Banyak betul jemputan food review sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelma tidak lama lagi.. ada yang Keknil sempat pergi.. ada yang tak sempat.. tapi kebanyakkannya memang tak sempat la sebab mostly dibuat pada hari kerja.. tapi takpe.. mungkin tahun ni bukan rezeki Keknil untuk meraikannya bersama mereka.. mana tahu tahun depan pula kan.. ^_^
Kali ni, Keknil nak share salah satu tempat kegemaran Keknil untuk berbuka puasa iaitu di Bangi Golf Resort. Menawarkan harga yang berpatutan dan aneka juadah yang enak, Bangi Golf Resort (BGR) menawarkan sehingga 200 menu pilihan yang bercirikan masakan popular Ala Melayu, Barat dan Timur.
Jangan risau tentang status Halal, kerana sejak dari tahun 2009, BGR merupakan antara resort golf di Malaysia yang telah menerima sijil Halal oleh JAKIM. Jadi, korang boleh makan di sini tanpa was-was.
BGR new signature drink
Apalah ada pada menu Selera Timur tanpa Nasi Kerabu dilengkapi dengan menu sampingan seperti ulam, ikan masin dan keropok ikan. Pasti menyelerakan dan mengundang rasa kerinduan pada masakan bonda di Pantai Timur. Selain dari itu, pilihan masakan lain seperti Rendang Daging Taik Minyak dan Sambal Sotong Kembang pasti mengujakan sesiapa yang menikmatinya.
Bagi yang ingin menikmati menu Oriental, jangan gusar kerana korang juga boleh menikmatinya di sini. Menu seperti Mee Goreng, Kue Teow Goreng, Butter Prawn, Daging Masak Lada Hitam dan Filet Ikan bersama Sos Serai pastinya serasi bersama dinikmati bersama hidangan utama lain. Mari telan ailio secara berjemaah !
Hahh.. bagi penggemar masakan Ala Barat.. Korang mesti cuba signature menu di BGR iaitu Sous Vide Effs with Mushroom Espuma yang saban tahun menjadi kegemaran Keknil dan ramai pengunjung lain. Rasanya lain dari yang lain tau ! Mesti cuba !
Ehemm.. ada penggemar kambing di sini? Korang boleh saksikan sendiri Kambing Bakar yang dibakar secara LIVE di depan mata korang.. nikmati kehangatan kambing bersama sos istimewa dan tidak lupa Sate Ayam dan Daging bersama kuah kacang yang di perap istimewa. Memang tidak mengecewakan.
Tahun ini lebih istimewa kerana para tetamu akan disajikan dengan hidangan istimewa iaitu Aiskrim Gelato BGR yang terdiri dari pelbagai perisa. Keknil dah rasa Aiskrim Gelato berperisa Cendol.. Fuhhh.. memang awesome !
Pencuci mulut di BGR ni memang WIN sebab memang banyak pilihan dan semuanya sedap ! Paling Keknil puas makan adalah Tiramisunya yang cukup rasa tapi tak cukup makan sebekas. Kena amik 3-4 bekas baru cukup rasa.. Huhuhu
Korang boleh dapatkan buffet Ramadhan di BGR dengan harga RM58 bagi dewasa manakala RM29 bagi kanak-kanak. Tetamu juga akan dihiburkan dengan persembahan muzik secara 'LIVE' dari jam 6.30 petang - 9.30 malam setiap hari. So, boleh enjoy makan sambil dengar muzik.
BGR turut menyediakan lebih dari 800 ruang parkir serta ruang solat untuk para tetamu.
Untuk pertanyaan dan tempahan, sila hubungi :
Laman Web : http://www.bgrrest.com
No Telefon : 03-8925 3728 / 03-8210 0265
Alamat :
No 1, Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor
Koordinat GPS :
2.95716N, 101.76518E
9 Comments
Boleh tahan menunya.. cne nak diet bln puasa ni huhuhu
ReplyDeletehahaha.. mohon jgn diet...
DeleteBoleh tahan menunya.. cne nak diet bln puasa ni huhuhu
ReplyDeletemenangis tgk nasi kerabu ngan kambing golek haha..my fevret tu
ReplyDeletehhahahaa.. kannn... menu dia menggoda gile...
DeleteWoowwww wwweeee terliur ku melihatnya... Kalau dapat makan free lagi best...
ReplyDeletetgk byk kali pun telan ailio... hihihih
Deletemalam2 gini baca entry ni. ni yg nak p dapoq bukak tudung saji ni :')
ReplyDeletehahahahaha... sabo je la
DeleteThanks for your support