Safi Shayla Tampil Dengan Teknologi Hijab Scalp Biotics

Assalammualaikum

Bila umur makin meningkat, semakin banyak kita perlu self-care samada dari segi penjagaan emosi, mental, diri dan semestinya kecantikan. Sebagai seorang wanita tak kira usia, pasti kita mahukan yang terbaik dalam penjagaan kecantikan diri dari hujung rambut sampai hujung kaki. Syampu Safi Shayla memang tidak asing lagi dan diciptakan khas untuk wanita berhijab agar kesihatan rambut lebih terpelihara, sihat dan bernafas dengan baik walaupun ketika memakai hijab.



Safi Shayla Dengan Teknologi Pertama Hijab Scalp Biotics

Safi Shayla kini diformulasikan dengan rumusan probiotiks terbaharu yang dicipta khas bagi mengekalkan keseimbangan dan kesihatan mikrobiom kulit kepala serta memastikan rambut berhijab lebih sihat dan lebat. Dalam penyelidikan yang dilaksanakan oleh Safi Research Institute (SRI) mendapati kesihatan microbiom kulit kepala bagi wanita yang berhijab kurang seimbang berbanding dengan kulit kepala yang tidak berhijab. Antara puncanya adalah faktor cuaca yang panas dan lembap sehingga menyebabkan bakteria jahat yang ada pada permukaan kulit kepala melebihi dari bakteria baik. Ini menyebabkan pelbagai masalah rambut dan kulit kepala berlaku seperti kelemumur, kulit kepala gatal dan berbau serta mudah menghadapi masalah rambut gugur bagi wanita berhijab.

Dengan formulasi Safi Shayla yang telah ditambahbaik dengan rumusan revolusi teknologi Hijab Scalp Biotics yang diinspirasikan oleh Microbiome Science, syampu Safi Shayla ini dicipta khas dengan rumusan probiotik untuk membantu pertumbuhan bakteria baik supaya keseimbangan microbiom kulit kepala dapat dikekalkan dan menjadikan kulit kepala lebih sihat, rambut yang lebih lebat dan mudah diurus.


Ia juga diperkuatkan dengan 7 Habbatus Sauda Complex merangkumi Habbatus Sauda, Zaitun, Kurma, Delima, Buah Tin, Saffron dan Madu untuk bekalan nutrien secukupnya kepada kulit kepala dan rambut. Ia juga dapat membantu mengatasi masalah rambut berbau dan memberikan haruman yang berpanjangan sehingga 72 jam walaupun berhijab sepanjang hari. 

Syampu Safi Shayla ini juga tersedia dalam pelbagai variasi yang dirumus khas untuk mengatasi pelbagai masalah kulit kepala dan rambut bagi rambut berhijab.

Variasi Syampu Safi Shayla Baharu

Set penjagaan rambut Safi Shayla didatangkan dengan 5 pilihan syampu yang dapat membantu kita untuk menjaga kesihatan rambut dari pelbagai masalah. Ayuh kita lihat kelebihan bagi setiap syampu Safi Shayla dengan formukasi baharu.

Safi Shayla Fresh & Bounce
Membersih secara mendalam dan mengurangkan minyak pada kulit kepala agar rambut lebih ringan, segar dan bermaya.



Safi Shayla Smooth & Manageable
Melicin dan melembutkan rambut yang kering dan sukar di urus. Ia dapat membantu rambut lebih licin dan lembut serta mudah di urus dan di sikat terutamanya bagi rambut yang panjang.


Safi Shayla Itchy Scalp Control
Menghilangkan kegatalan pada kulit kepala dengan sensasi dingin dengan segera agar kulit kepala dan rambut lebih selesa.


Safi Shayla Hair Fall Control
Membantu menguatkan struktur rambut dari akar hingga kehujungnya serta mengurangkan keguguran rambut dan memperbaiki rambut yang rapuh.


Safi Shayla Anti Dandruff
Membantu mengatasi masalah kelemumur dengan menghilangkan 99.9% penyebab kelemumur, serta berkesan dalam melegakan kegatalan kulit kepala dengan sensasi dingin.


Hari Raya menjelang tiba, jom kita manfaatkan sebaiknya bulan Ramadhan yang penuh berkat dengan amalan yang baik serta tidak dilupakan untuk menjaga kesihatan dan kecantikan diri dan rambut agar dapat tampil yakin pada Hari Raya nanti.

Produk Safi Shayla boleh didapati di seluruh Malaysia termasuk pasaraya dan pasaraya hiper utama. Korang juga boleh dapatkan produk ini di Shopee, Lazada, Watsons dan Guardian.

till then

Post a Comment

0 Comments