Pernah tak korang terkejut melihat bil elektrik yang sampai setiap bulan? Keknil selalu terfikir “Tak mungkin Keknil guna elektrik sebanyak ini!” Padahal bukan selalu duduk rumah pun... Kadang-kadang perkara remeh ni la yang buatkan kos sara hidup lebih tinggi.. Hehehee
Setelah diselidiki, ada dua kemungkinan atau punca kepada situasi ini.
Pertama sekali, kadar tarif elektrik yang LEBIH MAHAL. Tapi itu tak semestinya tepat. Kali terakhir tarif elektrik dinaikkan adalah dua tahun lepas, pada tahun 2014. Dan baru bulan lepas, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) ada umumkan yang tarif elektrik sekarang akan dikekalkan. Jadi, jika tahap penggunaan elektrik anda sama seperti biasa, bil elektrik korang juga tidak sepatutnya naik.
Yang kedua, ialah hakikat yang kita mempunyai lebih banyak peralatan elektrik dan gadget sekarang. Kebanyakan rumah mempunyai iPad, beberapa buah telefon, pemanas air, permainan konsol, dua buah TV dan penyaman udara di setiap bilik. Betul tak?
Walau apa pun puncanya, berita baiknya ialah, ada beberapa langkah mudah untuk korang kurangkan bil elektrik. Sesetengah cara memerlukan sedikit perubahan dari segi cara korang menggunakan peralatan elektrik manakala langkah yang lain hanya boleh dilakukan dengan bantuan juruelektrik yang bertauliah.
Jam ketahui 7 Tips Mudah Untuk Mengurangkan Bil Elektrik korang.. ^_^
1. Cuci pakaian dengan pusingan yang lebih singkat
Jika sebelum ini korang biasa menggunakan mesin basuh untuk pre-wash atau rendam pakaian, dan cuci dengan air panas, cuba tukar cara cucian dengan menggunakan air biasa dengan pusingan yang paling singkat. Dan jangan mulakan cucian semata-mata untuk membasuh sepasang stoking sahaja! Kumpul pakaian kotor dan penuhkan mesin basuh korang. Masa memcuci juga lebih jimat.. ^_^
2. Jemur pakaian anda
Sementara kebanyakkan rumah kondominium kini mempunyai mesin pengering pakaian, negara Malaysia telah dikurniakan dengan ‘alat’ pengering yang paling efektif - matahari. Jemur pakaian korang di ampian yang diletakkan di balkoni dan korang akan dapat hasil yang sama. Baju pun kurang berkeronyok dan masa untuk Ãron' baju juda dapat dikurangkan... hehhee
3. Gunakan kipas pada waktu siang
Adakah korang mengalami masalah hujung rambut terbelah dan kulit kering? Ini mungkin berpunca dari penggunaan penyaman udara sepanjang hari. Keknil faham kadangkala kita tak dapat nak bertahan dalam cuaca yang terlalu panas, tetapi cuba kurangkan penggunaan penyaman udara. Tak semestinya anda perlukan sejukkan seluruh rumah, sebaliknya korang boleh halakan kipas ke arah korang untuk lebih selesa. Dan ada lagi satu tips untuk sejukkan rumah.. Korang boleh ambil besen berisi air.. kemudian halakan kipas ke arah besen tersebut. Cuba duduk di depannya dan korang akan dapat menikmati kesejukan seolah-olah menggunakan penyaman udara.. Hehehe.. lebih jimat begini kan...
4. Gunakan semua tingkap yang ada
Pada waktu siang, kurangkan penggunaan lampu dengan membiarkan cahaya matahari untuk masuk ke dalam rumah. Ikat langsir dan buka tingkap seluas-luasnya. Selain dapat mengurangkan bil elektrik, cahaya matahari pagi juga akan beri keceriaan dan buat korang rasa lebih bersemangat untuk mulakan hari yang indah. Ia juga dapat meningkatkan produktiviti! Dengan membuka tingkap dan membiarkan udara luar masuk dapat mengurangkan haba dalam rumah dan juga dapat mengurangkan penggunaan penyaman udara mahupun kipas.. Semulajadi kan..
