Apa yang pembeli cari di Hari Raya? 11Street kongsikan dengan anda...

Assalammualaikum

Dah nak hujung-hujung Ramadhan ni kan.. mesti ada yang buat last minutes shopping kan.. rasa-rasa malas nak bersesak-sesak kat shopping mall tu.. semua guna cara mudah lagi pantas iaitu shopping online je.. Hehehe.. macam Keknil ni hah.. malas nau rasa nak bersesak kat bazaar tu.. selagi boleh elak.. selagi tu elakkan...

Tapi tau tak korang.. sepanjang bulan Ramadhan ni.. bukan sahaja orang shopping online untuk baju bajan mahupun barangan rumah.. tetapi juga e-baucar. Baru-baru ni.. 11Street telah mendedahkan kajian yang dibuat oleh mereka sendiri dan juga ramalan apa yang pengguna beli pada tahun 2017 dan hasilnya sangat mengejutkan.


Percaya atau tidak, sebanyak 2.5 kali ganda pembelian dalam talian keseluruhan tempoh Ramadhan Raya berbanding tahun 2015 dan 2016. Dan suprisingly, lebih ramai rakyat Malaysia membeli e-baucar dalam talian pada 2016 dengan 1.2 juta carian di 11Street untuk tawaran makanan dan minuman. Amacam? Tak cukup mengejutkan? Meh Keknil nak tambah sikit lagi, terdapat juga peningkatan sebanyak 3 kali ganda carian dan pembelian tempat duduk kereta bayi dan pakej penyelenggaraan kereta dari tahun 2015 sehingga kini. Sangat mengejutkan ye.. sebab zaman sekarang semua orang dah celik IT tau.. jadi apa yang mereka buat adalah membuat kajian dulu dari segi harga dan 11Street adalah pilihan terbaik untuk survey harga kerana turut menawarkan harga dari minimum harga sehingga ke yang paling mahal. Jadi kita sebagai pengguna, haruslah bijak memilih. Kalau nak kata e-baucar tu, fuh... memang terbaik di 11Street ni sebab memang diskaun kaw-kaw sampai boleh jadi gila nak membeli baucar tu.. Hahhaa.. Lepas tu hasut kawan-kawan join beli baucar tu sekali.. Barulah boleh pegi makan sama-sama dengan meriahnya.. Betul tak?


Ini lagi dalam bulan Ramadhan.. e-baucar buffet Ramadhan juga dijual dalam 11Street dengan diskaun harga tak masuk akal. Selain itu, produk lain seperti barangan rumah, aksesori kereta malah produk yang berkaitan dengan keselamatan jalan raya turut terlajak laris dalam carian di 11Street.


Jadi sempena menghargai pengguna dan pelanggan'pada musim perayaan ini, 11Street mengumumkan kempen terbaharunya 'Gila Gila Raya' yang mempamerkan tawaran harga dari RM1, rebat kredit sehingga 22% dan juga penghantaran segera dan percuma. Kempen ini akan berakhir pada 25 Julai ini. Jadi jangan lepaskan peluang korang... Nak raya ni weii.... Order sekarang takpe.. barang sampai lepas raya boleh open house kaw-kaw dengan produk-produk terbaik dari 11Street.


Jom shopping di 11Street !

till then, tatababai

Post a Comment

4 Comments

  1. Saya pun baru sahaja beli 2 barang dari 11 streeet harap sempat sampai ^_^

    ReplyDelete
  2. ala.. lambat baca.. ok nanti nak tgk pukul 11 kang.. tq share anil

    ReplyDelete

Thanks for your support