Kyrgyzstan - The Pearl of Central Asia | Day 3

Assalammualaikum

Route : Around Bishkek

Keknil pasti, ramai yang tertunggu-tunggu entry Day 3 ni... Betul tak? Mesti semua teruja macam mana kami boleh dapat naik Limo ke official dinner di Supara? Hahhhh... sabar dulu ye... Day 3 ini adalah sangat panjang.. itinerary nya juga penuh untuk satu hari.. jadi, jemput baca dari awal sehingga habis ye.. sebab setiap tempat yang kami pergi.. memang menarik, tertarik dan da'bomb !

Pagi itu, kami disajikan dengan sunrise yang sangat indah. Macam biasa.. seawal jam 4.00 pagi mata dah terkebil-kebil.. siap mandi dan bersedia mengadap sunrinse..

Travel Tips : Kalau korang duduk di Hotel Dostuk Bishkek, korang boleh pilih nak view yang mengadap sunset atau sunrise. If nak mengadap sunrise, pilih bilik bernombor ganjil, manakala if nak mengadap sunset, pilih bilik bernombor genap. ^_^
Pagi tu, sebab Keknil bangun awal.. makanya, Keknil pergi la gosok baju dulu untuk dinner. Kekdahnya, untuk trip ni, kami memilih untuk memakai baju kebangsaan sebab masa tu pun masih dalam mood raya. Dan inikan official dinner.. jadi apa la salahnya kita perkenalkan pakaian kebangsaan kita kepada negara orang. Secara tak langsung, dapat mempromosikan negara kita kan.. ^_^

Travel Tips : Tak perlu la nak bawa baju kurung tebal-tebal siap dengan labuci-labuci bagai dan sekuen merelip relip. Cukup sekadar bawa baju kurung kain chiffon (pastikan ringan, jadi tak perlu amik terlalu banyak space untuk luggage) ^_^

sunrise

Pagi tu sebelum turun breakfast, baru kira duit yang dapat semalam dari chef. Untuk trip ini, Keknil cuma tukar USD100 sahaja = 6,710 Som. Perbelanjaan pertama Keknil bermula pada hari kedua semalam iaitu pembelian 8G Internet Sim Card berharga 90 Som sahaja. Lebih kurang dalam RM5,20.

Travel Tips : Semasa di airport, dorang ada offer free sim card for traveller.. tapi Keknil tak pasti tentang cara instalasi dan berapa kapasiti Internet yang diberikan. Kalau korang nak beli pun bole.. bukan mahal pun.. 8G cuma RM5.20 sahaja. Kalau 12G, cuma 135 Som = RM7.60. Boleh pakai selama sebulan dari tarikh pendaftaran. ^_^

bilik Keknil.. seorang je tau... 

yang putih tu free sim card dari airport, yang hitam tu yang Keknil beli

baki duit yang Keknil dapat lepas bayar duit Sim Card

Semasa sarapan pagi, kami dimaklumkan supaya membayar duit Limo sebab Zeinab nak bayar pagi tu sebelum kami keluar untuk field trip. So, gigil juga tangan kuarkan duit... padahal bila kira balik.. Ek elehh... tak sampai RM30 pun.. Hahahaha

Travel Tips : Bagi yang nak sewa Limo.. ada banyak saiz tau.. Macam kitorang ni ramai.. So, Limo yang kitorang sewa ni yang paling besar. Paling murah harga RM150 untuk sejam. Boleh naik Max 10 orang.. Dan yang paling mahal, yang kitorang bayar ni la.. Seorang cuma 400 Som sahaja iaitu lebih kurang RM24 ! Murah ke tidak? Kos itu mengambil kira jarak perjalanan dari Bishkek ke Supara, if korang nak naik dekat area Bishkek sahaja, harganya adalah lebih murah.. ^_^
money collector sepanjang trip ni... ^_^

Selepas sarapan, kitorang pun memulakan perjalanan dengan berjalan kaki sahaja. Haa.. itu kelebihan duduk di Hotel Dostuk Bishkek ni, jarak dari hotel ke Victory Square hanya 5 minit perjalanan. Dari depan hotel tu dah nampak dah. So, memandangkan pagi lagi.. jadi Zeinab ajak kami exercise pagi ni menuju ke Victory Square and Monument. 

