Catatan Perjalanan Kursus JICA Tokyo | Day 8

Assalammualaikum

Pejam celik pejam celik.. kejap je day hari ke-8.. Masih banyak tempat kat Tokyo ni tak explore lagi. T_T Untuk hari ini, pagi ni kami ada kelas macam biasa di center manakala pada sebelah petang, kami akan buat study visit di TELEC untuk lecture dan observation.

selfie of the day

1st lecrure today

beautiful art

2nd lecture


Tengahari tu, lepas makan tengahari.. naik bilik untuk solat dan terus turun ke lobi untuk study visit. Perjalanan ke TELEC lebih kurang dalam 20 minit. Lecture disampaikan oleh Mr Fujii.. without translation oleh Mine-san. Walaupun cuma faham sikit-sikit je.. tapi bangga dengan dorang ni tau..  Sebab apa? Walaupun dorang tak reti sangat English.. tapi dorang tak malu nak bercakap even cuba sebaiknya untuk bagi kita faham apa yang dorang cuba sampaikan. Cuba kalau kita kat Malaysia ni hah.. bila salah cakap, terus malu dan takmo cuba lagi.. Tapi ada juga yang pandai cakap terus rasa belagak-lagak macam dia sorang je yang pandai speakang.. Hahahaha..

luncheon

ready for study visit

anak-anak balik sekolah

dah sampaiii

ready nak masuk building

lecture

classmate

lecture

Lepas lecture, kita  buat lawatan macam mana dorang gunakan device dorang. Ada kat certain tempat, tak boleh share gambar di media social ye atas sebab-sebab tertentu. Tapi Keknil ada la juga amik gambar untuk dimasukkan dalam laporan untuk jabatan nanti. Manakala di observation lain, memang wow sangat.. macam dalam kebuk angkasa. Macam tu hah dorang test network.. Agak-agak kat Malaysia macam mana la agaknya kan..

satellite network testing here..

penutup untuk hari ini

Then.. lepas tamat lawatan.. it’s a leisure time. Kalau ikutkan perancangan asal.. Keknil nak ke Asakusa. Tapi tiba-tiba last minit tukar plan… Takpe la.. janji dapat explore Tokyo. Destinasi pertama kami adalah Akebonobashi.

ready nak hang out memalam

turun naik train je la

masih siang

Tujuannya nak cari kedai Anpanman. Kedai apa tu? Ini adalah kedai mainan yang memang jual khas Anpanman sahaja okey. Nyaris sesat juga tapi gunakan kemahiran berbahasa Jepun sebaiknya.. Asal jumpa orang je, sebut “Sumimasen” Hahh.. terus dorang akan stop dan bagi attention ! ^_^

kejap² berhenti tengok signboard

nak malam dah

night 


Tapi tak semua juga yang tau kat mana kedai Anpanman tu dan tak kurang juga yang tak pandai baca (selain tulisan Kanji).. jadi banyak kedai kitorang singgah masuk untuk tanya jalan.. Kikiki.. Malu bertanya sesat jalan kan.. So, kat sini.. jangan malu untuk bertanya.

Akhirnya, jumpa juga. Tak sesat sangat sebab kitorang kan rajin bertanya. Kuangkuang. Ada orang kirim toys Anpanman, tu yang gigih ko ke Akebonobashi ni hah untuk carikan toys.

sampai kedai dah malam

ni la Anpanman

tu alamat kedai dia

Lepas beli toys kat sini, Keknil deside nak ke Harajuku sebab dekat sikit dari Akebonobashi nak ke Harajuku berbanding Asakusa. So, menapak la kami ke Harajuku.

dapat la merasa


Since kami sampai sini dah malam.. jadi tak dapat nak explore banyak tempat.. jadi kami tetapkan tujuan kami untuk ke Kiddy Land. Kiddy Land ni adalah kedai mainan dari Lego, Star Wars sampai la ke Hello Kitty. Comel-comel sangat produk dia dan soft toy dia sangat soft ! Rasa macam nak beli je.. tapi mahal la pulak.. Hahahahah..  

Kiddy Landdddd

Kat sini, Keknil beli 4 barang comel ni.. ni pun ada orang kirim dengan duit (bukan dengan ailio). Mujur la barang yang orang kirim ni kecik-kecik. 

Untuk Iman, Keknil belikan sweater Hello Kitty sebab sweater sedia ada dia dah lusuh. Sian dia.. dok ulang-ulang pakai sweater yang sama. Harap sweater yang baru ni muat la ye dan bertahan lama sampai next trip kemana-mana nanti.

hasil rampasan

apakah?

moh la balik.. dah lapar

Lepas habis shopping, tengok time.. Eh.. sempat ke idok nak balik center untuk dinner ni? Sebab dinner kat center last order pukul 9 malam. Kul 8.15 malam baru nak naik train dari Harajuku ke Shinjuku. Hurm.. kita gamble je la kan.. jalan laju sikit demi nak sesuap nasi.

Sampai je kat Hatagaya Station, dah pukul 8.45 malam. Kalau ikutkan dari Hatagaya Station ke center dalam 10 minit je. Tapi nak keluar dari station pun dah 5 minit. Jadi keluar je dari station, berlari la kitorang ke center. Dari total perjalanan 15 minit, jadi 10 minit je. Sempat la amik dinner kat center. Alhamdulillah.. burp… kenyang..




till then, tatababai

Post a Comment

2 Comments

  1. Assalam kak! Kita pernah jumpa masa Blogger Event babyhood hari tuh. Ya ALLAH..rindunya kat Jepun. Gigih saya baca semua cerita akak kat Jepun tuh. HAHAHAH!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha.. tq sudi bacaa.. ^_^ gigih akak nak abiskan blogpost ni.. ada banyak Part lagi ni hah.. kikikiii...

      Delete

Thanks for your support