Jom la kita sambung hari seterusnya. ^_^ Okey.. hari ke-4, pagi-pagi lagi kami dah check out dari Dostuk Hotel Bishkek untuk ke destinasi seterusnya iaitu Bosteri Village di Issy-Kul Lake. Untuk ke Issy-Kul dari Bishkek, ia memakan masa lebih kurang 4 jam perjalanan. Sepanjang perjalanan kami diceritakan oleh Zeinab tentang keajaiban dan keistimewaan Issy-Kul Lake. Tasik ini juga digelar sebagai, "The Pearl of Central Asia".
Travel Tips : Bagi yang ingin ke Issy Kul pada September ini, Air Astana telah menyediakan perkhidmatan bas PERCUMA dari Bishkek Airport ke Issy Kul Lake (Cholpon-Ata) sehingga 8 September 2016. Bolehlah menyaksikan Nomad Games 2016 Sumber : http://airastana.com/kaz/en-us/Plan/Free-Transportation-between-Bishkek-and-Issyk-Kul
Trivia : Issy Kul Lake terletak di pergunungan Tian Shan dengan panjang 182km dan 60km lebar. Mempunyai keluasan sebesar 6,322 km², tasik ini adalah tasik kedua terbesar di dunia. Tasik ini mempunyai kedalaman sehingga 702m dan airnya agak bergaram. Istimewanya tasik ini, pada musim sejuk, ketika tasik-tasik dan sungai lain membeku dengan ais diatasnya, tetapi di sini tidak begitu. Malah ketika musim sejuk, airnya adalah hangat... dan pada musim panas, airnya adalah sejuk.
loading beg dalam bas
bunga ros yang berkembang mekar di hadapan hotel
group of Chinese - Kyrgyz
selfie sekali.. ^_^
Sepanjang perjalanan dalam bas, macam biasa la.. kalau dah tempoh perjalanannya panjang, jadi banyak aktiviti dalam bas adalah tidur dan bersembang.. Nak lagi best, driver bas buka pula video clip lagu-lagu Kyrgyz.. Apa lagi.. berjoget la dalam hati.. Hahahah.. Sambil tu, Farra, our Programme Director sempat share dengan group kami yang lawatan kami ke bumi Kyrgyzstan telah mendapat liputan dari media negara itu. Fuhh.. mak bangga dengan ko nak.. Hahahha.. Entah apa dia tulis pun tak faham.. tapi yang pasti ada la gambar muka-muka kami yang dah hampir 12 jam tak mandi selepas merentas beberapa negara dan transit. Kikikii..
Selepas beberapa jam perjalanan, kami singgah di kawasan rehat dan rawat untuk ke tandas dan buat sedikit regangan badan.. Kawasan rehat dan rawat di sini agak unik, kerana hanya terdapat kedai makanan segera, kedai runcit dan tandas. Jangan compare dengan Malaysia tau sebab lain negara, lain caranya. Itu seronoknya berjalan ke tempat orang.. kita belajar budaya, cara hidup dan lihat.. boleh compare tapi jangan condemn.. sebab tak semua tempat adalah sempurna, even Malaysia sendiri pun kan.. ^_^ So, let travel and learn...
Travel Tips : Macam biasa.. kat sini kalau nak ke tandas, bawalah botol air atau wet tissue.. Kalau rajin, bawalah spray air, lebih mudah dan lebih puas hati.. Ehhh...
kawasan RnR
tandas.. 5 Som sahaja...
aiskirm.. murah sangat.. serendah 10 Som untuk perisa Vanilla.. dan 15 Som untuk perisa Coklat.. saiz juga berbeza... dua-dua sedap.. you should try tauuu !
10 Som je nak beli aiskrim ^_^
Ice cream.. in summer...