Trivia : Tugu peringatan ini telah disiapkan pada tahun 1984 sempena ulangtahun kemenangan ke atas Nazi Jerman pada Perang Dunia Kedua. Seorang wanita yang menawikil ibu dan isteri, berdiri di atas api yang kekal menunggu anak / suami yang tidak pernah akan pulang dari perang. Terletak di bawah tiga tulang rusuk granit mewakil yurt dalam simbol berbentuk bunga pengebumian. Lokasi ini pernah menjadi tapak utama Pasar Bishkek dan pada setiap tahun, pada hari ulangtahun kemenangan ini, rakyat Kyrgyztan akan keluar dan meletakkan bunga di sini sebagai tanda memperingati perisitwa tersebut.
Biasanya kat sini, setiap pagi dan petang ada macam-macam aktiviti yang masyarakat di sini lakukan seperti berbasikal, berjogging dan tidak kurang yang beriadah. Dataran ni sangat besar dan dikelilingi dengan tanaman ros yang berbagai-bagai warna. Kalau datang semasa musim bunga.. Keknil pasti, pemandangan yang korang nikmati akan lebih cantik dan indah dari yang Keknil ambil ni.. ^_^



inilah monumen yang diperkatakan tu

Seterusnya, kami bergerak ke Goverment Office.. Memandangkan tempat tu agak jauh.. rasanya kalau jalan kaki, mau melecet kaki.. dah la Keknil pakai selipar je.. Hahaha.. makanya, ada van sedang menunggu tepi jalan.. kalau sebelum ni, kita bergerak dengan bas... tapi kali ni, kami dipecahkan kepada 2 kumpulan dengan 2 buah van. Dengar kata kawasan yang kami bakal pergi ni, susah nak parking kalau naik bas.. So, naik van lebih mudah... ^_^

penuh van.. hihihi

Destinasi kami yang pertama adalah Government Office.. kalau kat Malaysia ni, macam Putrajaya la kan.. masa ni dalam pukul 11.00 tengahari..Walaupun sejuk, tapi bahang dia.. Mak aii.. merecik lelemak juga la.. maklum la.. waktu ni musim panas.. Nasib baik Keknil pakai t-shirt je.. tu pun fuhh... cair gak lemak.. Hahhaha.. Masa ni baru la tau macam mana perasaan orang luar datang ke Putrajaya siap berhenti tengah jalan kat Dataran Putrajaya, pusing amik gambar dari Masjid Putra sampailah ke Pejabat PM. Hahahha.. Feeling dia like.. bukan selalu nak datang sini kan.. So, peduli apa orang nak pandang ke apa ke. panas tu tolak tepi... janji dapat amik gambar depan pejabat ni.. Hahahaha... Cair lipstik weiii...



group photo..

Kemudian kami jalan kaki dari Government Office ke Panfilov Park. Tak jauh pun, berdepan dengan government office tu je.. Sambil jalan, sambil cuci mata.. memang cantik taman ni.. ni kalau datang sini buat piknik kat sini pun best.. 

Yang seronoknya bila jalan kat taman ni, rasa sejuk je.. maklum la.. ianya dikelilingi dengan pokok yang merendang dan dihiasi dengan bunga-bunga indah. Masa Keknil pergi ni, bunga ros tengah kembang sangat.. cantik tauuu... Cuba bayangkan kalau musim bunga pula nanti.. Mesti lagi cantik.. Kalaulah Keknil berpeluang datang lagi, Keknil nak datang masa musim bunga.. mesti lagi meriah dan warna warni bunga-bunga kat sini.. ^_^





Dugaan travel waktu musim panas ni, dia punya panas memang ting ting ting ! Jadinya, kitorang ni pantang jumpa tempat redup.. mesti nak berteduh.. Hahahah.. tak sedar diri kan kat Malaysia tu pun panas juga.. Kahkahkah.. Jadi bila kita travel pada musim ni, pakailah pakaian yang sesuai dan kalau perlu.. bawa la kipas tangan atau kipas bateri tu.. kalau lagi rajin, bawa la payung.. Hahaha.. barulah nampak puteri lilin.. Kikikiii...


Panfilov Monument

selfie satu kali

bunga bunga nan mekar

geram tengok.. 

ROSE !!!!

