Program Hello 2023: Welcome New Me (Eksresif Seni)

Pada 6 Januari 2023 yang lepas, aku dan rakan-rakan telah bekerjasama dengan team AKRAB di pejabat untuk menganjurkan program ekspresif terapi seni yang bertajuk Hello 2023: Welcome New Me (Eksresif Seni) sempena kehadiran tahun 2023. 



Program ini dihadiri oleh 20 orang peserta yang terdiri daripada ahli AKRAB Kementerian. Masa ni bimbang juga nak open untuk ramai-ramai peserta, takut ramai cuti lagi.. Rupanya-rupanya, sambutan hangat.. Sampai ada agensi yang nak mohon untuk adakan program untuk dorang sahaja. Takpe.. nanti kita plan lain ek...

Program ni kitorang buat santai-santai je.. Serious, aku sangat struggle nak plan pengisian program untuk dapatkan approval dari pihak pengurusan, alhamdulillah.. dengan bantuan dari En Shaha, Unit Pengurusan Psikologi di Kementerian sangat membantu aku untuk merancang dan merangka program dengan baik. 

So, berikut adalah sorotan aktiviti yang kitorang buat. Aktiviti yang kitorang dah persetujui adalah membuat Gratitute Jar. Nampak macam simple kan.. Memang simple je pun.. Semua peserta akan dapat balang sorang satu.. then kitorang provide juga bahan untuk dekorasi balang tu ikut kreativiti masing-masing. Aku sebagai fasilitator masa ni pun rasa teruja sebab tengok semua peserta excited gile nak make over balang tu.. Dah habis dekorasi, peserta kena bagi refleksi seni berkenaan dengan balang yang dorang dah deko tu.. Masa ni macam-macam refleksi seni keluar.. terhibur juga kami yang jadi fasilitator ni.. Banyak juga idea peserta ni kan..

Untuk aktiviti seterusnya, peserta kena tulis apa azam dan harapan yang dorang harapkan untuk tahun 2023 ni pastu letakkan dalam balang tu.. Haaa.. masa ni 1001 harapan la yang masing-masing tulis, ada yang sampai tak muat balang.. hahahah.. kiranya balang tu akan jadi saksi la apa impian dan pencapaian dorang untuk tahun 2023 ni.. 

Akhir sekali, untuk sesi refleksi, peserta kena pilih 3 harapan dari balang tu.. kemudian bacakan di hadapan peserta lain.. bukan apa.. kita nak bagi peserta lain semangat juga la.. mana tau dengan harapan kawan-kawan ni, kita jadi terinspirasi dengan impian mereka. 

Untuk program ni kitorang provide juga makan dan minum petang. Terima kasih sangat-sangat pada Kak Shida sebab buatkan air panas.. Unit Pengurusan Psikologi sangat-sangat membantu dalam melancarkan program ini. Kitorang juga provide goodies untuk peserta tanda terima kasih kerana sudi join program ni..


Alhamdulillah.. dari program ni, banyak good feedback yang kitorang dapat.. yang penting semua dapat release stress.. tak sangka juga semua ada bakat seni yang terpendam.. ada juga yang cadangkan untuk program siri 2 dan seterusnya. Insya Allah.. korang doakan aku ada semangat untuk buat program macam ni lagi.. kali ni dengan pengisian yang berbeza dan lebih menarik, Insya Allah.

Post a Comment

0 Comments