Tips & Trick : Menabung ke Legoland

Bulan depan ada MATTA Fair. Iman dah cakap MATTA Fair kali ni dia nak beli aktiviti kat Legoland. Macam biasalah.. aku cakap kat dia, boleh kalau nak beli.. tapi kumpul duit dulu. Mula la muncung sedepa.. Hahaha.. mak bukan berkira tau.. tapi nak ajar anak nak dapatkan something kena usaha.. bukan minta terus dapat. Lagi-lagi zaman sekarang ni.. Nak masuk toilet pun bayar.. So, sembang-sembang juga dengan Iman.. maklumkan harga tiket nak masuk Legoland tu bukan singgit dua.. Mahal juga.. So, aku ada juga share tips nak simpan duit. Bukan simpan sesaje je.. tapi bermatlamat samada jangka masa pendek atau jangka masa panjang..


1. Tentukan Matlamat Kewangan

Of course, sebelum mula menyimpan, tetapkan dulu matlamat. Nak guna untuk apa? Bila nak guna? Jangka masa pendek, sederhana atau panjang. Macam Iman ni, masa kitorang sembang-sembang ritu dalam bulan Jun gitu.. so dari bulan Jun sampai awal bulan 9 nanti.. ada berapa lama untuk dia menabung untuk beli tiket Legoland tu. So, dia kena kira la banyak dia kena simpan dalam sehari, seminggu atau sebulan untuk beli tiket tu.

2. Buat Belanjawan Bulanan

Berbalik dari perkara 1 tadi, dia kena kira la pulak, sehari berapa duit belanja dia dapat. Lepas tu berapa dia kena belanja dan simpan dari duit belanja tu untuk beli tiket Legoland tu. Haa... time ni tricky sikit sebab duit belanja aku bagi memang terus sebulan. Hahhaha.. jadinya, kalau bulan tu aku bagi RM50, dia kena pandai-pandai la nak adjust dari RM50 tu, berapa dia nak simpan, berapa dia nak belanja. Belum lagi duit dia minta nak masuk akaun Shopee dia tu. 

3. Pilih Simpanan yang Tepat

Dalam menabung ni, ada banyak kaedah. Samada dia nak aku simpankan duit dia.. atau dia nak menabung sendiri. Hahaha.. dia memang nak menyimpan sendiri so aku provide tabung untuk dia simpan duit belanja dia dalam tabung. Tabung tu pulak ada 3 layer. So untuk layer atas, dia setkan untuk beli tiket Legoland tu tadi. Untuk 2nd layer, dia setkan untuk simpan duit dia topup telefon ngan Shopee dia. Layer bawah sekali, untuk dia simpan duit pegi jalan-jalan nanti. 

4. Tetapkan Jumlah Simpanan Bulanan

Memandangkan aku memang dah limitkan sebulan aku akan bagi anggaran RM50 sahaja. Jadi kalau dia dah kira-kira tak cukup duit untuk simpanan dia tu.. Dia akan cari sumber kewangan lain. Iman ni suka baking, jadi dia akan buat kek dalam bekas kecik-kecik. Pastu dia jual kat kawan-kawan dia kat sekolah. Seminggu tu adalah sekali dia akan buka order dan delivery. Dia pun pandai, duit modal aku yang keluarkan, duit untung dia amik masuk tabung. Hahahha.. 

So, kita tunggu je la nanti.. cukup ke tak duit nak beli tiket Legoland. Hihihi.. Yang pasti, aku akan belanja la juga tiket tu kalau dia nak.. Cuma aku nak dia belajar, nak dapatkan sesuatu dalam dunia ni tak mudah. Kena ada usaha dan kena simpanlah. Duit tak jatuh dari langit tau.. 

Post a Comment

0 Comments