Seterusnya kami dibawa ke Open Air Gallery.. depan je dari  Panfilov Monument tu.  Semua lokasi-lokasi ni walking distance sahaja. Tapi bila datang musim panas ni, perjalanan yang sekangkang kera tu pun terasa jauh.. Kahkahkah.. Harap dapat datang lagi musim sejuk pulak.. Boleh main salji.. Aumm... ^_^

Banyak tempat boleh bergambar kat sini.. even kat sini pun boleh jogging, exercise dan beriadah. Best tau.. kalau musim bunga.. Keknil sanggup habiskan masa satu hari kat sini.. Mesti indah dengan pemandangan bunga-bunga yang mekar...


mak angkat.. Hahahaha


Sepanjang kitorang berjalan kaki dari satu tempat ke satu tempat... ada banyak gerai yang menjual air.. ada air yang macam kitorang minum masa hari pertama tu.. Boleh refer kat Kyrgyzstan - Hari Pertama.. harganya 10 Som sahaja.. murah kannn... ^_^

air tepi jalan.. boleh la cuba.. :)

Kemudian kami berjalan lagi.. dan tiba di sebuah dataran yang dinamakan Dataran Ala-Too. Dataran ini sering digunakan untuk persembahan perbarisan kawad di hadapan tugu peringatan. Kami berehat seketika di sini sementara menunggu yang lain. Hilang seketika penat kami menikmati keindahan seni bina bangunan di Dataran Ala-Too ini. Ia mempunyai sejarahnya yang tersendiri dan akan menjadi tempat perasmian pada Nomad Games 2016 yang akan berlangsung pada September nanti.. 



Usai berisitrehat seketika, kami pun sambung berjalan kaki menuju ke White House yang merupakan pejabat presiden di Bishkek, Kyrgyzstan. 

Trivia : Bangunan ini mempunyai 7 tingkat dengan senibina yang menarik. Dikatakan terdapat terowong yang dihubungkan terus ke kompleks bawah tanah di bawah Ala-Too Square (dahulunya disebut Dataran Lenin). 
Kami dimaklumkan, security di bangunan ini sangat ketat sehinggakan nak pegang pagar pun tak boleh.. Jadi kalau korang ke sini, elakkan la ye buat perkara-perkara yang dilarang.. Hahhaha.. tapi kalau nak sentuh juga.. sorok-sorok la ye... jangan sampai kena tangkap plak.. ^_^

Di hadapan bangunan ini, terdapat sebuah arca yang mempunyai maksud tersirat. Arca itu menunjukkan bahawa rakyat Kyrgyzstan menolak rasuah. Kalaulah semangat itu diamalkan di negara kita.. Kan bagus kan..^_^






Seterusnya, kami menuju ke Philharmonic Theatre. Agak jauh juga kalau berjalan kaki, jadi kami yang dah penat ni naik van untuk kesitu.. Hihihi.. Alhamdulillah.. cuaca sangat cerah dan sangat panas. Masa ni memang dah cair segala macam mekap. bedak dan lipstik. Lotion tangan pun cair dah.. Hahahhaaa






taman bunga yang penuh dengan bunga ros

Kitorang tak lama berada kat sini.. even tak sempat pun nak group photo sebab cuaca memang dah terik. Walaupun hanya sekadar bus stop... itupun jadilah untuk dijadikan tempat berteduh... lantas Zeinab ajak kami pergi cari van.. Since van tak boleh tunggu di bus stop tempat kami diturunkan pada awalnya.. jadi dorang pergi park kat somewhere.. tapi tak jauh pun dari situ.. Kitorang jalan kaki sambil menikmati pemandangan kiri dan kanan yang penuh dengan kedai dan jalan raya. 

Dan tengah jalan-jalan tu, boleh pula lalu kat tepi universiti.. Ehhh.. sangat tak sangka.. tu universiti ke? Takde entrance gate, even pintu gerbang pun takde.. hanya sekadar bangunan dengan senibina yang unik.

Jalan lagi Keknil nampak bangunan KFC. Terus macam.. Ehhh.. ada KFC ke kat sini.. Terus waaaaaaaa... sebab dah 3 hari tak makan ayam.. Hahahhaha... tapi tak pegi pun, just lalu dan snap sekeping dua gambar.. comel gile bangunan KFC dia.. Lagi comel dari kat Malaysia..


universiti

bangunan KFC.. comel kannnnnn.. pakai kontena je kauu...