Kemudian, kami meneruskan lagi perjalanan. Pemandangan.. tak perlu kata apa-apa.. Memang cantik.. Menurut Zeinab, ada disatu tempat tu, disebalik pergunungan tu adalah negara China.. Jadi, ada sesetengah pengembara yang mengembara dari China - Kyrgyz dan sebaliknya, hanya menggunakan jalan gunung untuk berulang di antara dua negara ini. Selepas beberapa jam perjalanan lagi, kami pun sampai di pintu masuk Issy-Kul. Memandangkan terdapat persediaan untuk Nomad Games yang akan diadakan pada bulan September nanti, maka jalan ke Issy-Kul agak berbatu-bata tanpa tar. Banyak lencongan dan di kiri dan kanan jalan penuh dengan kerja-kerja pembinaan. Tapi itu tidak menghalang bas kami untuk meneruskan perjalanan ke Issy-Kul. Jarak antara pintu masuk Issy-Kul ke resort tempat kami menginap adalah lebih kurang 1 jam..
Travel Tips : Issy Kul sangat popular di kalangan warga dan pelancong. Tempat ni lebih sejuk dari Bishkek kerana terletak di kawasan pergunungan. Selain itu, disinilah tempat mereka beristirehat dan menghabiskan cuti musim panas mereka. Meriah sangat !
Issy-Kul entrance
pemandangan
kawasan tanah perkuburan
pemandangan
Setelah lebih kurang hampir 4 jam perjalanan secara keseluruhannya, kami pun tiba di Ayan Resort, Issy-Kul. Disinilah tempat kami bermalam untuk 3 malam seterusnya. Turun sahaja dari bas, kami diberi sedikit taklimat ringkas oleh Farra dan proses pengagihan bilik pun berlangsung. Di Ayan Resort, terdapat banyak jenis bilik, tetapi untuk kami, kami berkongsi 3 orang untuk 1 bilik. Walaupun nampak macam padat, tapi memang selesa. Ada taman permainan, taman bunga dan juga berhampiran dengan pantai Tasik Issy Kul. Jom ikut Keknil berjalan-jalan dalam Ayan Resort ni.. ^_^
Entrance Ayan Resort
nak jugak selfie.. bukti Keknil dah sampai.. Haaha
banglo
semi D 4 pintu
inilah rumah kami.. bilik Keknil yang tingkat atas, belah kanan.. hehehee
playground
playground
playground
hobbit house.. heee
play time
classic
walkaway to garden
walkaway to garden
garden
ni Keknil cakap tau.. kalau musim bunga.. mesti lagi meriah warna bunganya
garden side by side
cute
butterfly garden
big basket
ada macam-macam pokok buah ada kat Ayan Resort ni.. boleh petik je..
dewan makan
Amacam.. cantik kan... Hahh.. ni nak cerita sikit pasal bilik kami.. Sepanjang di Hotel Dostuk, Bishkek.. Bilik kitorang memang sentiasa sejuk siang malam sebab aircond non-stop kan.. Tapi kat sini.. takde aircond langsung hatta kipas pun takde.. Masa mula-mula kami check-in dan tengok bilik.. Keknil amik-amik gambar, then tengok siling.. Eh... mana aircond.. mana kipas? Heater ada pulak.. Takpe.. takpe.. maybe dorang lupa letak stand fan kot.. Bersangka baik ni.. Hahahha
Then kami ke ruang makan dan menikmati makan tengahari.. Masa tu terus tanya Zeinab.. Rupanya bukan Keknil je yang tertanya, tanya.. kawan-kawan yang lain pun curious juga.. Maklum la.. musim panas macam ni.. takde kipas, takde aircond.. mau mandi peluh dalam bilik kan...
Tapi Zeinab dan Urmat jawab, "Esok saya bagi jawapan.. cuba dulu stay malam ni.. lepas tu, esok tanya lagi.. " Kitorang terus macam.. Alaaa.. panas ni.. takkan nak tunggu esok.. tapi dalam hati ni fikir.. Takpe la.. semalam je kot.. Hahaha..
Nak tau apa jadi seterusnya dengan kami dan bilik kami tu? Teruskan membaca... Hahahhaa Jom tengok bilik kitorang...
3 katil single..
