Monday, April 28, 2014

I Love Bali - Part 5

balik dari Dreamland.. kitorang terus pegi cari SPA.. masa kat Malaysia lagi dah cari SPA yang best dan murah kat Bali ni.. ada a few forumer cadangkan InnerGlow.. so, tanpa membuang masa.. gigih tau cari kat mana la kedai dia ni.. kat ceruk-ceruk mana tah area Kuta Beach tu.. nasib la pak supir jumpa. terus deal dan buat booking untuk malam tu.. untuk diri sendiri.. saya amik SPA Body Massage sebab katanya terbaik... so, tak salah mencuba.. lagi pula.. harganya murah tak sampai RM50 pun...


tengah belek-belek pakej spa.

Dah selesai buat appointment untuk malam tu, kitorang sambung jalan kat area Kuta Beach. Ada memorial park untuk mangsa letupan Bom Bali pada tahun 2002. Sebenarnya tau, tapi tak la amik port sangat.. so bila dah sampai tu.. tetiba rasa macam seram je...sebab tengok kat memorial dia ramai mangsa rupanya. Ada sesetengah kawasan yang terlibat dengan Bom Bali tu terbiar begitu sahaja tanpa pembangunan. Pak supir bagi tau kerajaan memang tak nak buat apa-apa pembangunan kat kawasan yang meletup tu sebab ada badi katanya. 


monumen memorial bagi mangsa Bom Bali 2002

Dah selesai melawat kawasan Kuta, member request nak pegi Krisna lagi.. last shopping katanya..hahaha.. selagi ada kat Bali, selagi tu la tak habis shopping. So, ke Krisna lagi kita. kali ni dengan saya skali terjebak. Huahuaaa..  


tu dia.. 

Lebih kurang jam 6 petang gitu, pak supir dah tunggu kitorang kat kereta sebab rushing nak ke Jimbaran pulak. Nanti lambat-lambat takde tempat pulak dan kena order makanan awal so tak la nanti lambat sangat makan.. sebab lepas tu nak pegi SPA pulak kan..mau terkeluar isi perut time massage nanti.. huhu... Kitorang makan kat Aroma. dikatakan makanan kat sini murah tapi tengok harga sama je... mahal la juga... memula nak amik goreng-goreng je.. tapi macam rugi je dah sampai sini makan goreng-goreng.. so amik nasi putih, pastu ikan bakar 2 set ngan sayur goreng. Pastu minum air mineral je.. hahaha.. kedekut sangat.. Ini pun kenyang sangat dah ni...


sukanya dia.. lapar ye?


Meja 26.


menu Aroma


mineral saja


tu harga menu dia.


lepas amik menu, terus kira dan convert duit bape expenses untuk makan kat sini.. sampai lunyai kertas currency ni.


romantik la sangat.. kuikuiii


kami berlima... dinner penutup di Bali..


menu kami.. sebelum dipiranhakan..


selepas dipiranhakan...licin..

Dah kenyang makan.. balik hotel dan bersiap untuk ke SPA pulak... tak mandi pun sebab nanti kat nak massage.. buang karen je kalau mandi.. lepas balik massage baru mandi kononnya... :P


3 of us... ready untuk SPA...


Iman buat spa kaki...


kitorang wat body massage. Boleh pilih nak scrub apa. saya pilih Coffee. Memang sedap bau dia... macma kopi luwak.. ehh.. tak la.. bau kopi lorr.... :P


tengah pilih kononnya.. :p


suasana dalam bilik spa. ada tub mandi untuk mandi bunga lepas massage.


katil massage.


lepas setel massage, dorang bagi air serai. minum la sikit.


bergambar bersama pekerja di InnerGlow.

Memang best la massage kat sini.. sedap sangat sampai tertidur-tidur. lepas siap massage, mandi bunga pulak.. balik hotel dah tak yah mandi.. hiihih.. wangi bau kopi sampai sok pagi... esok dah nak balik dah... percutian 4 hari 3 malam di Bali dah hampir tamat... ada kisah menyayat hati di hari esok.. 

No comments:

Post a Comment

Thanks for your support