Buffet Sushi dan Sashimi TERMURAH di Shah Alam !

Assalammualaikum

Sejak dua menjak ni, hidangan sushi memang selalu menjadi pilihan Keknil. Kalau boleh dalam sebulan tu, mesti nak makan makanan Jepun ni sekurang-kurangnya sekali. Macam orang hado hado je kan.. ^_^ Keenakan sushi dan sashimi dari makanan laut yang segar, pastinya mampu membangkitkan selera dan membuatkan kita teringat-ingat akan keenakannya.


Dalam hati terasa macam teringat-ingat akan sushi ini, Keknil berpeluang untuk menikmati sushi dan sashimi di Agehan Japanese Restaurant, Hotel Grand Bluewave Shah Alam  yang kini sedang mempromosikan Sushi & Sashimi Family Feast dengan harga serendah RM 40++ sahaja.

Meriah sangat dapat makan macam-macam jenis unlimited sushi dan sashimi dengan harga macam tu. Dekorasi dan rekabentuk dalaman restoran ini mengingatkan Keknil dengan cerita-cerita Jepun yang selalu Keknil tengok di kaca TV. Dengan iringan lagu dan merdu.. Wahh.. macam makan berlatarbelakangkan Gunung Fuji.. ^_^ Hahaha.. Jauh betul Keknil berangan kan... Hihihi

Jom ikut Keknil tengok dekorasi restoran ni.. 









Macam mana? Dah terasa macam sampai ke Jepun ke? ^_^ Berbalik semula kepada hidangan sushi dan sashimi tadi, kesemua hidangan tersebut dibuat segar dari dapur sushinya dan pelanggan boleh melihat sendiri bagaimana sushi tersebut digulung dan di hias sebelum sampai ke meja pelanggan. Bahan mentahnya juga segar dengan isi yang masih merah seolah-olah baru sahaja lepas ditangkap dari laut.. 



Jom ikut Keknil menjelajah, apa menu yang ada dalam promosi Sushi & Sashimi Family Feast di Hotel Grand Bluewave Shah Alam ni. 



















Adoii.. rambang mata tengok macam-macam jenis sushi yang ada ni.. geram je tengok.. semua bulat-bulat... Aumm.... Sashimi dia tak kurang hebat juga.. penuh satu sampan... teruja pula nak memilih... ^_^


Kesemua hidangan sushi dan sashimi ini disediakan khas oleh Chef Muhd Rizza dan ditawarkan pada cuti umum sahaja bermula dari 11.30 pagi sehingga 2.30 petang untuk makan tengahari, manakala dari jam 6.00 petang sehingga 10.30 malam untuk makan malam. 

Promosi ini boleh didapati dengan harga seperti berikut :

RM69.00+ untuk dewasa
RM40.00+ untuk kanak-kanak (4-11 tahun)


Keknil cadangkan, korang buat tempahan terlebih dahulu di Restoran Agehan Jepun di talian 03-5511 8811 Ext 2623 sebelum terjah bagi menikmati promosi Sushi & Sashimi Family Feast di Hotel Grand Bluewave Shah Alam ini. Pasti tak menyesal !



till then, tatababai

Post a Comment

2 Comments

  1. oo..kat grand blue wave hotel rupanya. memang famous restoran jepun ni, halal pulak tu. tapi buat masa sekarang kena tahan dulu keinginan untuk makan sushi dan sashimi tu..tengah pregnant :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe.. insya allah lepas ni dorang akan buat promosi ni lagi... seriously, sushi dan sashimi dia memang fresh dan sedap sangat... i makan berulang-ulang .. hahaha

      Delete

Thanks for your support