Berdebar rasa sebab pertama kali ke luar negara atas urusan rasmi. Selalu pegi jalan sendiri je kan. So, bila travel ke luar negara atas urusan rasmi.. Sorry la.. memang takde la nak bawa bekpek bagai.. Keknil seret 2 beg tarik okey.. ko ase? Nangis orang Jepun ni seret beg kitorang yang kalah orang balik kampung.. Adeih.. Kesian pun ada.. tapi peluang tak datang berkali-kali.. Apatah lagi segala kos ditaja sepenuhnya oleh kerajaan Jepun.. Huhuhuu..
my bag
jom check in
KLIA
Kami seramai 3 orang dari agensi yang sama akan menghadiri kursus Improving ICT Policy Promotion Skills Utilizing Standards - overcome challenges by deployment of ICT infrastructure corresponding to the situation.. Fuhh.. panjang nama kursus ni… Tak lama pun.. 18 hari sahaja.. lebih kurang 3 minggu… Lama ke? Ehh.. ada lagi yang lama tau.. yang 3 bulan ada.. yang 6 bulan pun ada.. bagi yang bujang okey la.. bagi yang dah berkeluarga… Fuhh.. besar cabarannya tu.
tazzabar
abaikan jari gemuk
tu flight Keknil
Bersama-sama kami dalam flight NH816 ni adalah 3 orang wakil dari DOSM yang akan menghadiri kursus lain tapi lokasi penginapan sama dengan kami iaitu di JICA Tokyo. So, memang kami together-gether la berenam tetiba dah macam kawan baik. Padahal baru beberapa kali jumpa tu. Penerbangan dari KLIA ke Tokyo melalui ANA.. Alhamdulillah.. perjalanan smooth sangat dan ada 2 kali makan, entertainment dan amernity seperti bantal dan selimut untuk keselesaan kami walaupun di kelas ekonomi. Maklumlah.. perjalanan bukan sekejap. 7 jam.. kematu montot sempat layan 3 movie, dengar 2 set lagu, 1 kali tido. Fuhh.. Pramugari dia pun cun-cun ar.. Suara lembut dan asik senyum je. Hihihi..
jangan lupa isi borang ye
ANA seating.. luas juga 3-3-3 seating depan tu business class nye seat
sedap air Toray ni.. rasa Jepun.. hahaha
1st inflight meal. semua sedap.. nyum nyumm
3 of us.. muka lapar.. Kah !
2nd meals.. pun sedap gak walaupun sejuk.. Hihih
Kami tiba di Narita International Airport pada jam 3.20 petang waktu Tokyo..
Travel Info : Waktu di Jepun adalah 1 jam cepat berbanding di Malaysia. So kalau di Jepun pukul 3.20 petang.. di Malaysia baru jam 2.20 petang. Gitu..
sampai sudah bumi Jepun
Welcome to Japan
3 of us..
team DOSM..
tunggu luggage
kami yang excited
Turun je dari flight, kena naik bas. Masa tu memang dah ready dengan baju sejuk bagai.. tapi Keknil rasa ekon kat opis tu lagi sejuk kot.. Siap peluh-peluh ni hah.. Adeih.. Mana salji? Mana salji?
Lepas tu sampai kat terminal, urusan imigresen dan amik luggage yang berbeg-beg tu, then terus ke pelepasan kastam. Keluar je dari balai ketibaan, ada representative yang dah sedia tunggu kitorang. Mr Suzuki namanya bersama 2 orang yang lain. Dorang ni punya la nak cepat… sampai nak ajak amik gambar pun tak sempat. Adoii.. Candid je la nampaknya.
Lepas tu Mr Suzuki tanya nak tukar duit tak? Dia bawa ke Money Changer.. tapi kitorang seme dah kaya raya beribu-ribu Yen dah ada dalam wallet ni hah.. Hahahaa.. So, takde yang nak tukar duit. Tapi wakil DOSM rekues nak beli SIM Card. So, Mr Suzuki bawa ke kaunter untuk pembelian SIM Card. Tapi Keknil tengok macam mahal je.. sebab mostly paling lama pun 15 hari. Tu pun dah cecah 4,000+ Yen. Aduduu.. Dorang ni nak duduk 2 bulan.. So, kitorang cari convenient store di ruang basement dan dapatkan SIM Card yang lebih murah iaitu ¥3,000 untuk 2G dan valid selama 3 bulan. Sebab kelas dorang ni jauh kt area Chubu, lebih kurang 1 jam perjalanan. So, nak harapkan wifi semata-mata.. mau sesat dorang tak ke kelas kang.. Tetiba sampai kat Tokyo Disneyland kang.. apa kes.. kikikiii
misi mencari SIM Card
tak jumpa SIM Card yang berkenan dihati.. kita ke tempat lain plak
Jumpa SIM Card murah di Lawson
ini dia...