TV, cermin dan tempat mengopi.. tapi tempat tu cuma jadi tempat letak barang dan kerusi tu buat sidai baju.. Hahahaha
ni pun tak pernah guna untuk duduk selain dari buat tempat sidai telekung, baju bajan dan sebagainya
turut disediakan mug dan electric kettle
peti ais mini
almari with some hanger
bilik air
Tengahari tu, kami dihidangkan dengan sup kambing dan nasi putih beserta masakan daging. Memang sedap la sebab last makan berat pun masa sarapan kan. Usai makan tengahari, kami pun buat aktiviti sendiri sebab aktiviti petang adalah FREE AND EASY. Makanya, kami pun berjanji-janjian nak naik cruise kat Tasik Issy Kul dan berjanji untuk berjumpa di roundabout berhadapan dengan rumah pada jam 3.00 petang. Sebelum tu, siap-siap solat jamak dan membersihkan diri secara ala kadar sebab kononnya nak mandi tasik kan...
lunch
lunch
Tepat jam 3.00 petang.. kami pun berjumpa di roundabout.. dan bergerak secara berkumpulan ke tepi pantai tasik Issy Kul. First impression, Wowwww !!! Macam tak percaya ini adalah tasik. Dengan pasiran pantainya yang tak berapa nak halus sangat la.. tapi look a like macam kat pantai dengan laut disekelilingnya.. Maklum la.. inikan tasik kedua terbesar di dunia.
tempat persalinan baju
cuaca agak mendung dan berawan
aktiviti parasailing sedang berlangsung
amboi mereka... Aummm sangat...
kemeriahan Tasik Issy Kul
korang nampak tak kawasan pergunungan nun di hujung sana. Kalau cuaca cerah, lagi boleh nampak clear..
Eh...
roti dan pizza murah-murah.. tepi jalan je tau...
menuju ke roller coaster
mau order apa?
meriahhh
kebab kat sini sedap sangat.. korang datang sini kena cuba tauuuu.. Nampak tak logo Halal tu? Tapi jangan tanya ada Halal JAKIM ke tak.. hihihi
aktiviti berkenu.. boleh sewa
atau mandi manda.. jernih air tasik dia..
atau nak bermassage..
main air
atau nak lepak-lepak saja
santai-santai open area
roller coaster
Since aktiviti petang ada FREE AND EASY.. jadi aktiviti yang dilakukan adalah tidak termasuk dalam pakej. Walau bagaimanapun, korang boleh pilih nak buat aktiviti apa mengikut kesukaan korang. Untuk kami, since Farra berkawan baik dengan anak pemilik resort ni, jadi kesemua aktiviti yang kami lakukan hanya dicaj sebanyak 200 Som sahaja untuk setiap aktiviti. Kalau ikutkan, macam naik roller coaster ni, 300 Som tau.. dah jimat 100 Som kat situ.. So, tak rugi join group ni.. Oh ye.. dorang tengah open next trip untuk tahun depan... untuk maklumat lanjut, boleh emel Keknil... nanti Keknil share detail next trip tu.. Hehhee.. Okey sambung cerita..
Selain dari naik roller coaster, kitorang juga menggedik-gedik nak naik Ferris Wheel yang dikatakan terbesar di sini.. Macam The London Eye besarnya.. puas hati dapat pusing satu round dan dapat lihat pemandangan resort, tasik dan pergunungan dari atas. Hanya 200 Som untuk each aktiviti.. Murah kan..
anak tauke tengah deal murah-murah untuk kitorang
Wan dah excited nak naik roller coaster
ready to depart
tu dia punya pusingan...
bergambar kenang-kenangan di tempat roller coaster.
Di sini juga turut terdapat persembahan Dolfin pada setiap petang. Lokasinya berhampiran dengan tempat roller coaster. Entrance fee juga sama iaitu sebanyak 200 Som (untuk group kami sahaja).
Seterusnya, kami menaiki Ferris Wheel terbesar di sini. Sepatutnya, 1 rumah ni boleh masuk 6 orang.. tapi kami gegedik tak nak masuk ramai-ramai.. Kalau boleh nak sorang satu.. Hahaha.. tapi kang ada yang menjerit kat atas ketakutan sebab gayat.. Kikikii..
