ada juga yang menghala ke KL... tapi kenapa la tak tumpang flight dorang ke... dorang tak buat joint venture ke antara syariakt-syarikat penerbangan ni? 

tapi dalam dok fikir macam-macam tu.. terfikir juga... menda dah nak jadi... dok fikir macam mana pun... tetap akan jadi... dalam kes kitorang ni.. memang rasa taubat la nak naik AA lagi... sebab takde information tetiba delayed. apadehal?pastu last2 baru kuar info kata operational problem. apa la salahnya bagi tau awal-awal. ni tanya ground crew seme tak tau pape... cam kitorang yang memang direct ke KL tu takpe la.. macam mana pulak dengan orang lain yang transit? jadi seboleh-bolehnya.. bekalkan maklumat yang secukupnya kepada penumpang supaya kitorang pun tak la resah menunggu lama..

Kitorang dah sampai kat airport lebih kurang jam 11.30 pagi.. kena la awal.. sebab nak selesaikan urusan luggage drop, imigresen dan sebagainya... so.. kena punctual sebab takut terlambat sampai nanti kelam kabut pulak...


ini dah ready nak balik KL. masa ni lom tau lagi flight delay.


3 of us. happy kononnya dah nak balik KL


3 of us again. tengah menunggu untuk boarding.


itu dia.. flight information. flight kami AK 1361 jam 14:15. tapi tu sebelum dimaklumkan delayed oleh ground crew.


sambil-sambil tunggu tu.. dok main-main dulu..


cekik dia.


tumbuk dia.


tampo dia.


ini baru 30 minit pertama penantian flight delay.


1 jam seterusnya.


1 jam 30 minit seterusnya.


kitorang yang dah sangap menunggu bila la nak terbang nehh..

Masa menunggu tu, siyes lama gile.. dah pikir Nasi Lemak Pak Naser dalam flight yang dah ditempah online... tapi nak menunggu Nasi Lemak Pak Naser yang tah kul bape nak sampai dari Malaysia tu, kita makan menda lain dulu... apa yang ada je la.. Godek punya godek, ada megi asam laksa sebungkus dalam beg. apa lagi... kasik buka la....

Cara-cara makan sebungkus megi asam laksa beramai-ramai dikala darurat.
1. Buka bungkusan megi dan tuangkan dalam plastik dan renyukkan.


2.  Tuangkan perencah megi asam laksa di dalam plastik dan goncangkan supaya raya.


3. Kacaukan megi dengan perencah sampai rata supaya rasanya sebati.


3. Nikmati megi asam laksa bersama kawan-kawan.


Mampu makan sebungkus megi beramai-ramai gitu? Adoi.. memang stress gile. dah la duit rupiah dah tak bape ada.. pepaham je la.. so makan apa yang ada.. hukhuk.. sedihhh...

Beberapa minit kendian, ada lagi pengumuman... menyatakan flight delay lagi tapi tak dimaklumkan sehingga jam berapa. What??? masa ni seme dah berangin ahmar dah.. ramai dah yang kerumun ground staff kat kaunter.



antara yang kerumun ground staff kat kaunter


kitorang relaks je tapi dalam hati.... dah $^#@&*


lagi yang kerumun.


bertambah ramai.


uncle ni nak balik Australia. naik AA as transit. so bayangkanlah macam mana ngan next flight dia. dah la next flight dia bukan AA. sapo nak bayo tu?

Lepas beberapa ketika pengumuman di buat dan lepas sesi kerumun-kerumun tu.. pihak airport suruh kitorang keluar dari boarding room.. nak bagi laluan pada penumpang dari flight lain pulak. so, berbondong-bondong la kitorang kuar. dengan laparnya.. last makan berat pagi tadi masa breakfast.. cuba la bayangkan.. manakan sebungkus megi asam laksa yang dikongsi 5 orang tu mampu menampung kekenyangan kitorang. Lapo.. lapoo...

Lebih kurang jam 6 petang... ada pengumuman khas dibuat oleh kakitangan airport yang meminta semua penumpang flight AK 1361 pergi ke satu sudut dekat ngan kaunter imigresen untuk collect makanan.. masa ni dah hoye.. hoyeee... ada makan... then pegi la kitorang amik makanan berbekalkan bukti tiket flight ye.. kalau takde tiket, tak leh redeem. Ada pulak sorang mamat ni sempat la tukar flight AA lain..with extra charge.. tapi flight tu pun delayed juga.. T___T try untuk redeem makanan tapi tak dapat.. dengan alasan dia dah tukar flight. tapi asalnya dia naik flight AK 1361 tu.. takde rezeki dia.. since dia chinese.. dia pegi cari makan kat tempat lain.. kesiann...