Then, wakil JICA ni bagi sedikit taklimat.. Macam mana nak bergerak dari Airport ke JICA International Center. Kami di beri tiket bas dan dibawa ke ruang menunggu bas. Perjalanan dari airport ke destinasi seterusnya adalah 70 minit. Masa kami tunggu bas tu pun dah pukul 5.15 petang, waktu Jepun. Gelap dah wei.. Beg setiap seorang di tag dan kami diberi nombor beg yang ditag bagi memudahkan urusan pengagihan luggage semasa turun dari bas nanti.
jangan hilangkan tiket
kesejukan sampai ketar tangan
beg kami
Airport Limo
beg Keknil
simpan nombor beg elok-elok
staff Airport Limo akan check dan tag bag
Bas pun jalan.. babai Mr Suzuki dan kawan-kawan. Tak sempat nak ajak selfie. Dorang tak ikut.. dorang hantar sampai bas jalan je. Lepas tu sepanjang dalam bas.. memang mereput la.. bas pun berdesup laju je.. Rugilah kalau Keknil tido kan.. So, sempat la menyaksikan pemandangan Tokyo pada waktu malam. Nak amik gambar? Huhh.. Memang tak sempat la nak.. Bas pun laju beno.. Apa yang sempat je.. Huhuhu
ni pukul 5.15 petang ni
dalam bas
nampak ferris wheel besar.. tapi lalu je...
dah sampai Tokyo City Air Terminal
Kemudian kami sampai di Tokyo City Air Terminal dan ada representative JICA yang lain pula sedang menunggu. Dahsyat dorang ni.. sangat punctual. Dari sini, kami naik teksi la pulak. Ada 7 orang kesemuanya, lagi sorang tu tak kenal dari negara pasir berdengung mana tah.. Adeih.. senyap je dalam teksi.. Ntah-ntah satu course dengan kitorang.. Kikikii.. Korang bayangkan ek.. Setiap sorang bawa 2 beg + 1 beg notebook. 2 teksi… Memang penuh gile bonet teksi tu.. Paling tak boleh blah.. 2nd teksi tu seat depan tu dia buat letak beg je.. Hahahha.. Geleng kepala pakcik teksi tu tengok barang kitorang. Beg semua beso-beso.. Ada yang bawa kotak lagi.. Hahahaha.. Kelakar bila ingat balik.
dah ada yang tunggu
berkejar-kejar sebab teksi dah tunggu
2 teksi kesemuanya
gigih pakcik teksi masukkan beg dalam teksi
kotak pun hado
Lepas operasi sumbat beg.. teksi pun jalan.. Fuhh.. masa ni dah lapar gile dah.. perut dah kruk krak kruk krak.. Pakcik teksi bawa teksi macam tak cukup tanah.. Asam Pikin tu jangan cite la.. dah 3-4 kali telan macam kunyah gula-gula. Adoii.. Perjalanan dalam teksi tu dalam 40 minit. Dan akhirnya, sampai juga kami di JICA International Center, Tokyo.
Sampai je.. kami diberi taklimat ringkas yang dipaparkan di TV. Lepas tu setiap seorang diberikan satu paper bag yang berisi keperluan seperti tuala, sabun, selipar dan berus gigi. Hahh.. Menda tu la yang korang kena guna pakai balik ye. Memang takde bagi lagi dah.. Kalau duduk situ 6 bulan.. 6 bulan tu la kena pakai tuala yang sama. So, sila rajin-rajinkan diri pegi laundry. Sabun pun ciput je. Nasib Keknil bawa barang peribadi sendiri. Kalau tak mereput la ko situ.. Hahahah
dah sampai.. register please
WIFI yeayyy
Then.. kami diberi kunci bilik, meal card, kad pengenalan diri dan surat kursus yang berisi maklumat penuh tentang kursus kami. Since kitorang dah kebulur.. jadi tak payah la naik bilik dulu.. kita makan dulu.. Ruang makan di aras bawah. Turun tangga je dan café di sebelah kiri. Masuk café je, di ruang sebelah kanan ada sample menu beserta dengan harganya. Hahh.. bajet-bajet la kat situ.. Sebab nanti dia akan tolak dari kredit meal card yang kita dapat tu. So, beringat la jangan makan macam tak penah jumpa makanan. Meal card tu untuk 18 hari. Bukan 8 hari.. Kalau meal card tu habis sebelum abis kursus. Baki 10 hari tu sila puasa.. Confirm kurus.
ID ni kena pakai selalu dan meal card
lounge
Macam sudu garfu.. ada disediakan.. tapi kalau korang tak yakin.. makan la pakai tangan ke atau bawa la sudu garfu sendiri. Macam Keknil.. Keknil bungkus sudu garfu kat flight tu.. Hihihi.. So, pakai je la kan.. Ada peserta lain yang makan pakai tangan. Ada je sinki nak basuh tangan.. ^_^
variety choice of meals
my first meals in TIC.. sedapppp
Lepas makan, kitorang tak terus naik.. dok berwifi dan update segala mak nenek status kat media sosial termasuklah yang tersayang. Wifi di JICA Tokyo plak.. cuma ada di Lobi sahaja. Takde wifi dalam bilik ye.. Tapi kat dalam bilik ada Internet cable.. so, kalau bawa notebook.. bole la ko tengok Tonton VIP ke.. Skype ke.. Line laju baq hangg !
bilik Keknil
dari pandangan dalam
bilik air
view dari balkoni bilik
Lepas masuk bilik, refreshkan diri.. rehat dalam 10 minit.. lepas tu Keknil pun kuar dengan geng Keknil. Nak ukur jalan katanya. Since Keknil rasa Keknil masih boleh tahan lagi dengan cuacanya, so Keknil pakai hoodie KBBA sahaja. Tu pun berpeluh. Tabah la nak.. ko ni kulit naga ke apa?
Ukur jalan dalam 2 jam.. cuci-cuci mata area Nishihara nun.. survey-survey tempat mengopi, mengeteh, mengedet.. Eh… Lepas tu, balik ke center. Lepak setengah jam kat lobi.. then naik bilik unpack beg yang 2 ketul tu. Baru la rasa ringan sikit mata memandang.
jom keluar
Nishihara Street area
kedai murah-murah
street photo
Sambil selak-selak jadual kursus.. Wowww… lokasi site visit sangat ohsem.. Hahh.. tunggu next entry Keknil meroket laju-laju...
till then, tatababai
No comments:
Post a Comment
Thanks for your support