Naik je van... terus Zeinab bagi tau.. lepas ni kita pegi makan... Hoyeyyy... terus time tu juga perut kruk krukk krukkk berbunyi lapar.. Hahahah.. tetiba sangat kan.. Untuk lunch, kami dibawa ke Chaikhanna Jalal - Abad. Sebuah restoran yang besar dan mempunyai dua pilihan tempat makan samada di dalam bangunan atau di luar bangunan dengan konsep Open Air.

meja kami... tak nampak semua la pulak.. 

Menu kat sini memang awesome.. habis kitorang makan terutamanya Abang Muhi.. dasat dia makan.. semua habis.. memang bukan jenis orang yang suka membazir...  Antara menu yang kami makan... ada sesetengah dah habis tak sempat snap.. Hahahha



buah dia sangat manis sampai lebah pun datang

Yang buat tempat ni lagi menarik ada pelayan dia semua kacak-kacak dan cantik-cantik.. Halus mulus kulit dorang... mohon share tips kecantikan plissss....

sempat merakamkan kenangan bersama pelayan yang cecomel dan kekacak

yang pakai tudung tu paling comel.. Kah !

tapi ini yang paling WIN ! ramai peminat ni.. Huhu

Lepas makan, Keknil sempat buat personal tour kat dapur dia yang berkonsep terbuka. Terjumpa pula Masterchef yang HOT & SPICY ! Aumm.. Hahahha.. Terus ajak bergambar sekeping dua.. Eh.. Zeinab kata chef ni bukan orang Kyrgysh.. tapi dari Uzbek.. Kebanyakan dorang ni MIX.. jadi memang tidak dapat dinafikan jejaka dan gadis dari negara Asia Tengah ni cantik-cantik dan tampan. 

Dapur dorang pula sangat bersih.. walaupun tengah masak, tapi keliling kawah tu tetap nampak bersih.. jadi tak perlu rasa was-was untuk makan  atau ragu-ragu dengan kebersihan makanannya... ^_^

Travel Tips : Ada banyak kedai makan muslim kat sini.. tapi pada masa yang sama, kena berhati-hati juga.. Pastikan sebelum masuk kedai tu, tanya dulu samada kedai tu HALAL atau tidak.. Jangan tanya ada COP HALAL JAKIM plak.. Tak pepasal dahi korang kena cop nanti... ^_^

masterchef from Uzbek

dapur

fresh from kitchen

meja kami. Abang Muhi yang WIN ! Habis makanan kat meja kami..

Habis makan, maka bersedia atau tidak? Shopping time... Inilah masa yang ditunggu-tunggu.. Zeinab bagi kami masa 2 jam untuk shopping... Sebelum shopping tu kitorang dah bising-bising dah.. Mana cukup 2 jam.. Hahahaha.. Nampak sangat kan perempuan.. 2 jam shopping tak cukup.. Kikikiii.. Tapi kitorang ada schedule yang perlu kitorang ikut sebab malam tu kitorang ada official dinner.. So, memang tak cukup masa.. 2 jam tu pun dah cukup lama.. So, kitorang pun redha je la.. 

Lokasi shopping adalah di Osh Bazaar yang merupakan bazaar terbesar di Bishkek. Pasar ini adalah pasar yang menjual souvenir dan produk tempatan..Di sini, kami ditemani oleh keluarga Zeinab yang akan membantu menjadi translator kami.. Baik sangat dorang ni tauu... Memang terjaga dan terjamin bila berjalan dengan dorang.. sebab dorang jaga kitorang baik-baik.. Kesian juga sebab yang jaga kami 4 orang.. Kami ni ada lebih dari 30 orang.. Tokey kedai pun pening sebab bila kami datang, kami datang gerombolan.. Sampai habis souvenir kat kedai tu.. Hahahah.. Nak tengok barang kena beratur, nak bayar pun beratur.. Sampai turn kita nak tengok souvenir, souvenir tu dah habis atau takde saiz.. Hahahaha.. 

Travel Tips : Bila berjalan di Osh Bazaar.. Jaga beg korang dengan hati-hati. Elakkan pegang telefon sebab dalam keadaan ramai orang macam tu, kita tak tau kot beg kita kena seluk ke, phone kita kena rembat ke.. So, beware ye.. elakkan bawa beg besar untuk mengisi beg duit atau barang penting..
Sepanjang perjalanan di Osh Bazaar ni, Keknil gunakan kamera Keknil yang tak seberapa tu.. So, kuranglah sikit penggunaan telefon murah Keknil tu.. Macam-macam ada kat Osh Bazaar ni.. memang rambang mata la.. Tapi dok fikir Keknil ni cuma bawa USD100 je.. dan kononnya dah tau la nak beli barang apa kan.. Sekali bila nak beli t-shirt, habis.. nak beli kasut.. takde saiz.. nak beli fridge magnet.. design tak cantik.. Hahahha.. 