Gambar dari: Hauzern Curtain Gallery
5. Cabut plug peralatan elektrik yang tidak digunakan
Ini perkara asas ! Pernah tak korang dengar tentang peralatan “vampire”? Ini merujuk kepada peralatan elektik yang sentiasa menggunakan elektrik walaupun berada dalam mod bersedia atau standby mode. Antara peralatan yang termasuk dalam kategori ini adalah TV dan telefon bimbit yang sudah dicas sepenuhnya tetapi tidak dimatikan suis.
Untuk menghentikan peralatan “vampire” daripada terus menggunakan elektrik, pastikan suis dimatikan dan cabut pengecas selepas telefon anda sudah dicas sepenuhnya. Dan jangan lupa untuk matikan suis lampu apabila tiada sesiapa di ruang itu.
Untuk penyaman udara pula, korang boleh tetapkan untuk ianya dimatikan pada pukul 5 pagi. Bilik tidur korang akan kekal nyaman sehingga waktu korang bangun dan korang boleh jimat penggunaan elektrik untuk beberapa jam. Kalau korang nak tau, dengan cara ini, korang dapat berjimat sekurang-kurangnya 40% dari jumlah bil elektrik korang ! Tak percaya? Cubalah...
6. Mandi dengan air sejuk
Mandi dengan air sejuk pada waktu pagi semestinya akan memberi kejutan pada sistem badan korang. Tapi terimalah hakikat yang korang tinggal di tempat yang bercuaca tropika dan suhu air sebegitu tidak akan memberi mudarat kepada korang pun. Hehhe.. Jika korang terpaksa menggunakan air suam untuk mandi, dapatkan unit pancuran atau shower yang mempunyai pemanas air segera dan hanya pasangkan suis semasa anda hendak mandi. Atau set jadual mandi korang pada sebelah petang. Nak tau lebih fakta? Mandi dengan air sejuk dapat menguatkan tubuh badan dari lesu tau ! Hikss
7. Servis penyaman udara anda secara berkala
Ini adalah isu yang paling penting. Ramai orang menggunakan penyaman udara setiap hari. Penggunaan yang kerap ini akan membawa kepada saluran udara yang kotor, pengurangan gas penyejuk dan lain-lain isu haus dan lusuh (wear and tear). Saluran dan penapis udara yang kotor akan menyebabkan penyaman udara korang bekerja dua kali ganda lebih kuat. Jadi jangan lupa untuk bersihkan penyaman udara korang selalu.
Dengan melakukan servis penyaman udara secara berkala, korang juga dapat memastikan ianya berfungsi dengan efisien serta saluran udara yang sentiasa bersih. Selain itu, gas penyejuk juga akan ditambah supaya unit penyaman udara itu dapat menyejukkan udara dengan lebih efektif. Dan jika terdapat masalah air menitis dari unit penyaman udara itu, pastikan ianya dibaiki dengan segera.
Jika korang perlukan perkhidmatan servis penyaman udara, gunakan RecomN.com yang mempunyai ramai penyedia khidmat servis penyaman udara yang profesional sedia untuk melakukan kerja-kerja penambahbaikan rumah untuk korang yang berada di sekitar Lembah Klang. Dan penyedia khidmat servis ini akan hubungi korang dalam masa 2 jam setelah permohonan dihantar.
Jom lakukan bahagian kita untuk mengurangkan pembaziran tenaga dan bil elektrik!
Untuk promosi, sila layari Promosi ReconM
Untuk promosi, sila layari Promosi ReconM
till then, tatababai
9 Comments
bagus tips ni
ReplyDeletethanks sharing
sama-sama.. :)
Deletesinggah syawal
ReplyDeleteterima kasih.. ^_^
Deletetips bagus, tapi nak ikut tu yang berat..:)
ReplyDeletehahaha.. tu la.. xpe.. buat slow2.. hihihi
Deletetemplate sama lah pulakkk.kahkah
ReplyDeletekahkahkah... br cdg nk tukar template lain.. tp masih belum berkesempatan.. kikikii
Deletetips yang bagus ni...
ReplyDeleteThanks for your support