Anak selesa, ibu gembira dengan Babyhood

Assalammualaikum

Kehadiran cahayamata dalam keluarga sangatlah ditunggu-tunggu oleh semua pasangan. Tak kira anak pertama, kedua mahupun anak yang kelima.. kesemuanya adalah anugerah Allah yang tidak ternilai. Jadi, para ibubapa yang menanti kelahiran anak mereka pastinya membuat persediaan awal untuk menyambut kehadiran ahli baru dalam keluarga kan..




Hurm.. dah lama Keknil tak mengandung ni.. Iman pun dah 11 tahun.. rindu pula rasa nak mengandung lagi.. tapi.. hurm.. belum ada rezeki lagi.. Huhuhu.. takpe.. usaha lagi...

Bagi pasangan yang bakal menyambut kelahiran bayi dalam keluarga, pelbagai persediaan terutamanya dari aspek keselesaan dan keselamatan bayi turut dipertimbangkan. Yelah.. bayi ni kan halus, fragile.. jadi seharusnya perlu memastikan dia selesa dan juga selamat. Hahh.. tapi bukan bayi je yang nak kena jaga.. ibu yang sedang dalam pantang pun kenalah jaga juga dari segi keselesaan semasa berpantang dan bonding time dengan bayi...




Babyhood merupakan pengedar ekslusif produk nurseri yang dikeluarkan oleh Supreme Global Marketing Sdn Bhd. Produk ini dihasilkan dibawah piawaian Australia dan ditakbir oleh INPAA (Infant & Nursery Products Association of Australia). Objektif utama pertubuhan ini adalah untuk pembangunan nurseri agar lebih selamat dan menggalakkan penggunaan produk secara selamat.

Bagi memastikan bayi korang sentiasa selesa dan selamat, Babyhood Malaysia menampilkan katil bayi pelbagai fungsi. Katil bayi ini mempunyai 4 mod, bassinet level, toddler level, toddler bed dan day bed. Katil bayi pelbagai fungsi ini boleh menampung berat bayi dan kanak-kanak sehingga 90kg dan sesuai untuk fasa bayi dari 0 - 12 tahun. Hahhh.. boleh turun temurun boleh guna katil ni.. jimat sangat kan...







Untuk ibu yang menyusukan bayi secara ekslusif, jangan risau.. Babyhood turut menyediakan kerusi berbentuk glider chair untuk memudahkan para ibu menyusukan bayi secara ekslusif tanpa menyebabkan kesakitan pada badan dan pinggang terutamanya dan sambil bayi menyusu, ibu juga boleh berehat tanpa mengganggu bayi. Best kan..




Sebab Keknil dulu pernah merasai pengalaman menyusukan Iman di atas sofa biasa.. kena sendal bantal berlapis-lapis untuk memastikan Iman dapat menyusu dengan selesa.. tapi pada masa yang sama.. badan Keknil yang tak selesa sebab kena bongkok.. Hahh.. sebenarnya tak baik untuk tulang kita tu.. So ini antara solusi yang disediakan oleh Babyhood bagi memastikan keselesaan dan keselamatan ibu dan anak.



Bagaimana untuk ayah? Yelah.. Sang suami dah invest banyak-banyak untuk ibu dan anak kan.. nak la juga merasainya kan.. Jangan risau.. glider chair ini juga boleh digunakan oleh sang suami.. Boleh letak depan TV dan lepas ibu menidurkan bayi, bolehlah cik abang gunakan glider chair ni untuk menonton TV.. kalau tertidur depan TV pun tak perlu risau.. sebab sangat selesa.. Hihihi



selesa kan...

Di Babyhood ini menyediakan beberapa produk seperti berikut untuk korang sendiri pilih untuk digunakan sendiri atau sebagai hadiah kepada yang tersayang.

Untuk bayi;

5 in 1 Sova Cot (Classic and Clear) | RM,4,450.94
Mempunyai 5 mod pelbagai fungsi iaitu :
Bassinet
Cot 
Toodler Bed
Table n chairs
Playpen

Amani 4 in 1 Cot | RM,2,786.74
Toddler Bed
Baby Bed

Clasic Sleigh 4-In-1 Cot | RM,1,799.00

Classic Curve 4-in-1 Cot | RM,1,399.00

Manakala untuk ibu;

Diva Glider | RM,1,800.94 

Manhattan Gilder | RM,2,373.34

Sovereign Glider | RM 1,970.54

Savannah Glider | RM 2,542.94

Menarik bukan? Bagi korang yang berminat dengan produk ini tapi rasa macam tak berapa nak mampu sangat kan.. Jangan risau.. Khas untuk pembaca blog Keknil.. korang boleh gunakan voucher code semasa membuat pembelian produk ini di laman web yang akan Keknil sertakan di bawah nanti.

Voucher Code : BLG11
*Voucher is valid from 21/4/2017 to 21/5/2017.

Untuk maklumat lanjut, sila layari :

Supreme Global marketing Sdn Bhd

Website

Email

Alamat
21-2, Jalan USJ 21/1
Subang Jaya ,47630
Selangor, Malaysia

No Telefon
03 8023 3277



till then, tatababai

Post a Comment

0 Comments