Hadiah Ulangtahun ke-25 tahun dari Keluarga Munchy's

Assalammualaikum

Bila sebut pasal biskut kegemaran, pasti Keknil akan teringat jenama Munchy's. Kalau korang nak tau, jenama Munchy's ni bukan sahaja terkenal dengan keenakan biskutnya, tetapi juga terkenal dengan kegigihan 4 beradik Tan yang memulakan perusahaan biskut ini.



Sejarah MUNCHY'S

Mereka memulakan perniagaan mereka hanya dengan menggunakan sebuah mesin 'wafer stick' terpakai. Sebelum sesuatu produk dikeluarkan, pelbagai penyelidikan dijalankan demi menjamin mutu produk selain dari memastikan setiap produk yang dikeluarkan itu menjadi pilihan pengguna khususnya rakyat Malaysia. Keknil terharu mendengar kisah kesungguhan pemilik jenama Munchy's ini tatkala negara menghadapi kegawatan ekonomi yang kritikal pada tahun 1998 sehinggakan banyak syarikat lain yang jatuh tersungkur. Tetapi Munchy's tetap utuh malah berbekalkan pinjaman duit daripada bank, pemilik Munchy's masih lagi membayar bonus kepada setiap lapisan pekerjanya walaupun syarikat berada dalam situasi yang membimbangkan ketika itu. Fuhh.. rasa macam nak berhenti kerja dan kerja dengan Munchy's sekarang juga ! Huhuu.. Tahun demi tahun mendepani cabaran, akhirnya, genap 25 tahun ulang tahun Munchy's membuka lembaran baru apabila mereka telah berjaya membuka 3 buah kilang pemakanan di Batu Pahat, China dan juga Indonesia bagi mengeksport ke pasaran dunia.



Tahniah Munchy's !

4 FunBot

Disimbolkan sempena 4 proses biskut yang diinspirasikan dari kilang Munchy's, 4 Funbots tersebut adalah :

  • DJ Mixer - mengadun adunan 'rahsia' MUNCHY's yang istimewa
  • Chop Chop - menerap adunan dalam acuan yang menceriakan
  • Michael Oven - membakar adunan sehingga rangup dan enak
  • Beat Box - membungkus biskut dalam kotak dan bungkusan yang berwarna warni
Keempat elemen ini dicipta melalui pengalaman dan semangat perpaduan yang ada dalam Keluarga Munchy's khas untuk satu misi iaitu untuk berkongsi kegembiraan dan keceriaan bersama seluruh rakyat Malaysia.



Berkongsi Kegembiraan

Sempena Ulangtahun ke-25 Munchy's ini, sebagai tanda terima kasih Keluarga Munchy's kepada seluruh rakyat Malaysia yang banyak menyokong sejak dulu lagi, sebanyak lebih 2.5 juta bungkusan Ulang Tahun Ke-25 MUNCHY'S telah disediakan untuk dikongsi bersama rakyat Malaysia. Sebanyak 25% kandungan tambahan akan diberikan dalam setiap pek MUZIC manakala 2 sachet tambahan ditambah dalam pek MUNCHY'S, LEXUS dan OAT CRUNCH yang Keknil pasti, korang mesti suka dengan penjimatan dan hadiah istimewa dari Munchy's ni.

Selain itu, pelbagai aktiviti lain turut disediakan bagi menyambut ulang tahun Munchy's dengan lebih dari 200 buah kedai runcit yang akan mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti anjuran Munchy's. Dan korang juga, berpeluang untuk membakar sendiri biskut menggunakan resepi Munchy's selain berpeluang untuk bertemu dengan Funbots ! Tazzabar kannn... ^_^



Korang juga boleh menyertai peraduan dengan berkongsi dan menyebarkan kegembiraan korang bersama Munchy's dan berpeluang untuk memenangi RM500, bekalan biskut Munchy's selama 1 tahun dan bertemu dengan Funbots secara peribadi ! Waaaaa.. seronoknyaaaa...

Maklumat peraduan boleh didapati di laman web : http://www.munchys.com/munchys25th

Produk-produk Munchy's juga boleh didapati di seluruh gedung beli belah, pasaraya besar dan kedai-kedai runcit di seluruh Malaysia. Jadi, jom dapatkan pek ulangtahun ke-25 Munchy's dan nikmati penjimatan, keriangan dan keseronokan produk Munchy's ini.





Programs CSR

Walaupun Munchy's telah meraih nama sebagai jenama biskut tempatan No.1 di Malaysia, namun turut mengambil berat mengenai kebajikan kanak-kanak. Beberapa aktiviti juga telah dirancang untuk meraikan kemeriahan sambutan ulang tahun ke-25 Munchy's ini di rumah anak-anak yatim. Keknil juga difahamkan, Funbots juga akan turut hadir memeriahkan suasana di rumah anak-anak yatim tersebut dan Keknil yakin mereka mesti gembira dan akan lebih gembira lagi dengan menikmati produk-produk keluaran Munchy's.

Keknil sebagai salah seorang penggemar biskut jenama Munchy's ini dapat rasakan betapa ikhlas dan rendah hatinya mereka dari keluarga Munchy's yang berusaha bersungguh-sungguh untuk menceriakan dan meraikan ulang tahun ke-25 tahun mereka bersama rakyat Malaysia.

Mari bersama-sama Keknil meraikan kemeriahan ulang tahun ke-25 Munchy's dengan menyertai pelbagai aktiviti dan peraduan hebat yang diadakan sempena sambutan ini.


Nak tau lebih lanjut tentang aktiviti Ulang Tahun ke-25 Munchy's?

Laman Web : www.munchys.com

till then, tatababai

Post a Comment

0 Comments