8 Tips & Trick Jawab Soalan Exam !

Assalammualaikum

Beberapa hari lepas aku telah bertugas sebagai pengawas peperiksaan bagi peperiksaan kerajaan.. Ini adalah kali pertama aku bertugas dan agak nervous sebenarnya.. hiksss... so, aku nak share sikit tips & tricks jawab soalan exam yang aku rasa semua orang tau dan dah amalkan pun kan... tapi aku gigih tulis juga untuk rujukan sendiri juga sebenarnya.. manalah tau kan... ^_^




1. Datang 1 jam awal sebelum exam bermula
Macam biasa.. sila datang awal sekurang-kurangnya 1 jam sebelum exam.. ini supaya korang yang amik exam ni tak kelam kabut dan nervous bila exam sedang berlangsung. Sepanjang 2 hari aku jaga exam, ada calon yang datang lepas 2 jam peperiksaan berlangsung. Kalau ikutkan Ketua Pengawas tak bagi masuk tau.. tapi atas dasar bertimbangrasa.. dia bagi la juga.. tapi mesti la dalam situasi itu korang rasa tak tenang kan.. rasa berdebar-debar.. tak cukup masa.. so.. prepare awal-awal..



2. Bertenang dan mulakan dengan Bismillah
Since korang dah datang awal.. bagus.. tahniah aku ucapkan ! So, korang boleh bertenang dan relaks sambil menunggu masa peperiksaan bermula. Korang akan ada masa untuk mengisi borang kehadiran, menyemak dokumen-dokumen penting yang diperlukan untuk menduduki peperiksaan seperti kad pengenalan dan surat panggilan peperiksaan. Bagi yag Islam, mulakan dengan Bismillah dan mohon agar dipermudahkan segala urusan.




3. Baca semua soalan dan tandakan soalan yang boleh dijawab
Seterusnya, apabila korang dapat je kertas soalan.. jangan terus buka. Macam exam yang aku jaga hari tu, open book.. so, korang boleh buka buku Perintah Am dan buku-buku rujukan yang sepatutnya la.. bila Ketua Pengawas umumkan dah boleh buka buku soalan.. buka dengan tenang.. tak yah nak gopoh sangat sampai terkoyak-koyak buku soalan tu kan.. ^_^ baca arahan dan baca juga soalan dari soalan 1 sampai soalan akhir. Agak-agak korang boleh jawab mana-mana soalan yang tu, korang tandakan atau bulatkan nombor soalan tu..


4. Tulis point-point jawapan bagi setiap soalan yang hendak dijawab
Okey.. bagi setiap soalan yang korang rasa boleh jawab tu.. korang tuliskan pula point-point penting bagi setiap nombor soalan tu.. since exam ni adalah open book kan.. so, rujuk betul-betul dan tulis point lengkap supaya korang tak perlu selak muka surat yang sama banyak kali.. ini bagi menjimatkan masa korang menjawab soalan sebab masa ni.. korang tak jawab soalan atas kertas jawapan lagi tau..



5. Skip soalan yang sukar dijawab
Mana-mana soalan yang agak sukar dijawab.. skip dulu.. contoh kalau korang perlu jawab 4 dari 7 soalan.. pilih mana-mana soalan yang agak mudah.. dan contohnya, yang mudah tu cuma ada 2 je.. yang lain agak sukar.. so, fokus pada yang 2 tu dulu... jangan stress sebab nanti masa korang akan banyak terbuang !



6. Jawab soalan yang mudah dahulu
Macam aku bagitau kat atas tu.. jawab soalan yang mudah dahulu atas kertas jawapan.. atlis kalau korang takde masa kemudian.. korang dah secure dengan beberapa soalan yang dah dijawab atas kertas jawapan tu..bagi setiap point yang korang dah tulis siap-siap tu.. korang kembangkan point tu tapi jangan sampai lari dari fakta pula..



7. Pastikan masa menjawab soalan tidak melebihi waktu yang ditetapkan
Kebiasaannya.. masa menjawab bagi setiap soalan adalah anggaran 20-30 minit.. so, korang bahagikan masa korang betul-betul berapa banyak masa yang korang perlukan untuk semak soalan, tulis point jawapan, selak-selak buku dan tulis jawapan atas kertas jawapan. Pastikan korang setkan untuk setiap soalan tu.. korang perlu jawab tak lebih dari 25 minit. Kenapa? Refer No. 8



8. Semak jawapan
Inilah sebabnya kenapa.. supaya korang boleh semak balik soalan dan jawapan korang.. sebab kadang-kadang kita terlepas pandang akan sesuatu fakta atau perkara kan.. disamping itu, minit-minit terakhir tu nanti, korang perlu gunakan untuk ikat kertas, untuk semak susunan kertas jawapan dan kena juga pastikan setiap helaian kertas jawapan tu diisi dengan maklumat yang diperlukan.

Ini semua perkara asas bila kita exam.. bukan je exam menduduki peperiksaan kerajaan.. tapi exam sekolah pun macam ni juga.. haihh.. tetiba rasa macam dah lama tak pegi school kan.. hihihi...


till then, tatababai

What's New

Post a Comment

2 Comments

  1. wah... tips yg berguna.. hehehe. thanks k.mas

    ReplyDelete
  2. Good advice..... Semua yang nak hadapi exam kena hafal ini.... hahaha

    ReplyDelete

Thanks for your support