Karnival Upin dan Ipin 2015

Assalammualaikum

Bagi peminat setia Upin dan Ipin.. Ini ada berita baik untuk korang ! Karnival Upin & Ipin yang pernah dianjurkan pada tahun 2014, kini akan membuka lebaran baru.. dengan mengadakan Karnival Upin & Ipin 2015, dengan tema 'Keajaiban Bermula' pada 20 - 22 November 2015 ini di Dewan A, MAEPS, Serdang.



Sempena cuti sekolah yang kurang beberapa hari lagi ini, bolehlah korang rancang dengan anak-anak, anak buah, saudara mara, jiran tetangga untuk memeriahkan lagi karnival ini. Kali ini, pemilihan lokasi yang lebih selesa dengan ruang letak kereta yang luas untuk menampung kunjungan orang ramai.

Terdapat 2 dewan yang akan digunakan iaitu 'Main Hall' dan 'Magic Hall' yang masing-masing menawarkan tarikan yang tersendiri. Antara tarikan utama di 'Main Hall' adalah persembahan watak Upin & Ipin bersama rakan-rakan sekelas seperti Ehsan, Mail, Fizi, Mei Mei dan ramai lagi yang akan menyanyi dan menari di pentas utama. Selain itu juga, turut diadalah persembahan silap mata istimewa, "Pin Pin Pom", persembahan istimewa watak Ara dan Aris dari animasi "Pada Zaman Dahulu" dalam misi mencari Raja Rimba, juga nantikan kemunculan watak kelima-lima Puteri Kerajaan Limau dari animasi "Puteri" yang pastinya mampu memikat semua pengunjung ke sini. Saya suka.. saya suka.. Tazzabar rasanya nak ke karnival ini. Yang paling mengujakan adalah Ultraman Ribut, satu-satunya Ultraman dari Malaysia yang akan membuat persembahan buat julung kalinya di karnival ini.


Sementara itu di "Magic Hall" pula, pengunjung boleh menyaksikan persembahan hologram dari watak kegemaran dalam siri Upin & Ipin, tarian robot melawat kediaman rumah Opah dan sebagainya. Penonton yang membeli tiket untuk ke "Magic Hall' juga berpeluang untuk memenangi pelbagai cabutan bertuah seperti pakej percutian, telefon bimbit, TV dan banyak lagi.

Teruja betul aku nak datang ke karnival ni.. Untuk tiket masuk Karnival Upin & Ipin 2015 ini, boleh didapati secara atas talian di www.upinipinstore.com dan dapatkan sekarang kerana korang boleh dapatkan diskaun untuk harga tiket ni. Tapi kalau korang tak sempat nak beli tiket online pun takpe, korang boleh beli tiket tu di pintu masuk karnival tersebut.

Harga Tiket - Main Hall
Kanak-kanak (7 tahun - 12 tahun) : RM3
Dewasa : RM5
Warga Emas (60 tahun ke atas) : RM3
* OKU masuk percuma

Harga Tiket - Magic Hall
Kanak-kanak (7 tahun - 12 tahun) : RM10
Dewasa : RM35
Warga Emas (60 tahun ke atas) : RM10
* OKU masuk percuma

Karnival Upin & Ipin ini di bawa dan disokong oleh Multimedia Development Corporation (MDeC), Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Bananana, TV9 dan HotFM.

Untuk maklumat lanjut, sila layari;
Laman Web : www.karnivalupinipin.com
Telefon : 03-5511 9112 / 03-5511 0012





till then, tatababai

What's New

Post a Comment

0 Comments