Pemandangan dari atas Ferris Wheel ni sangat awesome.. Walaupun cuaca agak gloomy, tapi tetap cantik.. Cuba bayangkan kalau cuaca baik dan cerah. Mesti lagi indah pemandangannya. Layan gambar dan pemandangan dari atas Ferris Wheel.
wefieeee
boleh nanpak macam-macam aktiviti dari atas ni
roller coaster
to the top
crowded
town and resort
town
Issy Kul Lake
big water slide direct to the lake
Setelah puas menikmati pemandangan menerusi Ferris Wheel, kami pun bergerak ke lokasi seterusnya iaitu lake cruise. Harga yang Keknil bayar untuk lake cruise adalah sebanyak 200 Som sahaja dan untuk 1 bot ini adalah hanya untuk group kami sahaja. Seronok kan.. takde la nak share-share atau segan dengan group lain. Meriah sangat sebab satu bot ni, kami yang punya...
untaa padang pasirr
Dengan menaiki cruise ini, kami bukan sahaja dapat menikmati pemandangan resort dari arah tasik, malah dapat juga menikmati pemandangan indah sekitarnya. Selain itu, kami juga dibenarkan untuk bermandi manda di kawasan yang dibenarkan di tengah-tengah tasik. Siapa yang ingat berapa dalam dasar tasik ni? Tak ingat? Boleh refer balik kat atas ni..
Travel Tips : Bagi korang yang pandai berenang mahupun yang tak pandai berenang, sila pakai life jacket sebab arus tasik kat sini tak sama macam di Malaysia. Better prevent than regret kan..Dalam bos ni, akan ada seorang Kapten dan seorang juragan yang akan membantu kapten untuk menaik dan melabuhkan layar. Selain itu, fungsi juragan ni juga sebagai life guard yang akan membantu kita yang kemungkinan lemas atau hanyut.. Eh...
pemandangan dari atas bos
kami...
semakin jauh ke tengah tasik
merenung ke luar jendela
Sampai kat satu tempat ni, Kapten matikan enjin kapal dan memaklumkan siapa nak turun, mandi.. Boleh la turun. Tapi siapa yang tak pandai berenang.. Pakailah life jacket.. Gitu... jadinya, ramai la juga yang nak turun.. Keknil teringin juga nak turun.. tapi memandangkan tak pandai berenang.. jadi hanya mampu melihat sahaja. Terjunan pertama di buat oleh Chef Romzi.. Fuhh.. memang malatops chef terjun, terus berkocak sampai atas kapal.. Hahhaha.. dan seterusnya yang lain juga terjun juga..
Keknil tengok warna air tu pun dah tau tempat yang kami mandi tu memang dalam.. memang salute la dorang yang turun mandi dan berenang-renang bebas tu..
Tapi nak dijadikan cerita, ada satu kejadian yang mencemaskan berlaku. Sedang dorang seronok-seronok bermandi manda, entah macam mana, Keknil perasan juga.. samada kapal tu yang bergerak menjauhi dorang, atau dorang yang hanyut jauh dari kapal. Sebab Kapten dah ingatkan, jangan berenang jauh dari kapal... tapi ada diantara mereka yang dah hanyut jauh dari kapal.
Keadaan ada cemas dan juragan pun dah bebel-bebel suruh dorang yang dah hanyut tu berenang kembali ke kapal. Tapi masa tu hujan dah start turun renyai-renyai dan masa tu ombak dan angin memang agak kuat. Semakin mereka cuba berenang, semakin jauh mereka pergi.
Ahhh sudah... kami yang dalam bot dah menjerit-jerit memanggil dorang... Yang dorang kat tengah tasik tu pun dah hilang suara jerit, "Tolong.. tolong..." tapi ini bukan di Malaysia, siapa pula yang faham perkataan tolong tu.. Sedang kami yang dalam bos menjerit-jerit memanggl mereka.. Kapten pula marah kitorang, entah apa dia cakap, tapi memang dia marah la.. juragan pun dah melepaskan pelampung keselamatan tapi tak sampai juga kepada mereka. Jadinya, juragan dan Urmat terjun ke dalam tasik untuk mendapatkan mereka yang semakin lama semakin jauh dari pandangan.