Menu makan tengahari + minum petang kitorang adalah.. nasi ayam mcD. nampak macam sedap je... sebab dah lapo tahap otromen taro dah ni... dan air mineral. lokasi makan adalah di tepi-tepi lorong depan balai pelepasan.. kuikuiii.. dah macam orang mogok pun ada...


nasi ayam mcD dan air mineral.


ini je?nasi kepal... ayam goreng seketul.sos 1 sachet. T____T mana cukupppppp...

Siyes... tak cukup woiii nak makan ni... dah la lapar sangat... ini je?? bagi la 2 ketul ayam tu.... ayam seketul kecikkk je... huwaaaaa.. memang tak puas makan... tapi anggaplah itu rezeki.. ada orang lain yang tak cukup makan lagi.. sobsobb...

Sementara makan tu, ada new announcement pasal flight AK1361. ingatkan nak boarding dah.. rupanya baru announce yang ada masalah teknikal.. korang tengok pukul berapa baru dia paparkan kat board tu??? pukul 18:11 wokeyy... see.. bape lama dah kitorang bertapa tanpa sebarang maklumat... setakat ni kitorang dah bertapa kat airport tu selama 6 jam...bayangkan.. T___T sadis betul...so, untuk information yang ni, dimaklumkan ETD adalah pada jam 9:30 malam... takpe la.. since dah tunggu selama 6 JAM kan.. apa la salahnya tunggu untuk 3 jam pulak...


flight information


masa ni seme dah lemau, lesu, sangap jangan cakap la.


main-main lagi.


antara penumpang lain yang turut melepak kat depan balai pelepasan


dah baring-baring dah kat tepi balai pelepasan tu. penat wooooo

setengah jam sebelum boarding untuk pukul 9.30 malam tu.. kuar pulak information baru... delayed lagi.... kali ni delayed sejam je... ok... dalam hati dah cakap macam-macam.. tapi still sabo... sabo... @#&%$# 

Cuma kali  ni dorang dah announce suruh pegi ke balai pelepasan baru.. so.. kira ada progress la juga kan.. kali ni dah tahap redha nak tido airport je...


new flight information


bergerak kita ke balai pelepasan yang lain


dan... tunggu lagi.


Iman dan tido.. sian dia.. sampai jatuh-jatuh...

Pada jam 10.13 malam.. tengok ETD masih tak berubah.. tapi kami masih dalam boarding room... apakah??? 


flight information


bertapa lagik...

Lebih kurang dalam 10.35 malam.. barulah announcement dibuat suruh kitorang naik flight.. masa ni dah bersyukur sangat-sangat.. nak balik... nak balikkkk... turun dari boarding room.. kena naik bas pulakkk... dah la Iman dah tido... gigih ke idak nak angkut anak ngan beg bagai... lepas turun bas, jalan kaki ke kapal pulak.. masa ni dah paksa Iman soh bangun.. tak larat nak mengangkut.. pukul 10:42 malam.. baru la dapat duduk dalam flight.. masa ni dah fikir nak tido je... tapi sebab ada order makan dalam flight kan.. so sabar ye mata.. kita tunggu Nasi Lemak Pak Naser..


kul 10.42 malam baru dapat dok dalam flight


kul 11:21 malam baru nak berlepas.

Since kitorang ada order makanan dalam flight.. so tunggu la tahan mata sebab nak makan kan.. tapi tak lama lepas tu.. sorang flight attendance datang kat kitorang dan bagitau.. makanan yang telah ditempah awal tidak dapat diberikan sebab ni kapal lain... T____T sedih nokkkksss... dah la kebulur.. takde makanan plak tu... pastu dengan harapan ada la jual-jual megi ke apa ke... takde jugakkkkkk.....last-last.. tido je la dalam flight tu...sampai LCCT lebih kurang jam 3.30 pagi.. cari teksi... (mahal nak mampus sebab pagi) tapi takkan nak tido airport... sampai umah lebih kurang jam 4 pagi... tak sempat kemas beg ke apa.. tak mandi tak apa.. terus tidooo....

Kesimpulan.. Bali adalah best... tapi pengalaman ni adalah sangat disaster.... make me think 100 times untuk stay with AA atau tidak... tapi... tapii.... just assume ini adalah masalah 1 dalam 100.. semuanya jadi secara kebetulan.. so redha je la... still flying with AA tapi dengan harapan tinggi menggunung tak jadi pape kejadian malang seperti hari ini.... :)

till then, tatababai

What's New

2 comments:

  1. Wowo bwatnya pegi Bali!! Mana cerita pasal NZ.... post lar nak tgk gambo :-)

    ReplyDelete
  2. kak elly,
    entry NZ tgh beratur... kejap-kejap lagi sampai la tu.. hihihi..

    ReplyDelete

Thanks for your support