Harap lepas ni kat Osh Bazaar tu ada la jual macam-macam souvenir lagi dan harap dapat tambah lagi t-shirt souvenir dan produk-produk lain untuk rakyat Malaysia yang nak datang ke sana.. Hahahaha

Urmat dengan walkie talkienya

kasut budak.. omeyyy angattt

kain ela

tudung / selendang

baju tradisi masyarakat Kyrgysh

cantik-cantik baju tradisional dorang

kasut sukan.. Fuh..

kasut budak.. 

selipar pula.. murah tau ni... boleh dapat 200 Som sepasang...dalam RM12 camtu..

souvenir

souvenir

souvenir

tu dia dorang nye kerumun.. masa ni t-shirt ada lagi.. sampai turn Keknil.. bayang pun takde.. Hahaha

souvenir

Osh Bazaar ni ada banyak seksyen.. ada seksyen baju tradisional.. ada seksyen yang jual souvenir je.. ada juga yang jual kasut sahaja.. Seterusnya, lepas kecewa tak dapat beli t-shirt.. kitorang pun bergerak ke pasar rempah..  dekat je pun dalam area situ juga.. Ada banyak gerai yang menjual roti  dan buah-buahan dengan harga yang sangat murah... 

 roti

buah-buahan

beras dari macam-macam jenis dan harga

kedai runcit

buah-buahan kering

 buah-buahan kering

 call me ! ^_^

rempah murah

Di Osh Bazaar ni, korang boleh tawar- menawar tau... Samada di kedai souvenir atau di pasar rempah.. tawarlah ikut kesesuaian. Macam souvenir tu, kalau total price adalah 1200 Som.. boleh cuba minta tawar 1000 Som.. Insya Allah.. kita datang ramai-ramai bagi rezeki kat dia.. dia akan bagi diskaun tu.. ^_^

Macam tu juga di pasar rempah.. kalau nak beli buah kering tu.. boleh je rasa dulu tapi kena la minta izin tuan kedai dulu.. jangan main amik je... kalau nak beli, tanya dulu berapa.. lepas tu bayar ikut keperluan.. hatta 100gram pun dia boleh jual.. 

Rempah paket tu, dorang jual dengan harga 10 Som sahaja.. tapi boleh dapat diskaun lagi tau... Hahhh.. paling murah yang kami dapat harga 8 Som.. Anggaran dalam 40 Sen.. Satu paket rempah tu, korang boleh guna untuk 1 ekor ayam.. Tak ke jimat? 

Travel Tips : Di Osh Bazaar ni tak ramai peniaga yang boleh berbahasa Inggeris. Jadi kebanyakan proses jual beli kami adalah dengan menggunakan translator iaitu family Zeinab. Ada sesetengah masa tatkala kami sendiri tanpa translator.. Cara perhubungan adalah dengan menggunakan kalkulator. ^_^ Tidak la sukar mana.. cuma kalau nak tanya tu kuih apa, tu buah apa, ni rempah apa.. Memang tak faham la kan.. Hahaha
Tepat jam 5.00 petang.. Kami pun keluar dari Osh Bazaar dan kembali ke pangkal jalan.. Memang masa shopping tak ingat.. sedar tak sedar.. terbang juga 1000 Som.. Hahahah...  Masing-masing muka puas dapat shopping dan dapat apa yang diingini...



muka puasss

Usai kembali ke hotel, kami diberi masa 1 jam untuk bersiap. Tak lama sebab Limo akan datang seawal jam 6.00 petang. Ye la.. kami sewa sejam kan.. Perjalanan dari Bishkek ke Supara tu agak jauh.. Jadi, nak selfie-selfie luar dan dalam Limo.. maka kenalah keluar awal..

Tepat jam 6.00 petang... lepas bersiap kitorang pun turun dan walla... Limo dah sampai.. Ada 2 Limo disediakan.. boleh pilih nak naik yang mana.. Fuhh.. rasa mewah gile.. Dah tu petang tu ramai orang balik kerja.. ramai pula orang tengok kot la ada orang kahwin ke.. rupanya orang Malaysia dok jakun naik Limo.. Kikikii

Dalam Limo tu sangat luas.. dan Limo yang kitorang sewa ni adalah Limo yang paling besar saiznya yang dorang ada.. So, memang sangat jakun la kan..