Tak jauh pun Urmat dan juragan tu berenang, kemudian mereka berpatah balik sebab arus kuat dan kebetulan ternampak pula kapal lain yang lalu berhampiran tempat dorang hanyut. Mereka yang hanyut ni terus tukar bahasa meminta pertolongan dari tolong ke, "HELP.. HELPPPP..." Dengan tindakan pantas dari kapten dan juragan kapal tersebut, mereka yang hanyut telah berjaya diselamatkan..
Fuhh.. memang setiap detik yang berlalu tu mencemaskan. Mereka yang hanyut telah dibawa pulang ke kapal kami dan pada masa tu, Urmat la yang jadi mangsa kemarahan Kapten.. Lahaii.. kesian Urmat.. tapi cuma Urmat je la yang faham apa kapten tu marah-marah. Kemudian, kami terus di bawah kembali ke pantai dan diiringi oleh polis tasik. Menakutkan juga la sebab takut kena denda dan kena marah. Kapten pun marah dan suruh kami duduk dalam kapal diam-diam. Tapi lepas Kapten dan Urmat explain baik-baik, polis pun faham dan kami diizinkan keluar dari kapal.
Fuhhh.. legaaa... peristiwa Help ! tu memang terkesan buat kami semua sebab lepas tu, setiap aktiviti kami mulakan dengan doa selamat dan tak terlalu suka sangat dengan keadaan sekeliling.. Huhuuu..
Okey.. jom layan gambar dan saksikan detik-detik mencemaskan ketika dorang hanyut...
bersedia untuk terjun
chef ready nak terjun.. tapi celup-celup kaki dulu... sekali sejuk daaa
naik balik sebab juragan nak check life jacket
dah check.. terus terjun.. fuhhhh.. nasib tak kering air tasik tu..
dan yang lain pun turut join terjun
happy mermaid to be
another mermaid to be
happy
time ni Elly dengan Kak Jannah dah hilang dari lensa kamera dah... dorang start hanyut dulu..
diselamatkan oleh kapal sebelah
kembali ke pangkal jalan...
Lepas aktiviti lake cruise, ada diantara kami yang meneruskan aktiviti mengopi dan bergosip.. dan ada yang kembali ke bilik untuk berehat dan menenangkan fikiran.. Malam tu, dinner start pukul 7.30 malam dan kami dihidangkan dengan makanan sihat.. Saje je dorang ni nak suruh kitorang diet.. asik makan kambing je kan.. Hahahhaa
dinner
dinner
dekorasi ruang makan
dekorasi ruang makan
Malam juga free and easy.. macam Keknil, Keknil memilih untuk berehat dalam bilik. Manakala ada yang pergi semua ke resort untuk mengopi dan naik Ferris Wheel untuk menikmati suasana malam. Keknil memilih untuk tidur awal sebab esok ada aktiviti hiking di kaki gunung dan horse riding. Kononnya tak nak la penat sangat esoknya.. Haa.. macam best kan.. Tunggu.... ^_^
till then, tatababai
7 Comments
Aiskrim 10 som je murah ye anil...perghhh lawa la permandangan...terpaku tgk gambar
ReplyDeleteWahhhhh panjang giler jalan cerita ..tapi seronok baca! MasyaAllah cantiknya negeri orang ye kak ..dapat tengok dan belajar tntg tempat dan budaya orang. Terbaikkkk!
ReplyDeleteWahhh byk nye tempat melawat hgga ke toilett hehehe.. susah nk eja nama tempat ni
ReplyDeleteWahhh byk nye tempat melawat hgga ke toilett hehehe.. susah nk eja nama tempat ni
ReplyDeleteseronok merasa pengalaman kembara ke negara orang.. byk pengalaman menarik diperolehi! harap suatu hari nanti akak dapat merasai pengalaman ni..
ReplyDeletebestnyeee kak !!!
ReplyDeleteSeronok tgk Anil travel... macam2 pengalaman dapat, terima kasih kongsikan...
ReplyDeleteThanks for your support