Jom tengok gambar Keknil dan kawan-kawan yang gembira dapat naik Limo...
















Ada perkara yang kelakar semasa kami naik Limo ni.. Tak tau nak cerita kat korang ke tak.. Kikikii... Since Limo ni yang naik ramai... jadinya, agak panas di dalam Limo tu.. So, kitorang suruh driver buka aircond.. sekali dia jawab, "No aircond !" Hahahhaa.. tak tau nak nangis ke suka masa ni... Rupanya Zeinab kata, semasa musim panas ni, dorang sangat menghargai panas sebab musim-musim lain semua sejuk-sejuk. So, pada musim ni la dorang memanfaatkan kepanasan yang ada.

Kitorang ni dok bebel-bebel dalam Limo.. panas kot... nasib baik la Keknil duduk dengan tingkat.. So, adalah kena udara dari luar.. Tapi time orang balik kerja, kereta banyak pula.. Dah bukak tingkap.. makan asap la kitorang yang dok kat tingkap ni.. Hahahah

Yang duduk dalam tu, habis la mekap semua cair... Kikiki.. tapi dalam panas-panas takde aircond tu pun, driver sangat bermurah hati sebab tolong nyalakan lampu dan lagu dalam Limo.. Jadi dapat la fefeeling orang-orang kaya berjoget-joget dalam Limo.. Kikikiii

Hello !
fefeeling princess...

our Limo

amik gambar banyak kali kat Limo untuk kenangan

Lebih kurang jam 7.30 malam, kami sampai di Supara Ethno Complex. Masa ni Duta Kyrgyz ke Malaysia belum sampai lagi, dan kami dibawa untuk melawat kompleks ini. Banyak aktiviti yang dapat dilakukan disini antaranya memanah, memancing, berkuda dan beriadah. 

Jom layan pemandangan di Supara Ethno Complex ni..












dapur


sunflower

Sementara menunggu kehadiran Duta Kyrgyz ke Malaysia sampai, kami dihidangkan dengan kudapan Kyrgyz yang enak. Sambil makan, sambil bersembang... Lepas tu, kejap-kejap keluar tengok sunset.. Sampai la Duta sampai dan kami mengambil gambar dan video bersama-sama. Kemudian meneruskan acara makan makan sambil dihidangkan dengan persembahan nyanyian dari penyanyi di bawa khas dari Supara Ethno Complex.



sunset at Supara

Duta dah sampai

our dinner... ayam uolsss...

nasi kentang.. sedappp

dan persembahan khas dari penyanyi bersuara lunak

Acara makan malam tamat pada jam 11.30 malam dan malam tu, sebelum pulang.. kami sempat berjoget sakan lagu rasmi di dataran Supara. Semua memang sporting dan malam tu kami balik dengan masing-masing penat tapi happy sebab dapat perkenalkan budaya Malaysia di sini.

ladies di Supara

jejaka di Supara

bergambar bersama Duta

Esok pagi kami akan check out dari Hotel Dostuk Bishkek.. kemanakah destinasi kami selepas ini? Tunggu ye... ^__^


till then, tatababai

Post a Comment

6 Comments

  1. alhamdulillah sempat jugak saya merasa datang ke Kyrgyzstan tahun lepas n stay almost 3 bulan utk program volunteer :) tapi saya datang masa winter n cuaca kat sana selalunya negatif darjah celcius sampai laaa ke hujung bulan 2 so sempat la saya main ski masa tu hehe..

    mostly semua makanan kat sana halal cuma mereka ada minuman arak sendiri so itu yg kena hati2 sikit hihihi..

    pengalaman naik mashrutka (van yg keknil naik tu) takkan saya lupakan :') mostly tempat2 yg keknil singgah tu pun saya selalu jejak masa saya stay disana.

    kalau pergi sekali memang rasa nak dtg lagi je ke kyrgyzstan ni hehe ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh ye ke.. bestnya stay sana 3 bulan... Yes.. kalau ada peluang.. saya pun nak ke sana lagi.. ^_^

      Delete
  2. wow, surprisingly, nice place to travel to :D

    ReplyDelete
  3. part paling best naik limo tu. hehe

    ReplyDelete

Thanks for your support